Wednesday, December 20, 2023

Persempadanan Semula 2023/24

Kerap dimainkan sekarang ini ialah isu persempadanan semula. Pembangkang menuduh persempadanan adalah usaha PM dan TPM menyelamatkan hayat PH-BN.

Kecoh di TikTok dan Facebook kecaman-kecaman penyokong pembangkang kepada Kabinet #Madani khususnya Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi.

Penyokong ini kebanyakannya lebih sudu dari kuah. Apabila pemimpin atau ahli polik mereka bersuara, walaupun kadang-kadang isu politikus itu bangkitkan tiada asas kebenaran melainkan hanya mainan politik mereka, yang barangkali menjebak pembohongan dan fitnah, penyokong yang tidak menggunakan akal fikiran dan wisdom akan terkinja-kinja menunggangnya untuk menyerang lawan mereka.

Selain hanya mendapat dosa kering kerana memaki hamun lawan asbab terhasut, penyokong ada saham dalam dosa besar menyebar berita fitnah dan dusta oleh golongan fasiq dan munafiq.

Persempadanan semula termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Urusan persempadanan pilihanraya merupakan suatu kajian dan semakan untuk melihat semula kesesuaian sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada bagi memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih pada masa akan datang.

Persempadanan ini dilakukan setiap 10 tahun sekali berlandaskan kepada keadaan geografi dan topografi sesuatu kawasan, tahap pembangunan, demografi, kemudahan asas dan komunikasi serta kemampuan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) untuk menampung kos yang terlibat dengan penambahan kerusi DUN  dan Parlimen.

Persempadanan semula bertujuan mengimbangi jumlah pemilih sesuatu bahagian pilihanraya.

Pembangkang pernah menuduh proses persempadanan semula yang dibuat pada 2003 oleh kerajaan Mahathir Mohamad dan 2013 oleh kerajaan Mohd Najib Abd Razak menzolimi penduduk pantai timur kerana jumlah kerusi DUN dan Parlimen Kelantan dan Terengganu sepatutnya bertambah.

Persempadanan semula bukan saja pernah dituntut PAS, malah PKR dan DAP juga membuat desakan sama kerana berlaku ketidakadilan. Misalnya di Selangor kerusi Parlimen Bangi memiliki jumlah pemilih 5.8  kali lebih besar berbanding Sabak Bernam (303,430 : 51,609). Ini bermakna nilai kuasa Perlembagaan pemilih Sabak Bernam adalah hampir 6 kali lebih besar berbanding pemilih Kapar sedangkan kuasa Perlembagaan (suara dan undi di Parlimen ) wakil rakyat Bangi setara dengan wakil rakyat Sabak Bernam.


Pembangkang menuntut kerajaan Persekutuan melaksanakan keadilan dan memartabat hak demokrasi rakyat. Tapi apabila kerajaan mahu melaksanakan tuntutan itu mereka memainkan isu perkauman pula dengan menuduh PKR, Amanah dan UMNO tunduk kepada DAP, ditunggang Cina dan hamba majikan asing.

Adakah jika SPR hanya menambah kerusi di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah dan tidak di negeri-negeri ditadbir PH-BN maka kerajaan akan diiktiraf adil?

Apakah pemilih di Kuala Lumpur dan Selangor tidak berhak mendapatkan hak demokrasi mereka seperti negeri-negeri pembangkang?

Selangor mempunyai seramai 3,747,057 pemilih, Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198) dan Terengganu (930,894) manakala kerusi Parlimen masing-masing adalah 22, 15, 14, 13 dan 8.

Sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan "adil" pembangkang, Selangor sepatutnya memilik 30 kerusi Parlimen manakala Kedah sepatutnya memiliki hanya 13 dan Kelantan hanya 11 bukannya masing-masing 15 dan 14.

Jadi di mana adilnya jika jumlah kerusi Parlimen Kelantan dan Terengganu mesti bertambah sedangkan jumlah kerusi di Selangor mesti dikekalkan?

Apakah rakyat Selangor tidak layak mengamalkan kuasa Perlembagaan mereka seperti rakyat negeri pembangkang?

Adil versi PAS-PN bukan yang dituntut agama. Selagimana jika ia memberi kelebihan kepada mereka ia dianggap adil namun jika ia memberi kelebihan kepada pihak lawan maka ia zolim dan mengundang bala bencana.

Firman Allah SWT "Wahai orang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu kerjakan" - Q 5:8

Kerja pembodohan berterusan politikus hanya meracun minda dan qalbu penyokong mereka. Inilah ciri-ciri pelampau yang disabdakan Baginda Rasulullah. Pelampau ada dalam politik dan dalam beragama. PAS memiliki kedua-duanya.

Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Baginda menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum" - HR Ibnu Majah

“Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu datangnya kiamat.” Lalu ada bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” Baginda menjawab: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya" - HR Bukhari

No comments:

Post a Comment