Sunday, August 13, 2023

Keputusan PRN15 2023

Rumusan

Jika pengkhianat seperti Azmin, Hilman dan Arif pun boleh menang ini bermakna ada yang sangat tidak kena dengan:

1. Kerjasama Pakatan Harapan - Barisan Nasional. Jelas ia tak menguntungkan PH, masakan kubu kuat seperti Selangor boleh ditembusi PAS-Perikatan Nasional dengan bergaya. Di setengah kawasan jika letak batu dan kayu pun boleh mengalahkan calon PH. 

Pada PRU14 PH berjaya menguasai 53 dari 56 kerusi di Selangor dan 37 dari 40 kerusi di Pulau Pinang melalui pertandingan 3 penjuru. PRN15 melalui pertandingan 2 penjuru, gabungan undi PH-BN bukan saja tidak mampu mengulangi kejayaan PRU14 malah menyapu bersih masing-masing 56 dan 40 kerusi jauh sekali. 

Penyokong PH bersedia mengundi calon BN tapi penyokong BN belum tentu mahu mengundi calon PH sebaliknya lebih condong memilih calon PN. Terbukti kerusi disandang PH terlepas kepada PN sedangkan kerusi ditandingi BN boleh menang. Begitu sekali prejudis dan dendamnya akar umbi UMNO kepada PH, akar umbi PAS yang wala membuta apatah lagi.

2. Budaya politik dan kerja PMX. Barangkali rakyat sudah muak dengan Anwar Ibrahim yang terlalu banyak bercakap, gemar dirai seperti selebriti di pentas terbuka, ghairah berlengok sastera dari memahamkan anak muda dengan gaya bahasa mudah serta membelakangi sebahagian kata-kata dan janji-janjinya sebelum ini. 

Beliau telah diingatkan berulang kali tetapi masih sombong - masih mahu bernyanyi dan menari, masih bekerja seperti pensyarah literature, masih berlagak serba tahu, masih bertindak seperti ketua pembangkang, masih mengenai 'saya', masih play safe dan berkira-kira mencantas kerja jahat kartel the Tuns and Tan Sris

3. TPM1 dan kluster mahkamah UMNO. Mereka sudah menjadi beban kepada PH. Jika akar umbi parti mereka sendiri menolak mereka serta calon-calon mereka, apakah penyokong PH yang rata-rata lebih bijak dan tidak totok akan mengundi berdasar garis parti? 

Samada mereka memulau undi atau mengalih sokongan kepada lawan, tidak lain demi memberi amaran kepada pimpinan PH

4. Sokongan anak muda. Generasi Tiktok tidak terkalahkan strategi Madani yang masih condong membina pengaruh dan mempromosi kerja melalui media seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, Facebook dan program townhall. PH dan BN sudah kalah kepada PN semenjak pra PRU15. "Pakar" Madani tidak serik dan tidak mahu belajar walau berkali-kali ditekan penyokong. Bila boomer jadi ketua strategi, maka kaedah masih kekal cara boomers. Gagal teruk

Anwar dan Ahmad Zahid Hamidi mesti memulakan pelan peralihan kuasa dalam parti dan seterusnya kerajaan kepada penganti yang lebih bersih dan disenangi anak muda. Jika mereka tetap dengan ego dan cara mereka berpolitik maka harapan PH-BN untuk kekal di Putrajaya pada PRU16 akan musnah, malah besar kemungkinan pakatan mereka akan tumbang lebih awal dari 2027.

Kekalahan besar di Kedah, Kelantan, Terengganu dan kegagalan mempertahan beberapa kerusi tradisi di Pulau Pinang dan Selangor perlu dipertanggungjawabkan kepada Pengerusi kedua-dua pakatan. PN bukan lebih baik tetapi PH-BN makin lebih haru dan celaru. Noktah!

UMNO dan Amanah Masih Releven?

Jika trend dominasi dan pengaruh UMNO dan Amanah terus menurun walaupun Menteri UMNO dan Amanah bukan saja mampu malah kuat bekerja untuk rakyat tetapi masih TIDAK cukup merangkul penghargaan pengundi, ia bakal menjejaskan perkara berikut:

1. Rancangan PH-BN mempertahan Putrajaya pada PRU16

2. Usaha PH-BN menyelamatkan negara dari politik ketaksuban dan kebencian melampau, politik perkauman dan perpecahan serta politik dikuasai oligarch dan taikun

3. Agenda PH-BN meletakan reformasi secara kekal melalui akta & enakmen dalam pentadbiran negara dan negeri

Politik hari ini amat jijik dan rosak. Lebih malang Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani telah gagal mengawalnya.

Pengundi ternyata tetap mahukan:

1. Islam berbanding air dan kemajuan

2. kepala bapak hang dan hang bodoh (maki-carut) berbanding profesionalisma dan effisiensi

3. pentadbiran pro fitnah dan kapitalis berbanding cekap dan bersih rasuah serta salahguna kuasa

4. wang segera yang kecil (one off) berbanding wang mengalir dan konsisten (subsidi bersasar, pendapatan bolehguna realistik, pendapatan sampingan)

Begitu banyak inisiatif dan imbuhan diumum dan diberikan Kerajaan Madani dalam tempoh singkat 8 bulan berkuasa namun MASIH gagal bukan saja menawan hati pengundi malah mengekalkan sokongan diraih mereka sebelum ini.

Something is really not right.

Isu-isu kecil seperti PM berjoget dan menari, isu-isu di langit yang tiada kepastian dan kebenaran seperti DAP kuasai PM-kerajaan dan undi selain PAS masuk neraka lebih BESAR dan berimpak berbanding usaha kuat memperkukuh ekonomi rakyat dan negara, kejayaan menurun harga barang dan kos sara hidup serta mengembalikan kerukunan negara hukum dan keharmonian kaum.

Kes curi REE, bonus kepada pengarah syarikat air negeri, tanah murah kepada persatuan isteri MB, hasil judi untuk dana parti dan pilihanraya TIDAK ada merit dan kesan kepada corak fikir dan keputusan pengundi.

Pilihanraya negeri dan umum sudah jadi seperti pemilihan AJK kariah dan persatuan penduduk. Pengetahuan, kemahiran, pengalaman, effisiensi, produktiviti, accountability BUKAN LAGI essencce dan kriteria memilih wakil rakyat, pembuat undang-undang dan pembuat-pelaksana dasar-strategi. Ini sangat menakutkan!

Jika Pengerusi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak ada saham dalam dinamik kecelaruan, kegagalan dan kerosakan ini, maka salah siapa?

Pengajaran

Keputusan #PRN2023 #PRN15 perlu dijadikan pengajaran kepada:

1. penyokong Pakatan Harapan yang mudah berpuas hati dan bersambil lewa dengan tidak keluar mengundi

2. penyokong Barisan Nasional yang tidak berpuas hati kerjasama PH-BN yang memulau proses undi atau mengundi lawan

3. pengundi atas pagar yang mencatur peluang 5 tahun sekali berdasarkan sentimen-sentimen yang tiada kaitan dengan urustadbir baik dan tatakelola bersih

4. anak muda yang mengundi kerana pengaruh keluarga dan media sosial semata-mata

Silap membuat keputusan samada memulau pemilihan atau salah memilih akan memberi peluang kepada:

1. kumpulan oligarch taikun dan pro mereka terus menguasai bukan saja pentadbiran malah kekayaan hasil bumi negeri dan negara

2. kumpulan fanatik terus memecahbelahkan kesatuan, keharmonian dan kepelbagaian kaum di Malaysia demi kepentingan peribadi hasil berpaut pada jawatan dan beroleh habuan darinya

3. kumpulan pandai cakap tak pandai buat kerja terus mengagalkan usaha memulihkan ekonomi dan memperbaiki sistem tempang yang sekian lama memberi kelebihan kepada golongan maha kaya dan penyokong mereka sekaligus menjejaskan usaha mengurangkan beban hutang negara lebih RM1.5 trillion (baca RM1,500,000,000,000.00). Hutang bermaksud tanggungjawab kewangan yang ada kesan langsung ke atas aset-aset negeri-negara

4. kumpulan pelahap dan perompak hasil simpanan negeri dan negara terus menjarah hak rakyat untuk kepentingan peribadi, politik dan penyondol mereka

Pasca pilihanraya MP dan ADUN dipilih yang samada tidak tahu atau tidak mahu buat kerja akan tetap:
 
1. menerima gaji dan imbuhan puluhan ribu sebulan

2. menaiki kenderaan mewah dan makan besar

3. mendapat layanan VIP

sedangkan rakyat yang mengundi mereka akan kembali kepada rutin harian berdepan:

1. tekanan kerja dengan gaji rendah, diskriminasi gaji, bonus dan kenaikan pangkat kerana asal usul dan bahasa

2. cabaran inflasi, kekurangan bekalan bahan mentah dan peningkatan harga barang seperti pra PRU15, bersesak dalam pengangkutan awam, berlelah dalam trafik panjang lagi perlahan, berpanas berhujan atas motosikal, mencatu dan memilih makan

3. halangan memakmurkan diri dan keluarga kerana kedudukan kewangan makin rigid, sistem kewangan pula tidak dapat membantu, peluang menjana pendapatan tambahan makin terhad kerana struktur ekonomi kembali ke takuk dan kaedah lama

4. defisit persefahaman dan kepercayaan antara kaum makin melebar, prasangka antara kaum makin menebal, keharmonian dalam kejiranan makin luntur dan hilang gara-gara perbedaan kiblat politik, gara-gara termakan dakyah dan hasutan politikus gila kuasa dan kedudukan

#PRN2023 #PRN15 #PakatanHarapan #BarisanNasional