Saturday, July 10, 2021

Kelemahan Anwar Ibrahim

Kelemahan Anwar Ibrahim yang membawa kepada siri-siri kesilapan terbesar dalam searah politiknya. 

Hanyut dalam pujian dan nostalgia kehebatan 

Kelemahan ini menjadi punca utama kejatuhannya pada 1998. Pekerjaan puja puji diusahakan 2 jenis kumpulan: 

i) memuji untuk beroleh perhatian, sokongan dan manfaat. Mereka terdiri dari politikus, ahli korporat, ilmuan dan pengamal media yang sealiran dengannya.

ii) memuji untuk menimbul dan menyemarakkan hasad, cemburu, benci dan dendam di kalangan musuh dan sahabat 'gunting dlm lipatan'. Mereka terdiri dari politikus, pegawai tinggi awam, ahli korporat dan pengamal media spesis api dalam sekam. 

Dalam politik tak salah puja puji tetapi pujian yang keterlaluan terbukti lebih meruntuhkan dari membina. Kerana pujian rosaknya prinsip, janji, adab dan hormat seorang pemimpin. Ramai pemimpin dunia dan tempatan khususnya Muslim yang mulanya dianggap hebat, selepas diangkat dan dibesarkan lama kelamaan bertukar musibat. 

Kerana pujian Anwar dikhianati orang-orang kepercayaannya seperti Mohd Najib Abd Razak, Mahiaddin Yasin, Mohamed Azmin Ali dan Mohamad Ezam. Kerna pujian Anwar dimusuhi Istana; digulingkan elit dan pelobi kronisma dan nepotisma; diserang dan difitnah pelampau kaum dan agama; serta diperdaya sekutu politik dan komrad terpilihnya. 

Di kebanyakan negara maju pujian hanya diberikan selepas menilai secara tepat fakta dan perbandingan data. Pujian diberi pada perkara dan pencapaian seperti pengurusan konflik dan bencana yang luar biasa. Pujian tak diberi pada hasil kerja minima, kerana pemimpin negara dibayar untuk dan diamanahkan memenuhi hasil minima. Dalam bahasa korporat expected achievements in KPI.

Tetapi itu bukan budaya negara membangun termasuk Malaysia. Pujian diberi saat mula berjawatan dan berkuasa, sekalipun kerjanya tak pernah berhasil. Pujian diberi pada idea yang dilahirkan bukannya kualiti idea yang dizahirkan. Sebahagian idea begitu cepat dan mudah dipuja sekalipun belum dibuktikan keberhasilannya. 

Ayat-ayat lunak para Raja dan pemimpin dibanggakan. Lantas dijadikan quote dan meme, disebarkan dengan penuh patriotisma tanpa syak dan waspada bahwa suatu hari akan memakan diri, sekalipun terdapat banyak bukti ayat-ayat lunak sang penguasa kerapkali bersifat munafiq - lain yang dikata lain yang dikota. 

Adab pemimpin dunia ketiga bila berkuasa mahu dipuji, bila bekerja mahu dipuji, hatta bila bercuti pun mahu dipuji. Tetapi apabila gagal ketika berkuasa atau gagal ketika bekerja, sedikitpun tak berusaha dan tak merasa keperluan meminta maaf pada rakyat dan jemaah, apalagi memikul tanggungjawab dan berundur dari jawatan. 

Perbandingan politikus dan penyokong mereka di antara negara maju dan negara membangun bagai langit dan bumi. Misalnya di negara ini tidak ternampak ada usaha meninggalkan budaya puja puji pada perkara tak perlu sebaliknya kita terus berlumba menonjolkan siapa lebih patut dipuji, bukannya siapa lebih bagus teruji. Sedangkan di negara maju kesilapan kecil seperti peningkatan kes angkitan Covid mampu menjatuhkan seorang menteri dan tersingkir terus dari arena politik nasional.

Hingga kini Anwar masih terperangkap dalam permainan puja puji penyokong dan penentangnya.

Terlalu positif 

Anwar layak dipuji kerna mengasaskan gerakan reformasi di Malaysia dan masih bertahan hingga ke saat ini. Ia suatu usaha divine berhasil dari kerja kuat. Memperbaiki cara berkerajaan dengan merobah sistem-sistem lapuk dan gagal bukan saja didamba rakyat bertamadun dan berminda merdeka malah dituntut pelbagai budaya dan agama.

Namun saban hari roh dan pengaruh reformasi makin pudar. Melewati usia 20 tahun sebahagian matlamat reformasi tidak mampu berasimilasi dengan keperluan dan tuntutan zaman ini, khususnya semangat anak-anak millennia. Lebih memburukkan situasi ialah tindakan-tindakan keji pengiat awal reformasi dan penyokong mereka. 

Amalan asobiyah, kejar darjat, ampu puji, pentingkan diri, tamak haloba, rasuah, salahguna kuasa, pilih kasih, kronisma, adu domba, fitnah, tipu daya, tongkah arus dan seumpamanya amat bertentangan dengan idea reformasi yang selama ini mereka tunjang dan juangkan. Golongan ini penyebab wujud dan kuatnya persepsi negatif pada agenda dan usaha reform.

Di sebalik begitu banyak bukti dan peristiwa kegagalan PKR memperjuangkan agenda reformasi Anwar kekal terlalu positif. Sikapnya ini tidak meyakinkan muda mudi. Mereka meragui kemampuannya merobah sistem berkerajaan dan memimpin negara khususnya mendepani masa mencabar ini. Mereka bersandarkan kenyataan sistem parti diasaskannya masih penuh cacat cela, perbalahan terbuka dan perpecahan acapkali berlaku malah kepimpinannya diuji dan disanggah berkali-kali.

Anwar perlu berhenti berasa entitled pengiktirafan dan pembalasan atas segala usaha pengorbanannya. Sikapnya itu ada merit pada PRU 11, 12 dan 13. Namun selepas tahun 2013, dinamik politik negara telah berubah. 

Sekutu politik Anwar yang dahulu membenci dan menentang kezoliman dan pembohongan kini mengemari dan mengamalkannya. Malah mereka mendidik jemaah menerima kezoliman dan pembohongan terpilih sebagai satu amalan yang dibolehkan, walaupon ijtihad mereka terang-terang bersalahan Quran dan sunnah. Bilangan mereka bukan sedikit dan yang menerima mentah-mentah tanpa muhasabah terlalu ramai. Tak cukup itu, jemaah diajar mensyiarkannya. Golongan setia membuta ini sanggup meruntuhkan sebuah negara, asalkan matlamat mullah mereka tercapai.

Terlalu positif dan kekal defensive bukan lagi strategi bijak dalam perang politik hari ini. Tiada mana-mana kubu akan dapat bertahan serangan musuh apatah serang hendap pelbagai pelusuk. Anwar mesti sentiasa angkat senjata dan kukuhkan shield serta tidak teragak-agak untuk menyerang bila ruang terbuka, pantas & tangkas; mengantikan panglima dan pakar perangnya yang uzur dan ketinggalan; dengar, kaji, praktik dan nilai semua pendapat dan strategi walau daripada sekecil-kecil comrade yang setia. 

Lebih kerap mempelbagai dan mencuba strategi adalah lebih bagus. Jangan lagi menurut dan berharap pada sistem yang rosak untuk menang. Mesti menang dengan apa jua cara, demi merobah sistem yang rosak tersebut.



No comments:

Post a Comment