Sunday, May 12, 2024

PRK Kuala Kubu Baharu

PH berjaya mengekalkan kerusi Kuala Kubu Baru kerana beberapa faktor.

Pertama dan yang paling signifikan ialah YAB PM Anwar Ibrahim tidak turun berkempen kali ini. Don't get me wrong, bukannya rakyat dan pengundi tidak sukakan beliau. Rakyat hilang minat cara beliau berucap. Bahasa lunak nusantara bukan bahasa harian kumpulan terbanyak, baik yang muda mahupon warga emas. Bahasa rakyat hari ini ialah bahasa TikTok, bahasa X dan bahasa Insta - bahasa ringkas, tepat tapi padat.
Bahasa sastera, berbunga-bunga dan kurang substance hanya sesuai untuk majlis dan pementasan budaya. Saat pemimpin negara mengunakannya tak kira waktu dan korum, termasuk di rapat umum dan majlis rasmi, hanya mengundang lebih banyak keliru, mual dan menyampah. Bila pengundi dikuasai sentimen meluat maka logik akal tidak berfungsi dengan baik. Kesannya mereka memilih bersandarkan jalur emosi semata bukannya data dan fakta.
Kehebatan pidato PMX sudah tidak setanding dahulu. Maka #Madani TIDAK boleh lagi bergantung kepada penyertaan PMX berucap di pentas kempen pilihanraya sebaliknya mengenengahkan kualiti, daya usaha dan hasil kerja pentadbirannya, tanpa perlu menampilkan batang tubuhnya.
Keupayaan PMX

- menyatupadukan parti-parti yang sebelum ini berseteru,
- mentransformasi dan meningkatkan produktiviti serta integriti penjawat awam,
- mereformasikan kontrak sosial,
- memperbaiki taraf ekonomi golongan marhaen,
- memangkin minat dan penyertaan pelabur asing,
- menjalin hubungan baik dengan pemimpin serta pemain industri utama dunia serta
- menyemai taat setia rakyat kepada Raja-Raja, demi bangsa dan negara,

harus terus dijadikan tunggak kempen untuk setiap PRK, PRN dan PRU seterusnya.
Kedua. Kesanggupan pemimpin peringkat negeri dan nasional BN khususnya UMNO dan MIC turun padang membantu jentera PH. Keserasian mereka kali ini menambahkan keyakinan rakyat bahawa #Madani Demi Kestabilan bukan sekadar slogan kosong pemimpin parti-parti kerajaan perpaduan dan terjemahan idea Istana. Tidak terbayangkan seteru tradisi UMNO dan DAP sanggup berjiwa besar, manpu duduk semeja dan bergandingan tangan demi rakyat dan negara.
Ketiga. PN kekal dengan corak politik menunggang kaum dan agama, berkempen menabur fitnah dan mempertikai segala usaha kerajaan negeri dan Persekutuan, sudah mula tidak digemari pengundi melainkan di mata penyokong totok mereka.
Keempat. Kelibat pempengaruh yang ada masalah integriti dan kes mahkamah serta terkenal dengan pendekatan melucah, mencarut, memaki dan menghembur fitnah di sosial media, hanya merendahkan martabat dan peluang PN.
PN mempunyai peluang seimbang merampas kerusi KKB dari PH kerana terdapat isu-isu nasional seperti kos sara hidup, DNAA Zahid, pelaksanaan gaji minima dan penarikan subsidi. Malangnya PN tidak mahu berkempen secara versus polisi dan memberi rakyat altenatif. Sebaliknya mereka memilih cara lapok dan kolot PAS.
Teknokrat PAS dan Bersatu pula hanya membuktikan bahawa mereka tidak mampu berfungsi dengan baik selagimana bersama jemaah pentaksub dan pelampau. Kebijaksanaan dan senarai panjang kelayakan dan pengalaman mereka, yang jelas tidak ada tempat dalam politik kumpulan khawarij, makin hari makin susut nilainya, makin hilang penghargaan kepadanya serta makin kurang permintaan ke atasnya.

No comments:

Post a Comment