Thursday, July 29, 2021

Kajian Julai 2021

Satu kajian untuk menguji keyakinan netizen ke atas Perdana Menteri Mahiaddin Mad Yasin dan kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional telah diadakan selama tiga hari bermula 27 Julai hingga 29 Julai 2021.

Kajian dijalankan di applikasi Twitter dengan mensasarkan kumpulan pembaca akaun Astro Awani, Malaysia Kini dan Free Malaysia Today.

5 soalan telah dikemukakan. Responden boleh memilih untuk tidak menjawab soalan tertentu. Oleh kerana soalan kajian tidak terikat antara satu dan lain maka jumlah responden pada setiap soalan adalah berbeda-beda.

Berikut adalah dapatan atau hasil kajian tersebut:


Soalan 1
Jumlah responden: 665

Penilaian anda ke atas prestasi PM Mahiaddin Yasin dan kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional (PN-BN) menguruskan negara ketika krisis

91% atau 605 responden bersetuju bahawa PM dan kerajaan telah gagal menguruskan negara ketika krisis. Cuma 1% atau 7 responden yang merasakan PM berjaya.


Soalan 2
Jumlah responden: 472

PM Mahiaddin Yasin dan kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional (PN-BN)


74% atau 349 responden merasakan PM dan kerajaan lebih mengutamakan politik-kuasa manakala cuma 3% atau 14 responden merasakan rakyat diutamakan.


Soalan 3
Jumlah responden: 2986
Responden calon blok kerajaan: 1070
Responden calon blok pembangkang: 1916

Jika PM Mahiaddin Yasin kalah undi percaya, siapa bakal meraih majoriti untuk mengantikannya?


Undian bagi calon dari blok kerajaan, 38% atau 410 responden memilih Khairy Jamaluddin, 18% atau 187 responden memilih TPM Ismail Sabri Yaakub dan 15% atau 154 responden memilih Tengku Razaleigh Hamzah bakal meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu. 


Undian bagi calon dari blok pembangkang, 42% atau 798 responden merasakan Anwar Ibrahim bakal meraih sokongan majoriti berbanding hanya 4% atau 83 responden memilih mantan PM Mahathir Mohamad.

Agak memeranjatkan calon termuda Syed Saddiq Syed A Rahman memperolehi 41% atau 780 undian, mengatasi 6 calon senior manakala bekas TPM Wan Azizah Wan Ibrahim, calon wanita tunggal pula memperolehi 8% atau 150 undian, mengatasi 5 calon lelaki lain termasuk Mahathir Mohamad.

Secara keseluruhan, Anwar Ibrahim, Syed Saddiq Syed A Rahman dan Khairy Jamaluddin berada di tiga tangga teratas masing-masing dengan 26.7%, 26.1% dan 13.7% manakala Lim Guan Eng, Mukhriz Mahathir dan Mohamed Azmin Ali berada di 3 tangga terbawah masing-masing dengan 0.7%, 0.6% dan 0.4% dari undian ke atas 16 calon.

Ada kemungkinan besar responden menafsirkan soalan 3 sebagai mengundi 'calon pilihan' berbanding 'calon mampu meraih sokongan majoriti MP'. 

Oleh kerana terdapat keterbatasan dalam menjelaskan impak tidak memahami soalan kajian, maka keputusan di atas tidak mencerminkan keadaan sebenar di Parlimen dan peluang calon berjaya membentuk kerajaan.


Soalan 4
Jumlah responden: 768

Jika tiada MP berjaya meraih majoriti mudah, apakah langkah terbaik merungkai krisis politik di musim pandemik?


61% atau 468 responden memilih supaya Agong membubarkan Parlimen dan diadakan PRU 15 jika tiada mana-mana MP berjaya meraih majoriti mudah. Responden mahukan kuasa merungkaikan krisis politik dipulangkan kepada rakyat walau pun terpaksa dilakukan di musim pandemik.


Soalan 5
Jumlah responden: 789

Status anda semenjak berlaku kemelut politik dan krisis kesihatan



Semenjak berlakunya kemelut politik dan krisis kesihatan, 75% atau 592 responden merasakan mereka berada dalam status marah, kecewa dan/atau putus asa. Cuma 3% atau 24 responden merasakan kemelut dan krisis tidak memberikan kesan kepada mereka.


Kesimpulan

Keputusan-keputusan di atas boleh dirumuskan sebagai refleksi kekecewaan rakyat terhadap kerajaan dan senario semasa.

Kecendorongan tinggi memilih calon penganti Mahiaddin Yasin dari blok pembangkang berbanding blok kerajaan dan memilih naratif negatif terhadap pimpinan semasa menunjukkan majoriti responden mahukan kerajaan sedia ada ditukar.


No comments:

Post a Comment