Thursday, July 29, 2021

Kajian Julai 2021

Satu kajian untuk menguji keyakinan netizen ke atas Perdana Menteri Mahiaddin Mad Yasin dan kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional telah diadakan selama tiga hari bermula 27 Julai hingga 29 Julai 2021.

Kajian dijalankan di applikasi Twitter dengan mensasarkan kumpulan pembaca akaun Astro Awani, Malaysia Kini dan Free Malaysia Today.

5 soalan telah dikemukakan. Responden boleh memilih untuk tidak menjawab soalan tertentu. Oleh kerana soalan kajian tidak terikat antara satu dan lain maka jumlah responden pada setiap soalan adalah berbeda-beda.

Berikut adalah dapatan atau hasil kajian tersebut:


Soalan 1
Jumlah responden: 665

Penilaian anda ke atas prestasi PM Mahiaddin Yasin dan kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional (PN-BN) menguruskan negara ketika krisis

91% atau 605 responden bersetuju bahawa PM dan kerajaan telah gagal menguruskan negara ketika krisis. Cuma 1% atau 7 responden yang merasakan PM berjaya.


Soalan 2
Jumlah responden: 472

PM Mahiaddin Yasin dan kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional (PN-BN)


74% atau 349 responden merasakan PM dan kerajaan lebih mengutamakan politik-kuasa manakala cuma 3% atau 14 responden merasakan rakyat diutamakan.


Soalan 3
Jumlah responden: 2986
Responden calon blok kerajaan: 1070
Responden calon blok pembangkang: 1916

Jika PM Mahiaddin Yasin kalah undi percaya, siapa bakal meraih majoriti untuk mengantikannya?


Undian bagi calon dari blok kerajaan, 38% atau 410 responden memilih Khairy Jamaluddin, 18% atau 187 responden memilih TPM Ismail Sabri Yaakub dan 15% atau 154 responden memilih Tengku Razaleigh Hamzah bakal meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu. 


Undian bagi calon dari blok pembangkang, 42% atau 798 responden merasakan Anwar Ibrahim bakal meraih sokongan majoriti berbanding hanya 4% atau 83 responden memilih mantan PM Mahathir Mohamad.

Agak memeranjatkan calon termuda Syed Saddiq Syed A Rahman memperolehi 41% atau 780 undian, mengatasi 6 calon senior manakala bekas TPM Wan Azizah Wan Ibrahim, calon wanita tunggal pula memperolehi 8% atau 150 undian, mengatasi 5 calon lelaki lain termasuk Mahathir Mohamad.

Secara keseluruhan, Anwar Ibrahim, Syed Saddiq Syed A Rahman dan Khairy Jamaluddin berada di tiga tangga teratas masing-masing dengan 26.7%, 26.1% dan 13.7% manakala Lim Guan Eng, Mukhriz Mahathir dan Mohamed Azmin Ali berada di 3 tangga terbawah masing-masing dengan 0.7%, 0.6% dan 0.4% dari undian ke atas 16 calon.

Ada kemungkinan besar responden menafsirkan soalan 3 sebagai mengundi 'calon pilihan' berbanding 'calon mampu meraih sokongan majoriti MP'. 

Oleh kerana terdapat keterbatasan dalam menjelaskan impak tidak memahami soalan kajian, maka keputusan di atas tidak mencerminkan keadaan sebenar di Parlimen dan peluang calon berjaya membentuk kerajaan.


Soalan 4
Jumlah responden: 768

Jika tiada MP berjaya meraih majoriti mudah, apakah langkah terbaik merungkai krisis politik di musim pandemik?


61% atau 468 responden memilih supaya Agong membubarkan Parlimen dan diadakan PRU 15 jika tiada mana-mana MP berjaya meraih majoriti mudah. Responden mahukan kuasa merungkaikan krisis politik dipulangkan kepada rakyat walau pun terpaksa dilakukan di musim pandemik.


Soalan 5
Jumlah responden: 789

Status anda semenjak berlaku kemelut politik dan krisis kesihatan



Semenjak berlakunya kemelut politik dan krisis kesihatan, 75% atau 592 responden merasakan mereka berada dalam status marah, kecewa dan/atau putus asa. Cuma 3% atau 24 responden merasakan kemelut dan krisis tidak memberikan kesan kepada mereka.


Kesimpulan

Keputusan-keputusan di atas boleh dirumuskan sebagai refleksi kekecewaan rakyat terhadap kerajaan dan senario semasa.

Kecendorongan tinggi memilih calon penganti Mahiaddin Yasin dari blok pembangkang berbanding blok kerajaan dan memilih naratif negatif terhadap pimpinan semasa menunjukkan majoriti responden mahukan kerajaan sedia ada ditukar.


Tuesday, July 27, 2021

Mesyuarat Khas Parlimen

Demi Kuasa

Ada gelaran ustaz dan professor tak semestinya bijak dan mahir segala perkara.

🇲🇾 seperti negara-negara Kommenwel yang lain mengamalkan Sistem Parlimen Westminster. Apabila sebuah kerajaan ditakrifkan sebagai gagal oleh MAJORITI rakyat maka kerajaan itu perlu diganti. 

Britain sudah terbiasa tukar kerajaan di tengah penggal, malah pernah berlaku pertukaran 3 Perdana Menteri dalam satu penggal apabila rakyat merasakan PM dan Kabinetnya telah gagal dan referendum digerakan untuk menukar Eksekutif. Ini adalah amalan demokrasi berparlimen.

Di negara ini kaedah mengantikan kerajaan ialah samada:

1) tukar Perdana Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar oleh wakil rakyat melalui undi percaya di Dewan, sekaligus tukar Kabinet/EXCO & kerajaan sedia ada, atau,

2) bubar Parlimen oleh Agong/DUN oleh Sultan untuk diadakan pilihanraya supaya rakyat mengundi kerajaan baharu

Tak ada kaedah lain, termasuk berhimpun di hotel 5 bintang atau usung SD (Perakuan Bersumpah) masuk keluar Istana, untuk pilih PM dan tubuh kerajaan baharu.

Jika kamu sedar dan insaf bahawa kamu gagal sebagai kerajaan kamu bersegera letak jawatan, bukannya kamu:

1) singkatkan hari persidangan sekaligus kurangkan masa scrutiny

2) hadkan usul yang boleh dibahaskan, dan

3) tutup Parlimen selama 8 bulan sekaligus halang semak imbang amalan kerajaan

Jika kamu tahu malu dan insaf kamu tidak terhegeh-hegeh minta pembangkang buat kerja untuk kamu tapi gaji, manfaat, habuan dan pengiktirafan kamu bolot. 

Rakyat (majikan) bayar 70 lebih (sekampung) Menteri dan Timbalan supaya bekerja. Jika kamu tak mampu bekerja, majikan ada hak pilih dan gajikan pekerja baru.

Jangan sukarkan proses yang mudah. Juga jangan tunjukkan kepada dunia betapa kemaruknya kamu pada kuasa!


Bukti #KerajaanGagal

Shahidan Kasim mengesa wakil rakyat pembangkang membuktikan bahawa Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal.

Rakyat telah memberi kerajaan PN peluang melaksanakan 3 kali PKP dan 6 bulan Darurat. Selama tempoh itu berapa:

1. jumlah keseluruhan kes dan korban?

2. orang hilang pendapatan dan pekerjaan?

3. keluarga hilang tempat tinggal?

4. orang derita depessi dan bunuh diri?

5. nilai pelaburan masuk dan pelaburan keluar?

Jika kita mengamalkan cara vaksinasi di Indonesia atau Turki sudah pasti hari ini 🇲🇾 sudah mencapai  lebih 10 juta penerima 2 dos suntikan. Sudah pasti juga kes harian berkurangan.

Mahiaddin Yasin tidak tahu mengurus krisis dan tidak tahu keutamaan. Mereka tak mahu mendengar pandangan apatah mempraktik cadangan pakar dan bijak pandai. Mereka sebaliknya kalut mencipta proses-proses (baca projek) tak perlu dan sibuk fikirkan cara mengagihkannya.

Selepas 16 bulan rakyat masih tidak tahu status belanja perlu (minima) dan standard perawatan pesakit Covid.

Rakyat juga tidak tahu standard, kriteria kelayakan dan kos sebenar pembekalan

- vaksin

- peralatan perubatan, rawatan dan pencegahan

- ubat-ubatan

- dewan PPV dan CAC kekal, bergerak, hibrid dan maya kerajaan dan swasta

- nutrisi dan hidangan pada pesakit dan kuarantina

- renovasi dan perabut di pusat-pusat vaksinasi dan rawatan kerajaan dan swasta

- sistem, peralatan dan khidmat talian

- logistik dan infra

Negara tidak ada exit strategy yang jelas, dari PKP ke PKPB, PKPP, PKPD, Darurat dan kini PPN, setiap satunya datang dengan SOP berubah-ubah yang memberi ruang kepada amalan dwistandard yang tak berkesudahan.

Selagi sekampung menteri banggang merasakan mereka bijak selagi itu 🇲🇾 tidak mampu keluar dari krisis kesihatan ini dengan cepat dan selamat. Kesannya, rakyat dan negara menanggung beban dan terusan menjadi mangsa.


Batal Ordinan Darurat

Mengikut Perlembagaan Persekutuan terdapat 2 cara sahaja untuk batal/ungkai (annul) Ordinan Darurat:

1. melalui promulgasi YDPA (untuk batal)

2. melalui usul di Parlimen (untuk ungkai/annul)

Ordinan Darurat tidak terbatal dengan kaedah Jemaah Menteri buat keputusan sepihak. 

Kenyataan Menteri Undang-Undang bahawa Kabinet sudah membatalkan 6 Ordinan Darurat pada 21 Julai 2021 amat mengejut banyak pihak.

Ordinan Darurat 2021 belum dibahas dan diwartakan di Parlimen. Bagaimana kerajaan boleh membatalkan Ordinan yang belum diwartakan? Sekiranya YDPA tak dinasihati sebelum pembatalan dibuat bukankah tindakan tersebut suatu bentuk penderhakaan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu? 

Apakah memadai dengan merujuk PM dan Kabinetnya kepada Jawatankuasa Parlimen atau paling buruk mengesa mereka meletak jawatan sebagai hukuman Penderhakaan mereka? Apakah tiada peruntukan Perlembagaan ke atas Eksekutif yang derhaka dan engkar?

Mahiaddin menjadikan 🇲🇾 seperti zoo. Maaf zoo hari ini lebih mengamalkan peraturan secara rukun. Mahiaddin menjadikan negara ini umpama rimba!



Thursday, July 15, 2021

Suara Pelacur Politik

Tak habis-habis menyalahkan rakyat. Baru 16 bulan berasa kuasa di Persekutuan terlupa sudah mentera dan slogan demi ummah yang dahulu diratib saban hari. 

Mana suara walaun walauntit "pembela agama" ketika: 

1) rakyat patuh berkurung dikurung manakala kerabat, menteri dan pemimpin parti #KerajaanPengkhianat terangan malah bermegah langgar SOP? 

2) rakyat keluar mencari nafkah dikompaun RM10 ribu sedangkan menteri keluar beriadah dikompaun hanya RM2 ribu? 

3) rakyat lapar, tertekan dan menderita hingga terbujur korban Covid di rumah walhal menteri dan politikus bermewah di luar negara dan gigih bertemu untuk mencatur kuasa? 

4) rakyat berusia dan berisiko yg sepatutnya diutamakan vaksinasi dicantas oleh pekerja kasino dan kilang termasuk warga asing? 

5) rakyat sekecil-kecil bayi hingga seuzur-uzur bertongkat dan erkerusi roda berpanas berhujan berbaris 10 jam ketika mendapatkan rawatan? 

6) rakyat berbaris panjang di pejabat wakil rakyat untuk memohon dan mendapatkan bantuan makanan sedangkan kerajaan boleh saja menyalur terus bantuan ke rumah atau dana bulanan ke akaun bank? 

7) rakyat lebih perlukan vaksin dan makanan manakala kerajaan masih utamakan projek-projek mega ECRL, MRT dan perumahan? 

8) rakyat desak Parlimen dibuka agar perbelanjaan dan perancangan kerajaan sepanjang musibah ini dibentang dan dikongsikan kepada rakyat seperti dituntut Perlembagaan? 

Jika ustaz dan ustazah hebat, Kelantan dan Terengganu tak jadi sepertimana keadaannya hari ini dan anak-anak negeri tak perlu merantau seluruh negara untuk teruskan hidup!


Saturday, July 10, 2021

Kelemahan Anwar Ibrahim

Kelemahan Anwar Ibrahim yang membawa kepada siri-siri kesilapan terbesar dalam searah politiknya. 

Hanyut dalam pujian dan nostalgia kehebatan 

Kelemahan ini menjadi punca utama kejatuhannya pada 1998. Pekerjaan puja puji diusahakan 2 jenis kumpulan: 

i) memuji untuk beroleh perhatian, sokongan dan manfaat. Mereka terdiri dari politikus, ahli korporat, ilmuan dan pengamal media yang sealiran dengannya.

ii) memuji untuk menimbul dan menyemarakkan hasad, cemburu, benci dan dendam di kalangan musuh dan sahabat 'gunting dlm lipatan'. Mereka terdiri dari politikus, pegawai tinggi awam, ahli korporat dan pengamal media spesis api dalam sekam. 

Dalam politik tak salah puja puji tetapi pujian yang keterlaluan terbukti lebih meruntuhkan dari membina. Kerana pujian rosaknya prinsip, janji, adab dan hormat seorang pemimpin. Ramai pemimpin dunia dan tempatan khususnya Muslim yang mulanya dianggap hebat, selepas diangkat dan dibesarkan lama kelamaan bertukar musibat. 

Kerana pujian Anwar dikhianati orang-orang kepercayaannya seperti Mohd Najib Abd Razak, Mahiaddin Yasin, Mohamed Azmin Ali dan Mohamad Ezam. Kerna pujian Anwar dimusuhi Istana; digulingkan elit dan pelobi kronisma dan nepotisma; diserang dan difitnah pelampau kaum dan agama; serta diperdaya sekutu politik dan komrad terpilihnya. 

Di kebanyakan negara maju pujian hanya diberikan selepas menilai secara tepat fakta dan perbandingan data. Pujian diberi pada perkara dan pencapaian seperti pengurusan konflik dan bencana yang luar biasa. Pujian tak diberi pada hasil kerja minima, kerana pemimpin negara dibayar untuk dan diamanahkan memenuhi hasil minima. Dalam bahasa korporat expected achievements in KPI.

Tetapi itu bukan budaya negara membangun termasuk Malaysia. Pujian diberi saat mula berjawatan dan berkuasa, sekalipun kerjanya tak pernah berhasil. Pujian diberi pada idea yang dilahirkan bukannya kualiti idea yang dizahirkan. Sebahagian idea begitu cepat dan mudah dipuja sekalipun belum dibuktikan keberhasilannya. 

Ayat-ayat lunak para Raja dan pemimpin dibanggakan. Lantas dijadikan quote dan meme, disebarkan dengan penuh patriotisma tanpa syak dan waspada bahwa suatu hari akan memakan diri, sekalipun terdapat banyak bukti ayat-ayat lunak sang penguasa kerapkali bersifat munafiq - lain yang dikata lain yang dikota. 

Adab pemimpin dunia ketiga bila berkuasa mahu dipuji, bila bekerja mahu dipuji, hatta bila bercuti pun mahu dipuji. Tetapi apabila gagal ketika berkuasa atau gagal ketika bekerja, sedikitpun tak berusaha dan tak merasa keperluan meminta maaf pada rakyat dan jemaah, apalagi memikul tanggungjawab dan berundur dari jawatan. 

Perbandingan politikus dan penyokong mereka di antara negara maju dan negara membangun bagai langit dan bumi. Misalnya di negara ini tidak ternampak ada usaha meninggalkan budaya puja puji pada perkara tak perlu sebaliknya kita terus berlumba menonjolkan siapa lebih patut dipuji, bukannya siapa lebih bagus teruji. Sedangkan di negara maju kesilapan kecil seperti peningkatan kes angkitan Covid mampu menjatuhkan seorang menteri dan tersingkir terus dari arena politik nasional.

Hingga kini Anwar masih terperangkap dalam permainan puja puji penyokong dan penentangnya.

Terlalu positif 

Anwar layak dipuji kerna mengasaskan gerakan reformasi di Malaysia dan masih bertahan hingga ke saat ini. Ia suatu usaha divine berhasil dari kerja kuat. Memperbaiki cara berkerajaan dengan merobah sistem-sistem lapuk dan gagal bukan saja didamba rakyat bertamadun dan berminda merdeka malah dituntut pelbagai budaya dan agama.

Namun saban hari roh dan pengaruh reformasi makin pudar. Melewati usia 20 tahun sebahagian matlamat reformasi tidak mampu berasimilasi dengan keperluan dan tuntutan zaman ini, khususnya semangat anak-anak millennia. Lebih memburukkan situasi ialah tindakan-tindakan keji pengiat awal reformasi dan penyokong mereka. 

Amalan asobiyah, kejar darjat, ampu puji, pentingkan diri, tamak haloba, rasuah, salahguna kuasa, pilih kasih, kronisma, adu domba, fitnah, tipu daya, tongkah arus dan seumpamanya amat bertentangan dengan idea reformasi yang selama ini mereka tunjang dan juangkan. Golongan ini penyebab wujud dan kuatnya persepsi negatif pada agenda dan usaha reform.

Di sebalik begitu banyak bukti dan peristiwa kegagalan PKR memperjuangkan agenda reformasi Anwar kekal terlalu positif. Sikapnya ini tidak meyakinkan muda mudi. Mereka meragui kemampuannya merobah sistem berkerajaan dan memimpin negara khususnya mendepani masa mencabar ini. Mereka bersandarkan kenyataan sistem parti diasaskannya masih penuh cacat cela, perbalahan terbuka dan perpecahan acapkali berlaku malah kepimpinannya diuji dan disanggah berkali-kali.

Anwar perlu berhenti berasa entitled pengiktirafan dan pembalasan atas segala usaha pengorbanannya. Sikapnya itu ada merit pada PRU 11, 12 dan 13. Namun selepas tahun 2013, dinamik politik negara telah berubah. 

Sekutu politik Anwar yang dahulu membenci dan menentang kezoliman dan pembohongan kini mengemari dan mengamalkannya. Malah mereka mendidik jemaah menerima kezoliman dan pembohongan terpilih sebagai satu amalan yang dibolehkan, walaupon ijtihad mereka terang-terang bersalahan Quran dan sunnah. Bilangan mereka bukan sedikit dan yang menerima mentah-mentah tanpa muhasabah terlalu ramai. Tak cukup itu, jemaah diajar mensyiarkannya. Golongan setia membuta ini sanggup meruntuhkan sebuah negara, asalkan matlamat mullah mereka tercapai.

Terlalu positif dan kekal defensive bukan lagi strategi bijak dalam perang politik hari ini. Tiada mana-mana kubu akan dapat bertahan serangan musuh apatah serang hendap pelbagai pelusuk. Anwar mesti sentiasa angkat senjata dan kukuhkan shield serta tidak teragak-agak untuk menyerang bila ruang terbuka, pantas & tangkas; mengantikan panglima dan pakar perangnya yang uzur dan ketinggalan; dengar, kaji, praktik dan nilai semua pendapat dan strategi walau daripada sekecil-kecil comrade yang setia. 

Lebih kerap mempelbagai dan mencuba strategi adalah lebih bagus. Jangan lagi menurut dan berharap pada sistem yang rosak untuk menang. Mesti menang dengan apa jua cara, demi merobah sistem yang rosak tersebut.



Thursday, July 8, 2021

UMNO Tolak Mahiaddin Yasin

Jika benar laporan bahawa 30 MP UMNO kekal menyokong Mahiaddin Yasin walaupun Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO menarik semula sokongan ke atas PM Perikatan Nasional itu, kerajaan minoriti akan kembali menjadi majoriti tipis dalam masa terdekat. 77 + 30 = 107, Mahiaddin cuma perlukan 4 MP lagi dari PH/blok bebas untuk kekalkan kerajaan PN. Ramai penganalisis meramalkan amalan umpan dan lompat yang pernah berlaku sebelum ini bakal berlaku lagi. 

Di sebalik pelbagai desas desus, persoalan yang lebih menarik sekiranya Perikatan Nasional kekal sebagai kerajaan ialah: 

1) adakah Zahid akan berani memecat 30 MP yang berlawan arus dengan keputusan majoriti MKT tersebut? 

2) siapakah MP PH dan bebas terkini yang sanggup mengkhianati parti dan pengundi? 

3) bagaimanakah Belanjawan 2022 kerajaan minoriti akan diluluskan nanti? 

4) apakah Darurat akan dilanjutkan? 

5) berapa lamakah Mahiaddin akan kekal sebagai PM? 

6) adakah Agong akan mengekalkan Mahiaddin, atau digantikan dengan MP UMNO? 

Dan sekiranya Perikatan Nasional tumbang: 

1) apakah akan berlaku kerjasama politik antara PKR-DAP-Amanah dan UMNO-GPS lalu membentuk kerajaan PH-BN? 

2) apakah Tengku Razaleigh Hamzah bakal dipilih sebagai Perdana Menteri manakala Anwar Ibrahim sebagai Timbalan hasil langkah kompromi atau apakah bakal berlaku sebaliknya? 

3) apakah GPS akan mengalih sokongan mereka kepada Razaleigh/Anwar? 

4) apakah majoriti MP yang meninggalkan UMNO menyertai Bersatu akan kembali ke pangkuan Zahid untuk mengukuhkan parti tersebut sebagai dominan Melayu? 

5) apakah akan berlaku jajaran baharu PH-UMNO-GPS atau PN-DAP-GPS-Warisan atau UMNO-PAS-GPS-Warisan-Pengkhianat PKR-Bebas? 

Penjajaran baharu politik negara semakin menarik!



Wednesday, July 7, 2021

Jasa Utama Kepada Negara

Mahiaddin Yasin sebagai Perdana Menteri: 

1) lantik Mohamed Azmin Ali jaga ehwal perdagangan dan Menteri Kanan Ekonomi 

2) lantik Abd Hadi Awang jadi Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri 

3) lantik Ismail Sobri Yaakub jaga ehwal keselamatan dan Timbalan Perdana Menteri 

4) lantik Hishamuddin Hussein jaga hubungan luar dan Menteri Kanan 

Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Kanan Ekonomi: 

1) langgar nasihat dan desakan pakar-pakar perubatan dengan membuka sektor perindustrian semasa PKP 2.0 dan PKP 3.0 

2) menjadikan lebih separuh jumlah kes jangkitan Covid 19 berpunca dari kilang dan tempat kerja 

Abd Hadi Awang sebagai Duta Khas: 

1) hubungan antara kaum dan agama dalam negara makin tegang 

2) budaya berbohong di kalangan "ilmuan agama" tanahair makin subur 

3) saudara Muslim di Palestin, Turkestan Timur dan India terus ditindas Regim Zionis, Komunis dan Hindutva 

Ismail Sobri Yaakub sebagai Menteri Kanan Keselamatan dan Timbalan Perdana Menteri: 

1) individu yang pulang dari Sabah selepas kempen PRN tak perlu jalani kuarantin 14 hari 

2) sempadan perairan dan ruang udara negara berkali-kali dicerobohi kapal laut dan pesawat pejuang Tentera China dan nelayan Vietnam 

Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Luar dan Menteri Kanan: 

1) tunduk kepada "abang besar" 

2) hingga kini tak berjaya selesaikan insiden kehilangan pesawat MAS MH370, insiden tembak jatuh pesawat MAS MH17 dan status pembelian 5 unit helikopter tempur untuk TUDM



Monday, July 5, 2021

Islamic Government vs Covid19

So true! Look at the "Islamic nation" New Zealand with "Moslem PM" Hajjah Jacinda Ardern. The country was Covid free as early as July 2020. The unIslamic government such as ours is a failed bunch. 

During the outbreak of pandemic our "kafir leaders" were busy: 

- capturing Putrajaya, Kedah, Perak, Melaka and Johor 
- creating the biggest Cabinet in history 
- allocating Ministerial posts 
- paying hefty sums to useless unworthy crooks 
- rewarding MPs with GLC highest post 
- suggesting peasant to drink warm water to protect oneself from viruses 
- delaying acquisition of vaccines 
- postponing mass testing 
- disinfecting fences, sidewalks and roads 
- contradicting SOPs 
- distributing Datukships 
- flying abroad frequently to explore investment opportunities 
- ensuring the banks, elitist and capitalists profiting from and surviving during lockdowns 
- campaigning for Sabah state election 
- defending the minister bariatric leave and deputy unpaid festive leave abroad 
- flouting own SOPs 
- practicing and justifying double standard rules and regulations between kayangan-bayuan and laymen 
- compounding hesitated and devastated working class 
- restricting MPs from performing constitutional duties 
- proroging Parliament via Emergency 
- penalizing opposing opinions 
- distributing Mega PPV project to political networks 
- engaging political leaders and MPs with never ending meetings for survivalship 
- playing racial and religion cards to destabilizing depressed communities 
- expanding collection of wives 
- downplaying citizen efforts to assist and contribute to the unfortunates 

So Hadi is right. Covid is another test from The Almighty!