Thursday, July 8, 2021

UMNO Tolak Mahiaddin Yasin

Jika benar laporan bahawa 30 MP UMNO kekal menyokong Mahiaddin Yasin walaupun Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO menarik semula sokongan ke atas PM Perikatan Nasional itu, kerajaan minoriti akan kembali menjadi majoriti tipis dalam masa terdekat. 77 + 30 = 107, Mahiaddin cuma perlukan 4 MP lagi dari PH/blok bebas untuk kekalkan kerajaan PN. Ramai penganalisis meramalkan amalan umpan dan lompat yang pernah berlaku sebelum ini bakal berlaku lagi. 

Di sebalik pelbagai desas desus, persoalan yang lebih menarik sekiranya Perikatan Nasional kekal sebagai kerajaan ialah: 

1) adakah Zahid akan berani memecat 30 MP yang berlawan arus dengan keputusan majoriti MKT tersebut? 

2) siapakah MP PH dan bebas terkini yang sanggup mengkhianati parti dan pengundi? 

3) bagaimanakah Belanjawan 2022 kerajaan minoriti akan diluluskan nanti? 

4) apakah Darurat akan dilanjutkan? 

5) berapa lamakah Mahiaddin akan kekal sebagai PM? 

6) adakah Agong akan mengekalkan Mahiaddin, atau digantikan dengan MP UMNO? 

Dan sekiranya Perikatan Nasional tumbang: 

1) apakah akan berlaku kerjasama politik antara PKR-DAP-Amanah dan UMNO-GPS lalu membentuk kerajaan PH-BN? 

2) apakah Tengku Razaleigh Hamzah bakal dipilih sebagai Perdana Menteri manakala Anwar Ibrahim sebagai Timbalan hasil langkah kompromi atau apakah bakal berlaku sebaliknya? 

3) apakah GPS akan mengalih sokongan mereka kepada Razaleigh/Anwar? 

4) apakah majoriti MP yang meninggalkan UMNO menyertai Bersatu akan kembali ke pangkuan Zahid untuk mengukuhkan parti tersebut sebagai dominan Melayu? 

5) apakah akan berlaku jajaran baharu PH-UMNO-GPS atau PN-DAP-GPS-Warisan atau UMNO-PAS-GPS-Warisan-Pengkhianat PKR-Bebas? 

Penjajaran baharu politik negara semakin menarik!



No comments:

Post a Comment