Wednesday, December 20, 2023

Persempadanan Semula 2023/24

Kerap dimainkan sekarang ini ialah isu persempadanan semula. Pembangkang menuduh persempadanan adalah usaha PM dan TPM menyelamatkan hayat PH-BN.

Kecoh di TikTok dan Facebook kecaman-kecaman penyokong pembangkang kepada Kabinet #Madani khususnya Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi.

Penyokong ini kebanyakannya lebih sudu dari kuah. Apabila pemimpin atau ahli polik mereka bersuara, walaupun kadang-kadang isu politikus itu bangkitkan tiada asas kebenaran melainkan hanya mainan politik mereka, yang barangkali menjebak pembohongan dan fitnah, penyokong yang tidak menggunakan akal fikiran dan wisdom akan terkinja-kinja menunggangnya untuk menyerang lawan mereka.

Selain hanya mendapat dosa kering kerana memaki hamun lawan asbab terhasut, penyokong ada saham dalam dosa besar menyebar berita fitnah dan dusta oleh golongan fasiq dan munafiq.

Persempadanan semula termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Urusan persempadanan pilihanraya merupakan suatu kajian dan semakan untuk melihat semula kesesuaian sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada bagi memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih pada masa akan datang.

Persempadanan ini dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN  dan Parlimen.

Persempadanan semula bertujuan mengimbangi jumlah pemilih sesuatu bahagian pilihanraya.

Pembangkang pernah menuduh proses persempadanan semula yang dibuat pada 2003 oleh kerajaan Mahathir Mohamad dan 2013 oleh kerajaan Mohd Najib Abd Razak menzolimi penduduk pantai timur kerana jumlah kerusi DUN dan Parlimen Kelantan dan Terengganu sepatutnya bertambah.

Persempadanan semula bukan saja pernah dituntut PAS, malah PKR dan DAP juga membuat desakan sama kerana berlaku ketidakadilan. Misalnya di Selangor kerusi Parlimen Bangi memiliki jumlah pemilih 5.8  kali lebih besar berbanding Sabak Bernam (303,430 : 51,609). Ini bermakna nilai kuasa Perlembagaan pemilih Sabak Bernam adalah hampir 6 kali lebih besar berbanding pemilih Kapar sedangkan kuasa Perlembagaan (suara dan undi di Parlimen ) wakil rakyat Bangi setara dengan wakil rakyat Sabak Bernam.


Pembangkang menuntut kerajaan Persekutuan melaksanakan keadilan dan memartabat hak demokrasi rakyat. Tapi apabila kerajaan mahu melaksanakan tuntutan itu mereka memainkan isu perkauman pula dengan menuduh PKR, Amanah dan UMNO tunduk kepada DAP, ditunggang Cina dan hamba majikan asing.

Adakah jika SPR hanya menambah kerusi di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah dan tidak di negeri-negeri ditadbir PH-BN maka kerajaan akan diiktiraf adil?

Apakah pemilih di Kuala Lumpur dan Selangor tidak berhak mendapatkan hak demokrasi mereka seperti negeri-negeri pembangkang?

Selangor mempunyai seramai 3,747,057 pemilih, Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198) dan Terengganu (930,894) manakala kerusi Parlimen masing-masing adalah 22, 15, 14, 13 dan 8.

Sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan "adil" pembangkang, Selangor sepatutnya memilik 30 kerusi Parlimen manakala Kedah sepatutnya memiliki hanya 13 dan Kelantan hanya 11 bukannya masing-masing 15 dan 14.

Jadi di mana adilnya jika jumlah kerusi Parlimen Kelantan dan Terengganu mesti bertambah sedangkan jumlah kerusi di Selangor mesti dikekalkan?

Apakah rakyat Selangor tidak layak mengamalkan kuasa Perlembagaan mereka seperti rakyat negeri pembangkang?

Adil versi PAS-PN bukan yang dituntut agama. Selagimana jika ia memberi kelebihan kepada mereka ia dianggap adil namun jika ia memberi kelebihan kepada pihak lawan maka ia zolim dan mengundang bala bencana.

Firman Allah SWT "Wahai orang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu kerjakan" - Q 5:8

Kerja pembodohan berterusan politikus hanya meracun minda dan qalbu penyokong mereka. Inilah ciri-ciri pelampau yang disabdakan Baginda Rasulullah. Pelampau ada dalam politik dan dalam beragama. PAS memiliki kedua-duanya.

Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Baginda menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum" - HR Ibnu Majah

“Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu datangnya kiamat.” Lalu ada bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” Baginda menjawab: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya" - HR Bukhari

Melayu Terancam

Ada dua parti politik dalam satu gabungan berlumba-lumba mahu jadi lebih Melayu dari Melayu. Tahap keghairahan mereka itu hingga sanggup mengupah pendatang asing tanpa izin, pemegang IC merah, penipu asal usul keturunan dan Melayu palsu untuk meracun aqal bangsa Melayu negara ini kembali kepada semangat asobiyah dan berkabilah.

Tujuan mereka satu dan hanya satu - kaum majoriti negara ini mesti dihasut menjatuhkan kerajaan #Madani supaya mudah lah mereka kembali ke kerusi kuasa. Apabila mereka kembali berkuasa maka gugur lah siasatan salahlaku dan salahguna kuasa ke atas mereka serta pendakwaan dan hukuman yang menanti mereka.

Mereka sedar mereka tidak mampu melawan kerajaan hari ini dengan polisi, solusi dan pencapaian atau menjadi pentadbir alternatif yang lebih baik. Mereka juga sedar majoriti bukan Melayu sudah menolak mereka.Maka mereka tunggang satu-satunya kebolehan yang ada - mainkan isu kaum dan agama.

Buktinya sudah setahun menjadi pembangkang mereka hanya mampu meratib siang malam kedudukan Islam dan Melayu terancam, undang-undang Syariah terancam dan DAP kafir harbi perosak ummah, baik di Parlimen, ceramah kempen, masjid surau mahupun di media sosial.

Bila mereka bekerjasama dengan kafir (termasuk DAP) kerana fokus mereka hanya nak menang PRU (baca demi kuasa) maka tindakan mereka halal. Namun bila lawan mereka bekerjasama dengan DAP maka haram dan wajar diperangi.

Mereka mengadu dumba, mengeliru dan menakutkan bangsa Melayu dengan perkara-perkara yang tidak berlaku atau sengaja direkayasa, memanipulasi sepenuhnya sekecil-kecil isu, menimbulkan syak wasangka dan permusuhan antara kaum, menyebar fitnah dan dusta serba membangkitkan hal-hal dalam kain (dosa peribadi) musuh mereka.

Mereka sudah tersasar jauh dari tarbiah ulama yang disegani semua kaum yakni Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Maka tepat lah tindakan saya mufaraqah dari jemaah sejurus kematian Murshidul Am.



Thursday, December 7, 2023

eMadani

eMadani adalah insentif (bukan sumbangan) tunai ke eWallet (dompet elektronik yang boleh dimuat turun di telefon pintar).

Bila Mahiaddin Yasin bagi RM50 tunai tebus di applikasi eWallet TouchnGo sahaja walaun be like:

▶️ hanya Abah memahami penderitaan rakyat

▶️ memudahkan rakyat, senang berurusan jual beli

Bila Anwar Ibrahim bagi RM100 tunai tebus di mana-mana applikasi  eWallet TouchnGo, Maybank MAE, Setel dan ShopeePay penyokong pembangkang be like:

▶️ menyusahkan rakyat, kenapa tak debit terus ke akaun bank

▶️ guna e-wallet data peribadi akan bocor kepada pihak ketiga

▶️ apa sangat lah nilai RM100

▶️ kisah penghargaan rakyat atas penerimaan eMadani di media sosial hanya kosmetik, rekaan dan strategi politik geng PM

Bila hati sudah gelap dan tiada sinar bahana hasad dan kebencian yang tak berpenghujung maka apa pun perkara baik yang pihak lain buat akan terus dilihat dan dibaca dengan mata qalbu (nafsu) semata-mata. Aqal waras sudah tidak berguna.

Bagi salah tak bagi lagi-lagi lah salah. Tidak akan pernah bershukur.

Sunday, December 3, 2023

Samsuri Ganti Anwar

Ahmad Samsuri Mokhtar menang majoriti lebih 37 ribu pada PRK Parlimen Kemaman baru-baru ini. Maka berduyun-duyun walaun bersorak berkompang di Facebook dan Tiktok Samsuri patut jadi PM kerana majoriti Shamsuri jauh lebih besar berbanding Anwar Ibrahim yang menang majoriti kurang 4 ribu pada PRU15 Parlimen Tambun.

Jika ikut logik walaun:

▶️ Gobind Singh Deo yang menang majoriti lebih 124 ribu (tertinggi dalam sejarah) pada PRU15 Parlimen Damansara lagi layak jadi PM berbanding Samsuri

▶️ Mohamad Sabu yang menang majoriti 74 ribu pada PRU15 Parlimen Kota Raja lagi layak jadi PM berbanding Samsuri

▶️ Syahredzan Johan yang menang majoriti lebih 69 ribu pada PRU15 Parlimen Bangi lagi layak jadi PM berbanding Samsuri

▶️ Rafizi Ramli yang menang majoriti lebih 48 ribu pada PRU15 Parlimen Pandan lagi layak jadi PM berbanding Samsuri

▶️ Abd Hadi Awang yang menang majoriti lebih 41 ribu pada PRU15 Parlimen Marang lagi layak jadi PM berbanding Samsuri

Apa pasal mereka ini tidak dicanang jadi PM? Dalil apa pula walaun nak bagi?

Jika walaun mampu hadam:

Samsuri bertanding di kubu PAS-PN pada PRK (PRU15 PAS menang majoriti 27 ribu) sedangkan Anwar bertanding di kubu Bersatu-PN pada PRU15 (PRU14 Bersatu menang atas tiket PKR majoriti 5 ribu)

Sekiranya Samsuri seorang yang berani seperti Anwar dia akan memilih bertanding di kubu UMNO-BN atau PKR-PH atau Amanah-PH. Tetapi Samsuri memilih Kemaman. Adakah itu ciri seorang PM material?

Dan lagi, mengikut Perlembagaan Persekutuan 🇲🇾:

▶️ PM dipilih dari kalangan MP yang memperolehi sokongan majoriti di Dewan Rakyat BUKAN yang memperolehi majoriti terbesar di kawasan yang ditandingi.

▶️ PM dipilih dari kalangan MP yang gabungan dipimpin/disertainya menguasai majoriti di Dewan Rakyat.

▶️ PM diperkenan ke jawatan oleh Yang Dipertuan Agong BUKAN oleh pengundi (seperti pemilihan Presiden di US, Korea atau Indonesia).

Belum pernah lagi dalam sejarah negara ini PM dipilih dari kalangan MP yang gabungannya BUKAN majoriti di Dewan Rakyat. Belum pernah dipilih PM berkerajaan minoriti.

Kesimpulannya, mohon walaun sila membijakkan diri JANGAN jadi bahan jenaka orang ramai dan anak cucu mereka di kemudian hari.

Friday, December 1, 2023

Keterjaminan Makanan

Kita terlalu fokus nak jadi pengeluar minyak masak dan bahan api berasaskan fosil hingga kita abai perut dan kesihatan anak cucu kita.

Kita mengimport produk makanan dengan jumlah yang besar yakni lebih RM75 billion (2022) sedangkan negara kita subur sepanjang tahun. Negara dua musim seperti 🇲🇾 sesuai ditanam pelbagai jenis bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Lebihan tanaman tadi boleh dijadikan dedak ternakan tenusu seperti lembu, kerbau dan kambing.

Jika kerajaan-kerajaan terdahulu merancang dan melaksana dengan betul usaha keterjaminan makanan bekalan kita hari ini adalah lebih dari cukup dan mampu jadi pengeksport utama ASEAN. Malangnya fokus berlebihan pada industri dan teknologi dengan meneruskan legasi Malaysia Incorporation (Malaysia Inc) menjadikan kita terlalu bergantung kepada makanan import.

Ketika berlakunya krisis makanan sedunia asbab perang Rusia-Ukraine rantaian bekalan kita turut terganggu, dari bahan mentah/asas hingga ke produk siap. Lantaran kita terpaksa membayar kos import yang tinggi kerana bersaing dengan negara-negara maju (baca dana besar) seperti Singapura, Taiwan, Korea Utara dan Jepun.

Apabila bekalan terganggu keperluan nutrisi kita turut terjejas. Dan keadaan tambah mudarat apabila muncul wabak baharu yang tiada vaksin/dadah tersedia merawat menjadikan kita lebih mudah dijangkiti dan berpotensi kritikal.

Hari ini Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja menjadi pengeluar produk makanan utama di rantau ini. Meskipun fokus mereka mula beralih kepada penghasilan produk teknologi termasuk produk dan perkhidmatan terkait tenaga boleh perbaharui, mereka masih mengutamakan malah memodenkan industri pertanian, peladangan dan penternakan mereka. Bukan untuk tujuan eksport/menjana hasil negara semata-mata sebaliknya untuk menjaga perut rakyat mereka.

Fokus dan usaha Kementerian Ekonomi untuk mengindustri dan memodenkan pertanian negara sememangnya patut dipuji. Industri pertanian bukan hanya suatu perniagaan atau pelaburan jangka pendek. Hasil yang dijana, walaupun mengambil sedikit masa, mampu menjamin dan menstabilkan bekalan dan harga makanan kita untuk tempoh yang panjang. Selain itu ia turut mewujudkan peluang ekonomi dan kerjaya kepada rakyat.

Pertanian moden melibat dan memerlukan kepakaran dan penggunaan teknologi seperti biologist, chemists, agriculturist, agrologist, agronomist, technician, mechanic, enginer, coordination dan distribution expert,  automated and integrated system, drone dan centralize surveillance dan sebagainya. Ini membekalkan pekerjaan berkualiti kepada graduan kita di pasaran kerjaya.

Langkah MoF fan MoE mewujudkan geran RM1 billion untuk merakyatkan pertanian dan IKS di setiap kawasan di seluruh negara satu langkah yang baik. Cumanya kita harap setiap dana yang disalurkan untuk projek-projek kecil dan sederhana tersebut diselia serta dipantau rapi. Hasil pengeluaran khususnya produk makanan dari projek-projek ini perlu mengutamakan kepeluan warga tempatan berbanding rakyat asing dan eksport. Dengan itu keterjaminan makanan kita mampu berada di posisi solid tidak lama lagi.

Wednesday, October 25, 2023

Himpunan 🇲🇾 Bersama 🇵🇸

Media arus perdana, media sosial dan media alternatif sudah patut memulakan forum-forum perdana, wacana ilmiah dan dokumentari khas membincang dan memaparkan sejarah tindakan pemimpin dan negara-negara yang pernah dan masih membantah Regim Zionis dan sekutu serta kesannya kepada pemimpin dan negara tersebut. 


Ini lah masa rakyat dikisahkan maksud kenyataan Perdana Menteri '🇲🇾 tidak takut ugutan dan sedar kesan dari kelantangan kita mengutuk pembunuhan kejam rakyat 🇵🇸 oleh Zionis' semasa Himpunan Malaysia Bersama Palestin semalam. Backlash oleh pendokong, pelobi dan sekutu 🇮🇱 sedang disusun dan menunggu kerana keberanian kita


Rakyat perlu dibijakan dengan pengetahuan dan kesedaran. Pembijakan tidak boleh lagi bersandar pada edaran buku dan risalah. Pihak berkuasa negara mesti guna media baharu seluas-luasnya


Musuh Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan makin bertambah di luar negara, ketika dalam negara sendiri sudah terlalu ramai


TRAGEDI KEMANUSIAAN terbaharu di Palestin digerak pengamal apartheid utama dunia yang sudah pasti ada chain reaction kepada geopolitik dan kestabilan ekonomi global, akan digunakan musuh-musuh PMX dalam dan luar negara untuk menjatuhkannya


Bukan lagi rahsia ramai elit Melayu kita pro Amerika-Eropah, hingga sanggup menjadi ahli pertubuhan rahsia berpusat di England yang berselindung di sebalik jenama "organisasi sosial dan persaudaraan yang mempromosikan persaudaraan, keamanan, kebebasan beragama, integriti, standard moral yang tinggi, dan kewarganegaraan yang baik", namun hakikatnya adalah mata, telinga dan lidah pro Zionis


Mereka ini sudah lama menjadi duri dalam daging kepada kesatuan, kekuatan dan kemajuan ummah negara ini. Mereka berselindung di sebalik nama Melayu, busana Melayu dan pentas Melayu, tetapi mereka dan anak beranak mereka bersahabat baik malah menjadi sekutu niaga pelobi Zionis. Munafik terhebat ini lah yang akan menjatuhkan PMX-Madani dengan alasan "untuk mengukuhkan semula Ringgit dan ekonomi negara"


Jika PM dan Kerajaan Perpaduan tidak ambil berat ancaman musuh dalam selimut, usaha dan gerak kerja musuh luar yang terang nyata akan menjadi lebih mudah


Kepada penangguk di air keruh yang tidak sabar meruntuhkan kerajaan #Madani, ini soalan cepu emas kepada anda. Adakah penganti Anwar nanti akan lebih lantang di pentas dunia darinya atau sekadar seorang lagi pelakon terbaik seperti barisan pelakon-pelakon terbaik tanpa trofi sebelum ini, yang hanya berani berkokok di laman rumah? 

Sunday, August 13, 2023

Keputusan PRN15 2023

Rumusan

Jika pengkhianat seperti Azmin, Hilman dan Arif pun boleh menang ini bermakna ada yang sangat tidak kena dengan:

1. Kerjasama Pakatan Harapan - Barisan Nasional. Jelas ia tak menguntungkan PH, masakan kubu kuat seperti Selangor boleh ditembusi PAS-Perikatan Nasional dengan bergaya. Di setengah kawasan jika letak batu dan kayu pun boleh mengalahkan calon PH. 

Pada PRU14 PH berjaya menguasai 53 dari 56 kerusi di Selangor dan 37 dari 40 kerusi di Pulau Pinang melalui pertandingan 3 penjuru. PRN15 melalui pertandingan 2 penjuru, gabungan undi PH-BN bukan saja tidak mampu mengulangi kejayaan PRU14 malah menyapu bersih masing-masing 56 dan 40 kerusi jauh sekali. 

Penyokong PH bersedia mengundi calon BN tapi penyokong BN belum tentu mahu mengundi calon PH sebaliknya lebih condong memilih calon PN. Terbukti kerusi disandang PH terlepas kepada PN sedangkan kerusi ditandingi BN boleh menang. Begitu sekali prejudis dan dendamnya akar umbi UMNO kepada PH, akar umbi PAS yang wala membuta apatah lagi.

2. Budaya politik dan kerja PMX. Barangkali rakyat sudah muak dengan Anwar Ibrahim yang terlalu banyak bercakap, gemar dirai seperti selebriti di pentas terbuka, ghairah berlengok sastera dari memahamkan anak muda dengan gaya bahasa mudah serta membelakangi sebahagian kata-kata dan janji-janjinya sebelum ini. 

Beliau telah diingatkan berulang kali tetapi masih sombong - masih mahu bernyanyi dan menari, masih bekerja seperti pensyarah literature, masih berlagak serba tahu, masih bertindak seperti ketua pembangkang, masih mengenai 'saya', masih play safe dan berkira-kira mencantas kerja jahat kartel the Tuns and Tan Sris

3. TPM1 dan kluster mahkamah UMNO. Mereka sudah menjadi beban kepada PH. Jika akar umbi parti mereka sendiri menolak mereka serta calon-calon mereka, apakah penyokong PH yang rata-rata lebih bijak dan tidak totok akan mengundi berdasar garis parti? 

Samada mereka memulau undi atau mengalih sokongan kepada lawan, tidak lain demi memberi amaran kepada pimpinan PH

4. Sokongan anak muda. Generasi Tiktok tidak terkalahkan strategi Madani yang masih condong membina pengaruh dan mempromosi kerja melalui media seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, Facebook dan program townhall. PH dan BN sudah kalah kepada PN semenjak pra PRU15. "Pakar" Madani tidak serik dan tidak mahu belajar walau berkali-kali ditekan penyokong. Bila boomer jadi ketua strategi, maka kaedah masih kekal cara boomers. Gagal teruk

Anwar dan Ahmad Zahid Hamidi mesti memulakan pelan peralihan kuasa dalam parti dan seterusnya kerajaan kepada penganti yang lebih bersih dan disenangi anak muda. Jika mereka tetap dengan ego dan cara mereka berpolitik maka harapan PH-BN untuk kekal di Putrajaya pada PRU16 akan musnah, malah besar kemungkinan pakatan mereka akan tumbang lebih awal dari 2027.

Kekalahan besar di Kedah, Kelantan, Terengganu dan kegagalan mempertahan beberapa kerusi tradisi di Pulau Pinang dan Selangor perlu dipertanggungjawabkan kepada Pengerusi kedua-dua pakatan. PN bukan lebih baik tetapi PH-BN makin lebih haru dan celaru. Noktah!

UMNO dan Amanah Masih Releven?

Jika trend dominasi dan pengaruh UMNO dan Amanah terus menurun walaupun Menteri UMNO dan Amanah bukan saja mampu malah kuat bekerja untuk rakyat tetapi masih TIDAK cukup merangkul penghargaan pengundi, ia bakal menjejaskan perkara berikut:

1. Rancangan PH-BN mempertahan Putrajaya pada PRU16

2. Usaha PH-BN menyelamatkan negara dari politik ketaksuban dan kebencian melampau, politik perkauman dan perpecahan serta politik dikuasai oligarch dan taikun

3. Agenda PH-BN meletakan reformasi secara kekal melalui akta & enakmen dalam pentadbiran negara dan negeri

Politik hari ini amat jijik dan rosak. Lebih malang Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani telah gagal mengawalnya.

Pengundi ternyata tetap mahukan:

1. Islam berbanding air dan kemajuan

2. kepala bapak hang dan hang bodoh (maki-carut) berbanding profesionalisma dan effisiensi

3. pentadbiran pro fitnah dan kapitalis berbanding cekap dan bersih rasuah serta salahguna kuasa

4. wang segera yang kecil (one off) berbanding wang mengalir dan konsisten (subsidi bersasar, pendapatan bolehguna realistik, pendapatan sampingan)

Begitu banyak inisiatif dan imbuhan diumum dan diberikan Kerajaan Madani dalam tempoh singkat 8 bulan berkuasa namun MASIH gagal bukan saja menawan hati pengundi malah mengekalkan sokongan diraih mereka sebelum ini.

Something is really not right.

Isu-isu kecil seperti PM berjoget dan menari, isu-isu di langit yang tiada kepastian dan kebenaran seperti DAP kuasai PM-kerajaan dan undi selain PAS masuk neraka lebih BESAR dan berimpak berbanding usaha kuat memperkukuh ekonomi rakyat dan negara, kejayaan menurun harga barang dan kos sara hidup serta mengembalikan kerukunan negara hukum dan keharmonian kaum.

Kes curi REE, bonus kepada pengarah syarikat air negeri, tanah murah kepada persatuan isteri MB, hasil judi untuk dana parti dan pilihanraya TIDAK ada merit dan kesan kepada corak fikir dan keputusan pengundi.

Pilihanraya negeri dan umum sudah jadi seperti pemilihan AJK kariah dan persatuan penduduk. Pengetahuan, kemahiran, pengalaman, effisiensi, produktiviti, accountability BUKAN LAGI essencce dan kriteria memilih wakil rakyat, pembuat undang-undang dan pembuat-pelaksana dasar-strategi. Ini sangat menakutkan!

Jika Pengerusi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak ada saham dalam dinamik kecelaruan, kegagalan dan kerosakan ini, maka salah siapa?

Pengajaran

Keputusan #PRN2023 #PRN15 perlu dijadikan pengajaran kepada:

1. penyokong Pakatan Harapan yang mudah berpuas hati dan bersambil lewa dengan tidak keluar mengundi

2. penyokong Barisan Nasional yang tidak berpuas hati kerjasama PH-BN yang memulau proses undi atau mengundi lawan

3. pengundi atas pagar yang mencatur peluang 5 tahun sekali berdasarkan sentimen-sentimen yang tiada kaitan dengan urustadbir baik dan tatakelola bersih

4. anak muda yang mengundi kerana pengaruh keluarga dan media sosial semata-mata

Silap membuat keputusan samada memulau pemilihan atau salah memilih akan memberi peluang kepada:

1. kumpulan oligarch taikun dan pro mereka terus menguasai bukan saja pentadbiran malah kekayaan hasil bumi negeri dan negara

2. kumpulan fanatik terus memecahbelahkan kesatuan, keharmonian dan kepelbagaian kaum di Malaysia demi kepentingan peribadi hasil berpaut pada jawatan dan beroleh habuan darinya

3. kumpulan pandai cakap tak pandai buat kerja terus mengagalkan usaha memulihkan ekonomi dan memperbaiki sistem tempang yang sekian lama memberi kelebihan kepada golongan maha kaya dan penyokong mereka sekaligus menjejaskan usaha mengurangkan beban hutang negara lebih RM1.5 trillion (baca RM1,500,000,000,000.00). Hutang bermaksud tanggungjawab kewangan yang ada kesan langsung ke atas aset-aset negeri-negara

4. kumpulan pelahap dan perompak hasil simpanan negeri dan negara terus menjarah hak rakyat untuk kepentingan peribadi, politik dan penyondol mereka

Pasca pilihanraya MP dan ADUN dipilih yang samada tidak tahu atau tidak mahu buat kerja akan tetap:
 
1. menerima gaji dan imbuhan puluhan ribu sebulan

2. menaiki kenderaan mewah dan makan besar

3. mendapat layanan VIP

sedangkan rakyat yang mengundi mereka akan kembali kepada rutin harian berdepan:

1. tekanan kerja dengan gaji rendah, diskriminasi gaji, bonus dan kenaikan pangkat kerana asal usul dan bahasa

2. cabaran inflasi, kekurangan bekalan bahan mentah dan peningkatan harga barang seperti pra PRU15, bersesak dalam pengangkutan awam, berlelah dalam trafik panjang lagi perlahan, berpanas berhujan atas motosikal, mencatu dan memilih makan

3. halangan memakmurkan diri dan keluarga kerana kedudukan kewangan makin rigid, sistem kewangan pula tidak dapat membantu, peluang menjana pendapatan tambahan makin terhad kerana struktur ekonomi kembali ke takuk dan kaedah lama

4. defisit persefahaman dan kepercayaan antara kaum makin melebar, prasangka antara kaum makin menebal, keharmonian dalam kejiranan makin luntur dan hilang gara-gara perbedaan kiblat politik, gara-gara termakan dakyah dan hasutan politikus gila kuasa dan kedudukan

#PRN2023 #PRN15 #PakatanHarapan #BarisanNasional