Friday, July 28, 2023

Pertikaian Nasional

 Kerja mempertikai, bukan membangkang secara efektif.

✅ Bagi RM100 barang dapur setiap bulan kepada golongan miskin tegar, mereka pertikai
✅ Bagi RM200 e-dompet kepada belia, mereka pertikai
✅ Bagi RM300 kepada siswa, mereka pertikai
✅ Bagi RM100 e-dompet kepada 10 juta rakyat, mereka pertikai
✅ Bagi pas KTM komuter percuma kepada golongan OKU dan pelajar, mereka pertikai
✅ Bagi RM300 subsidi tiket penerbangan kepada pelajar universiti Malaysia Barat dan Timur, mereka pertikai
✅ Bagi RM150 bantuan awal persekolahan, mereka pertikai
✅ Bagi RM300 bantuan khas kepada penjawat awam, mereka pertikai
✅ Bagi tambahan RM100 sebulan elaun sara hidup kepada pelajar tajaan JPA dalam negara, mereka pertikai
✅ Beli 40 kemudahan broadband satelit Starlink untuk kegunaan sekolah dan universiti pedalaman yang tiada atau kurang liputan 4G/5G, mereka pertikai
✅ Bagi RM200 bantuan Aidilfitri kepada nelayan, penoreh getah dan pesawah, mereka pertikai
✅Bagi RM250 bantuan khas kepada pesawah, mereka pertikai
✅ Bagi 30% keuntungan bersih beras import Bernas kepada pesawah, mereka pertikai
✅ Bagi tambahan RM200 bantuan musim tengkujuh kepada pekebun, mereka pertikai
✅ Usahakan penanaman padi 5 musim dalam 2 tahun di seluruh negara, mereka pertikai
✅ Bagi RM200 juta pembiayaan teknologi pertanian moden, mereka pertikai
✅ Hapuskan hutang Felda dan peneroka RM8.3 billion, mereka pertikai
✅ Bagi RM8 juta cerahkan jalan gelap di semua kawasan Felda, mereka pertikai
✅ Bagi RM1.7 billion bantuan baik pulih infrastruktur air Kelantan, mereka pertikai
✅ Bagi RM200 juta baik pulih kuarters tentera, mereka pertikai
✅ Bagi tambahan RM1.4 billion baik pulih sekolah usang khususnya luar bandar, mereka pertikai
✅ Bagi tambahan RM800 juta kepada Kelantan dan Sabah untuk sediakan akses air bersih dan elektrik yang lebih baik kepada penduduk pedalaman, mereka pertikai
✅ Redakan kadar inflasi kepada 2.4% sekaligus menurunkan harga barang mentah tempatan seperti ayam, sayur & minyak masak, mereka pertikai
✅ Wujudkan menu Rahmah RM4.90, mereka pertikai
✅ Bagi diskaun sehingga 30% barang mentah dan harian di Jualan Inisiatif Payung Rahmah, mereka pertikai
✅ Wujudkan peluang pemilikan rumah pertama tanpa deposit dengan bantuan pinjaman sehingga 120%, mereka pertikai
✅ Wujudkan peluang perniagaan makanan kepada golongan B40 melalui mesin vending, mereka pertikai
✅ Wujudkan semula gagasan Pertanian Adalah Perniagaan dengan meningkatkan penggunaan teknologi, kajian dan kepakaran, mereka pertikai
✅ Wujudkan peluang pendapatan tambahan dengan memajak atap rumah kepada syarikat tenaga untuk pemasangan panel solar menuai tenaga boleh perbaharui, mereka pertikai
✅ Mengekalkan OPR demi menyelamatkan poket rakyat khususnya para peminjam mereka pertikai
✅ Ringgit makin mengukuh (terkini USD 1.000 : MYR 4.5500), mereka pertikai
✅ Undang tokoh-tokoh agamawan dan cerdik pandai Islam antarabangsa beri kuliah dan ceramah di Seri Perdana dan pentas terbuka, mereka pertikai
✅ Gagalkan tuntutan "pewaris" Kesultanan Sulu ke atas Sabah di mahkamah antarabangsa, mereka pertikai
✅ Ambil tindakan ke atas penganjur konsert yang gagal mematuhi syarat pementasan, mereka pertikai
✅ Ambil tindakan ke atas pencetus hasutan dan fitnah ke atas kekebalan Raja-Raja, keharmonian kaum dan agama serta dan kedaulatan undang-undang, mereka pertikai
✅ Ambil tindakan ke atas perasuah, pemecah amanah, penyeleweng dan perompak harta rakyat, negeri dan negara, mereka pertikai

Segala yang dilakukan Kerajaan Madani jadi bahan pertikaian mereka.

Memang mudah mempertikai dari mencetuskan idea dan tindakan kerana kerja pertikai tidak perlu berfikir.

Manusia yang hanya mahir pertikai namun tidak mampu memberi alternatif dan idea adalah manusia yang tidak bersih qalbu nya. Diri dipenuhi hasad dan dendam.

Itu lah standard pemertikai. Tidak hairan lah mereka digelar Pertikaian Nasional.Terbukti ketika berada di kerusi kuasa mereka TAK mampu pun melakukan pembaharuan dan penambahbaikan.

Mereka gagal menjaga nyawa dan keselamatan rakyat, natijahnya lebih 36 ribu korban pandemik dan hampir 2 ribu kes bunuh diri.

Mereka GAGAL memulih dan meningkatkan taraf hidup hingga memaksa rakyat tidak malu meminta bantuan dari jiran tertangga dan orang awam, membelanjakan simpanan persaraan demi kelangsungan hidup serta mengalami kemurungan (depresi) kerana hilang punca pendapatan dan orang tersayang. Ketika rakyat bergelut dengan pandemik dan musim tengkujuh mereka sanggup ke luar negara bercuti panjang bersama keluarga.

Namun selepas PRU15 banyak transisi positif berlaku apabila Putrajaya bertukar pucuk pimpinan.
Hanya dalam tempoh singkat 8 BULAN Kerajaan Madani memerintah sudah banyak penambahbaikan keperluan rakyat diumum, disalur dan dilaksanakan.

Kerajaan Madani berhasil menterjemah fungsi sebuah kerajaan yang dipilih - memberi khidmat terbaik kepada pembayar cukai iaitu RAKYAT, tidak kira apa latar belakang dan kiblat politik mereka.

Fungsi hakiki Menteri Kabinet adalah mengetuai kumpulan pemikir memaksimakan fungsi kementerian masing-masing. Idea berkualiti dan relatif mampu dilaksanakan penjawat awam terjemahan dari kotak fikir yang produktif akan memberi impak dan manfaat terbaik kepada rakyat.

Pilihanraya 6 negeri semakin dekat. Maklumat di atas sepatutnya jadi kayu ukur dan asas pertimbangan sebelum membuat keputusan memilih parti atau pakatan mana yang patut memimpin negeri.
Pilihanraya adalah medan memilih wakil yang bekerja untuk rakyat, BUKAN mengangkat tuan yang hanya pandai mengarah, memerah dan menjarah tenaga upaya dan hasil titik peluh rakyat!