Monday, May 16, 2022

Krisis Makanan

Senario terkini yang bakal menjebak 🇲🇾 ke dalam krisis makanan dan nutrisi terburuk.

1. 🇷🇺 menghentikan eksport minyak ke negara-negara Eropah. Kos pengeluaran dan pengangkutan termasuk kargo udara dan laut meningkat sekaligus memaksa peningkatan harga makanan dan kekurangan bekalan di pasaran.

2. Perang di 🇺🇦 menjejaskan bekalan makanan serantau. Negara-negara Eropah mula meneroka dan meningkatkan permintaan dari pengeluar di rantau Asia. Kapitalis di Asia tentunya mengambil kesempatan ini meningkatkan eksport ke negara Eropah kerana keuntungan lumayan. Bekalan tempatan bakal terjejas jika tiada campurtangan tegas kerajaan.

3. 🇮🇳 melarang eksport gandum. Ini bakal menjejaskan bekalan tepung dan dedak haiwan ternakan sekaligus meningkatkan harga makanan dan kos operasi.

4. 🇮🇩 dan 🇹🇭 melarang eksport minyak sawit. Negara-negara serantau yang bergantung kepada sawit sebagai minyak utama bakal berdepan kekurangan bekalan dan peningkatan harga.

5. Polisi Zero Covid 🇨🇳 menjejaskan aktiviti eksport. Pelabuhan utama hampir lumpuh dengan ribuan kapal kargo tidak boleh berlabuh dan mendarat untuk memunggah muatan sekaligus menjejaskan bekalan bahan mentah seperti sayuran dan buah-buahan di rantau Asia.

6. Pemanasan global dan kemarau ekstrem di negara-negara pengeluar makanan seperti 🇮🇳,  🇵🇰 dan 🇨🇳 menjejaskan tanaman dan ternakan.

Apakah langkah persediaan dan tindakan segera "hero Keluarga 🇲🇾" PM Ismail Sabri Yaakub?

Harga beberapa bahan mentah tempatan seperti ayam, lembu dan sayur-sayuran kini sudah pun berlaku inflasi antara 20 - 30% berbanding 12 bulan lalu, ketika tiada perang dan sekatan ekonomi. Jika kerajaan 🇲🇾 tidak segera melakukan intervention inflasi bahan mentah akan mencanak > 50% dalam tempoh 6 bulan akan datang. Mangsa utama dan paling terkesan adalah golongan B40.

Eksport berasaskan sawit, padi, hasil kebun, hasil kandang dan hasil laut perlu dihad atau dilarang demi mencukupkan keperluan tempatan dan menstabilkan harga. 

Kerajaan perlu ultra proaktif menjaga kebajikan rakyat dengan TIDAK tunduk kepada golongan kapitalis yang hanya tumpu keuntungan ketika permintaan di Eropah meningkat, import negara terbatas dan bekalan amat terhad. 

Pemansuhan permit import bahan makanan tidak memadai menstabilkan harga dan mencukupkan bekalan. Inisiatif keselamatan makanan mesti digerakkan segera dan secara agresif. Modern farming (vertical dan indoor) dan alternatif kepada protein haiwan perlu diperbanyakkan.

Sekarang bukan masa berbangga dengan nilai KDNK dan lebihan eksport untuk mengukur kemakmuran dan kejayaan kerajaan dan negara. Tiada guna ada lebihan dagangan jika

1) nilai RM terus menyusut,

2) pendapatan dan ekonomi majoriti rakyat tak bertambah dan berkembang,

3) pekerjaan disapu warga asing,

4) inflasi menekan nyawa dan perniagaan,

5) kesihatan dan pendidikan rakyat merudum,

6) pelaburan makin berisiko,

7) majoriti FDI baharu tertumpu pada industri kelas ke 2 dan 3 (bukan teknologi tinggi),

8) graduan menganggur dan bekerja di bawah kelulusan terus bertambah dan membarah SERTA

9) integriti sistem awam berkecamuk kerana dipenuhi perasuah di pelbagai peringkat

🇲🇾 sudah pun kalah kepada 🇮🇩, 🇻🇳 dan 🇵🇭 dalam menarik minat pelabur baru di rantau ASEAN. Pelabur sediada pula pamer kecendorongan memindah operasi ke negara-negara jiran yang makin stabil politiknya.

Jika cabaran di atas berterusan dalam tempoh 6 - 12 bulan akan datang negara bakal berdepan great recession. Bayangkan nasib rakyat khususnya kumpulan B40 bilamana super inflasi berlaku di tengah-tengah bekalan makanan terhad dan pekerjaan atau sumber pendapatan makin berkurang dan hilang. Dan bila bekalan makanan kembali stabil rakyat pula tidak punyai wang untuk berbelanja. Proses pemulihan mengambil masa yang panjang.

Rakyat mesti dicelikkan hal-hal besar seperti ini, perlu bersedia dan perlu bijak jika PRU15 dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Survival rakyat dan negara bergantung kepada kemampuan kerajaan. Rakyat mesti memilih kerajaan yang bijak, prihatin, tangkas malah sanggup pertaruh nasib diri demi negara, bukannya kerajaan yang dipenuhi penyamun dan pengkhianat yang bermewah hasil rakyat dan tidak keberatan meninggalkan negara jika malapetaka dan krisis besar berlaku.