Monday, November 21, 2022

Kekuatan PN Kegagalan PH dan BN

Melayu terutamanya kumpulan B60 tak ramai berpendidikan tinggi. Mereka dari keluarga besar, kerja berat dan gaji cukup makan. Rata-rata mereka masih terkesan impak dari pandemik yang panjang.

Kumpulan ini lebih utamakan isu bread and butter. Mereka lebih risaukan kecukupan keperluan asas seperti makan minum, susu anak, rawatan, petrol, sewa rumah, ansuran bank pinjaman sewa beli dan peribadi berbanding berapa billion dana negara diseleweng atau disakau pemimpin negara dan negeri.

Bila tekanan hidup menimpa-nimpa manusia ada 2 pilihan. Pertama - tidak kecewa dan terus berusaha. Kedua - mengalah dan berserah. Lumrahnya ramai memilih yang kedua.

Dalam berserah ada memilih hiburan dan keseronokan untuk melupakan tekanan, ada juga yang mencari Tuhan untuk kuatkan rasa redha terhadap ujian.

Bila ramai cuba meningkatkan darjat redha maka masjid, mursalla dan surau makin dikunjung. Laman Youtube, Facebook, TikTok kerohanian dan motivasi makin dicari dan diminati.

Orang kita bila melihat individu yang berjubah, berserban, bercelak dan berbahasa Arab otomatik menganggap mereka berilmu dan mulia. Ini suatu masalah warisan yang sukar diubah sedari dulu.

Bangsa Arab dan budaya Arab tak semuanya Islamik. Ramai orang Arab berjubah, berserban, bercelak dan mengusung biji tasbih ke hulu hilir tapi ahklahnya buruk. Mereka pemarah, pemaki hamun, pengeji, pengotor, pemalas, pencuri, penipu, pemanipulasi, tamak, bermewah, sombong bongkak malah bernafsu haiwan. Kenapa? Ini kerana mereka manusia biasa seperti bangsa lain, tak maksum.

Jika bangsa Arab dan bukan Arab yang menganal budaya Arab adalah mulia maka tak akan berlaku kes penyelewengan dana pelaburan terbesar dalam sejarah dunia seperti 1MDB yang bermula di tanah Arab.

Najib dan Zahid juga kerap berjubah dan berkopiah. Itu langsung tak menghalang mereka lesapkan billion wang negara.

Ada ustaz berjubah, berserban dan lancar berbahasa Arab namun mereka terima dan guna dana yang datang dari hasil selewengan. Ada juga hidup mewah bukan kerana keuntungan perniagaan tapi hasil derma dan infaq awam serta bantuan kerajaan kepada pusat tarbiah, ibadah dan asuhan yang  diasas atau diselia mereka. Lebih azab ada ustaz yang meliwat isteri sendiri, berskandal dengan isteri orang dan melakukan maksiat serta jenayah rogol dan liwat dengan pelajar sendiri.

Orang-orang sebegini menimbul dan mengundang fitnah ke atas agama. Islam dipandang serong dan hina oleh bukan Islam.

Lebih malang ini bukan isu besar kepada kebanyakan kita terutamanya mereka yang dalam mode soul searching walaupun mereka menyedari jemaah tersebut terlalu banyak aib silapnya. Asal ada yang boleh bantu mereka kenal ayat Quran dan fahamkan hadith serta mengingatkan perkara qado qada itu sudah cukup baik, persetankan apa orang kata tentang hakikat ahklak dan amalan sebenar pengamal budaya Arab itu.

Memang salah menganggap semua orang Arab dan bukan Arab yang mengamalkan budaya Arab seburuk sehuduh itu ahklak mereka. Lebih salah jika menganggap semua orang Arab dan bukan Arab yang mengamalkan budaya Arab adalah paling Islamik dan asas ikutan Islam sebenar.

Base orang PAS adalah pusat ibadah, pusat tahfiz/tauhid, jabatan dan majlis agama. Tak hairan lah ramai calon PAS bergelar ustaz, pendidikan lepasan timur tengah dan mengamalkan budaya Arab.

Mereka menguasai jabatan agama negeri dan jawatankuasa masjid. Mereka berkuasa memberi tauliah mengajar dan tentukan siapa boleh berceramah di pusat-pusat ibadah.

Dalam UMNO, PKR, Amanah dan Pejuang malah DAP ada individu berkelulusan bidang agama dan dari keluarga tokoh agama. Namun mereka tidak diundang mengajar di negeri-negeri jabatan agamanya dikuasai PAS. 

Lain pula di negeri-negeri dikuasai selain PAS seperti Pulau Pinang dan Melaka (era PH). Kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri tidak menghalang ustaz-ustaz PAS mengajar di pusat ibadah dan pendidikan agama negeri.

Di sini lah bermulanya perluasan pengaruh bukan Arab berbudaya Arab. Di sini juga lah mereka berjaya mengembangkan sokongan.

Jika dulu mereka terpaksa masuk kampung, desa dan bandar, perlu mohon kebenaran/kelulusan untuk mengajar dan berselindung di sebalik majlis ilmu untuk mengerakkan sentimen mereka pihak yang benar yang selalu dimangsakan perlu ehsan sokongan tapi kini mereka bermarkas di masjid menunggu jemaah datang kepada mereka. Malah secara terang terbuka mereka menuntut jemaah dan orang awam menyokong gerakan mereka dengan memanipulasi ayat Allah dan sabda Nabi.

Di ketika ramai ke masjid dan majlis ilmu untuk mencari dan meningkatkan darjat redha dek kerana tekanan hidup ketika ini lah PAS merangkul kesempatan menjajah pemikiran manusia terdesak dengan menanam ideologi PAS adalah cara hidup, menghasut mereka meninggalkan "kesesatan dan kemungkaran" UMNO, PKR dan Amanah dengan matlamat jemaah akan berjuang mengangkat dan memenangkan gerakan mereka.

Berbalik kepada majoriti kumpulan B60, mereka tak arif dan cekap memahami isu-isu besar seperti penyelewengan projek berbillion ringgit seperti perolehan vaksin, kapal LCS, meriam SPH dan projek tebatan banjir, bahkan mereka tidak berminat merumitkan pemikiran dengan hal-hal yang kompleks. Mereka hanya mahukan penyelesaian kepada masalah day-to-day mereka iaitu bantuan kewangan samada tunai langsung atau subsidi.

Jikapun mereka ikuti pendedahan demi pendedahan penyelewengan khususnya oleh pemimpin pembangkang (PH) mereka hanya berminat untuk tahu what is it for me, apa (dalam nilai RM) mereka akan dapat dari usaha pencegahan penyelewengan itu.

Selain bantuan kecil seperti BKM bernilai RM350 setahun (RM0.96 sehari) yang amat dinantikan, sokongan motivasi dan rohani turut didamba mereka. 

Nah di sini lah kekuatan strategi PAS-PN. Mereka berjaya tawarkan hal ini kepada rakyat terdesak.

Di sini lah juga PAS-PN score political mileage dalam tempoh kurang 36 bulan, berjaya meluaskan pengaruh khususnya di kalangan anak muda. 

Dan di sini lah PH dan BN gagal untuk mengekang penguasaan PAS-PN ke atas pusat ibadah, seterusnya pengukuhan pengaruh, swing vote dan menghalang PAS-PN terus berkuasa dan menuntut lebih kuasa.

Sunday, November 20, 2022

Rumusan Keputusan PRU15

Keputusan Empat Gabungan Utama

Rumusan Keputusan Pakatan Harapan

1. Gagal pertahan 20 kerusi
2. Bertahan di 70 kerusi
3. Rampas 12 kerusi
4. Menang 81 kerusi dari 212 kerusi ditandingi = 38.2%





Rumusan Keputusan Barisan Nasional

1. Gagal pertahan 20 kerusi
2. Bertahan di cuma 22 kerusi
3. Rampas 8 kerusi
4. Menang 30 dari 178 kerusi ditandingi = 16.9%





Rumusan Keputusan Gabungan Parti Sarawak

1. Bertahan di 18 kerusi
2. Rampas 4 kerusi
3. Menang 22 dari 31 kerusi ditandingi = 71%




Rumusan Keputusan Perikatan Nasional

1. Gagal pertahan 8 kerusi
2. Bertahan di 31 kerusi
3. Rampas 42 kerusi
4. Menang 73 dari 171 kerusi ditandingi = 43%



PKR dan UMNO dua parti paling terjejas, tewas di kubu kuat. Calon-calon didukung Presiden masing-masing kalah mengejut.

Anwar Ibrahim perlu pikul tanggungjawab, berundur dari jawatan Pengerusi PH & Presiden PKR. Begitu juga Ahmad Zahid Hamidi, berundur dari jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO

Pakatan Harapan

Majoriti negeri dan kawasan yang dikempen Anwar kecundang malah peralihan undi amat ketara dan mengejutkan. Trend ini sangat tak baik kepada PH.


DAP pemenang terbesar dalam PH, bukan kerana mereka lebih baik tapi seperti PAS - mereka guna sentimen kaum menakutkan pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina & India. Kekal kuat di kubu tak tambah nilai pada PH di luar kawasan. Ia sangat beri impak kepada PKR & Amanah.


Amanah raih 8 kerusi vs 11 (PRU14). Walau dikira tidak teruk tapi tidak juga add value. Mohd Sabu perlu berundur dari jawatan Presiden.

Kemenangan tipis UPKO dan MUDA sudah diduga, kekuatan terbatas di kubu Presiden/Mantan Presiden. Hanya Ewon buat kejutan rampas Penampang.

Anwar wajib berhenti menjaja kenyataan “strong formidable convincing”. Penyokong amat muak dan murka. Untuk meredakan kemarahan dan kekecewaan pengundi Anwar perlu akui kelemahan dan kegagalannya.


Jika BN dan GPS sedia kerjasama dengan PH maka Majlis Presiden perlu serah kepada Rafizi, Anthony dan Salahuddin untuk teruskan rundingan.

Kemenangan hanya 81 (minus Muda) dari 212 kerusi ditandingi amat mengecewakan. Generasi Z menolak PH dan memberi kemenangan bergaya kepada PAS-PN. Bukan kerana PAS lebih baik (lihat saja kegagalan urustadbir di Kelantan & Kedah) tapi PH tewas kerana mainan isu kaum dan agama tanpa tentangan agresif dan secara proaktif.

Mungkin sudah masanya PKR pertimbang secara serious hubungannya dengan DAP. Hubungan ini makin toksik dan beri kesan buruk kepada PKR jangka masa panjang melainkan DAP ambil pendekatan ketara berubah dari hanya jadi jaguh perjuangkan kaum Cina-India kepada parti yang benar2 multiracial.

Pejuang adalah gone case, kalah total dan hilang deposit di SEMUA kerusi ditandingi. Pengerusi dan Presidennya diaibkan dan ditunjuk jalan bersara paling memalukan. Warisan hampir senasib, kalah teruk dan hilang deposit di majoriti kawasan ditandingi.

Politik perkauman, kabilah, wilayah dan agama perlu dikekang sebelum jadi barah yang akan meruntuhkan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ seperti yang berlaku di negara2 Arab๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ซ, ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ, ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช & ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ถ.

Jika mahu menyelanatkan negara PH perlu bekerjasama dgn BN dan GPS mengekang politik toksik pecah belah dan permusuhan kaum dan agama. BN harus kembali ke landasan awal penubuhan - parti moderat pelbagai kaum.

Rafizi perlu lentur pendirian, Anwar, Guan Eng, Zahid-Ismail perlu berkorban dan paling utama DAP perlu kendur, rasional & ambil pendekatan back seat.

Jawatan PM perlu disandang PKR-PH manakala TPM Semenanjung disandang UMNO-BN dan TPM Borneo disandang PBB-GPS. Calon kompromi: PM Rafizi, TPM 1 (Semenanjung) Tok Mat/Khalid Nordin TPM 2 (Borneo) Fadilah/Nancy.

Seandainya gabungan PH, BN dan GPS berjaya tubuh kerajaan Persekutuan tindakan tangkas dan tegas perlu diambil ke atas pesalah-pesalah kempen PRU15 khususnya yang menunggang agenda perkauman dan permusuhan agama serta fitnah dan tuduhan melampau. Lakukan ini #DemiMalaysia & masa depan generasi baru

Saturday, October 29, 2022

Malaysia Memilih 2022

Pilihanraya datang lagi.

Pemimpin dan jentera parti/gabungan politik makin rancak berlumba ke hulu hilir, dari lembah ke puncak, redah denai titi samudera dan hawa, masuk sawah ladang kolam dan kandang, lewat belukar sungai danau dan selat, tunggang kuda motor naik sampan helikopter, tebas hutan pacak tiang pasang bata dan salin atap, lepak warong kongsi kuih tebar roti dan tarik teh, terjah rumah ibadat bimbingan rawat dan kebajikan, hadir majlis mesyuarat dan himpunan, walkabout di pasar, taman dan perumahan - semata-mata untuk tabur janji tawar bulan bintang, memujuk keluar mengundi dan memenangi undi kita.

Resam dan etika ahli politik di musim memilih –  mesra gigih dan luar biasa kudrat mereka hingga ke hari rakyat memangkah.

Sepanjang tempoh ini rakyat dilayan seperti raja, minta lah apa barang sekali pun berikrar mereka akan kotakan. Tempoh ini juga politikus “akhirnya tersedar” dirinya hanyalah insan kerdil hina lantas merendah dan menyantun diri, pijak semut tak mati manis tutur dari gula.

Tidak salah andai rakyat mudah tercandu perubahan mendadak politikus dan penyokong mereka sepanjang kempen. Itu lumrah pilihanraya. Adat kita orang nusantara - orang berbudi kita berbahasa, adat politikus sedari dulu pula – diam-diam lepu.

Pilihanraya umum ke 15 ini, dengan pertambahan lebih 5.8 juta pemilih baharu (kali pertama), 6.5% atau hampir 1.4 juta pemilih berusia antara 18 hingga 20 tahun (belia muda) dan lebih 50% dari jumlah 21.17 juta pemilih berusia bawah 40 tahun (belia), saya turut sama merendah diri mengajak saudara saudari khususnya golongan belia melakukan perubahan mendadak - gantung adat berbudi dan memberi orang politik laluan mudah ke Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Keluar mengundi dan pilih wakil dan kerajaan anda, pikul tanggungjawab sehari dalam 5 tahun sepertinya untuk membuat keputusan besar dalam hidup.

Kuasa yang saya dan saudara saudari ada ini akan memutuskan siapa mengetuai Putrajaya, yang akan:

• mempertahan Perlembagaan dan Parlimen, taat pada sumpah jawatan, amanah pada kedudukan, adil, berbagi kuasa dan pertolongan antara Pusat dan negeri-negeri, memperkasa institusi perundangan dan penguatkuasaan, membebas pentadbiran awam dari caturan eksekutif, menghormati hak dan kuasa negeri, memenuhi tuntutan majoriti tanpa mengabaikan minoriti

• menentukan saiz Kabinet Persekutuan dan berapa juta tanggungan kita membayar gaji dan imbuhan bulanan mereka

• menentukan berapa ramai Menteri dilantik atas merit kelayakan, keupayaan dan pengalaman

• menghapus budaya memperbanyak dan menganugerah jawatan badan berkanun, entiti pelaburan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan demi sokongan berpaut pada kuasa

• menentukan berapa ramai ahli dewan, politikus, penjawat awam, komuniti pemodal dan pemimpin masyarakat dianugerah status sosial Datuk Seri dan Tan Sri kerana sumbangan relevan kepada rakyat

• menentukan berapa ramai pegawai tinggi awam dianugerahkan pangkat kerana merit dan kesetiaan kepada negara dan berapa ramai antara mereka menjalankan tanggungjawab penuh berprinsip, menolak campurtangan dan tidak takut pada tekanan eksekutif

• menentukan berapa banyak kes jenayah dan sivil berprofil tinggi khususnya melibatkan salahguna kuasa dan dana awam disiasat dan dihadap ke muka pengadilan tanpa pilih kasih

• menentukan berapa banyak projek-projek mega kerajaan dan usahasama kerajaan-swasta dianugerahkan secara tender terbuka kepada pembida dengan kemampuan kepakaran dan pengalaman serta tawaran nilai terbaik sekaligus menghapuskan amalan mengagih projek kepada syarikat politikus anak beranak, syarikat kroni dan proksi, syarikat berusia 2 minggu, syarikat modal RM2, syarikat tiada kepakaran dan pengalaman, syarikat pelaburan dana ala 1MDB, syarikat manipulasi peruntukan dan bantuan, syarikat subcon multi level, syarikat elak dan tidak bayar cukai, syarikat rugi tapi pengarahnya senang lenang

• menentukan berapa banyak entiti kerajaan dan berkaitan kerajaan yang bertindih (redundance) jurisdiksi dikurang atau dihapuskan sekaligus mengurangkan karenah birokrasi dan tanggungan kerajaan

• merombak struktur dan amalan perkhidnatan awam, mengintegrasi tatakelola operasi awam ke dalam teknologi

• menentukan berapa ramai anggota keselamatan berada di lapangan dan sempadan berbanding di pejabat

• menentukan berapa besar peruntukan belanjawan untuk belanja mengurus termasuk gaji, faedah jawatan, pencen dan kemudahan penjawatan berbanding belanja  pembangunan termasuk membina dan membaikpulih infrastruktur awam; berapa banyak subsidi diutamakan kepada fakir dan marhaen berbanding taikun dan kayangan; berapa besar komitmen dan hutang sediada dan hadapan kerajaan dan projek-projek dijamin kerajaan

• menentukan berapa segera usaha memulihkan nilai Ringgit sekaligus menjadikan import lebih murah dan eksport lebih menguntungkan

• menentukan berapa banyak pelabur berteknologi dan bernilai tinggi akan memindah operasi ke dalam dan mengekalkan operasi di negara ini, mewujud peluang pekerjaan berkualiti, meningkat kemahiran dan taraf hidup serta mempercepat proses menjadi negara maju

• menentukan berapa tangkas negara bergerak menyaingi dan mengatasi jiran serantau untuk kembali jadi Harimau Asia

• menentukan berapa ramai anak cucu kita mendapat pendidikan dan kemahiran yang bermutu, bersesuaian dan memenuhi keperluan pekerjaan dan tuntutan zaman

• menentukan berapa lama kebergantungan kita kepada negara luar membekal dan mencukupkan keseimbangan nutrisi rakyat

• menentukan berapa segera rakyat akan bebas dari menanggung beban dan kerugian harta benda serta kehilangan orang tersayang kerana kecuaian dan sikap sambil lewa penguasa mencegah bencana dan cabaran perubahan iklim dan ekosistem dunia

• menentukan berapa lama golongan miskin, kelainan upaya dan warga tua mendapat perkhidmatan kesihatan, rawatan dan bimbingan yang baik pada kos minima dan berpatutan

• menentukan berapa tinggi nekad dan kesungguhan kerajaan memelihara ketenteraman dan keselamatan serta kerukunan dan keharmonian awam

Kuasa yang saya dan saudara saudari ada ini menentukan siapa akan mempertahan hak kita di dalam dewan-dewan mulia.

Membuat keputusan sebesar ini memerlukan lebih dari benak rasa. Ia memaksa ikhtiar rasional dan logik akal.

Proses sistem bernegara di era ini mencabar rakyat meninggalkan tradisi memilih di atas garis dan agenda sempit partisan. Kita perlu menilai tawaran, cakna pencapaian terdahulu serta perancangan spesifik jangka pendek dan panjang calon dan parti/gabungan. Sekiranya kita cuai, lalai dan tidak mahu peduli maka negara akan terus tercicir, diabai dan dihukum sejarah.

Kita perlu melangkah sepantas perubahan data dan peta, sepantas cairnya salju di artik dan antartika jika pun tidak sepantas satelit SpaceX mengorbit angkasa dan signal telekomunikasi generasi ke 5.

Tahun 2023 adalah tahun sukar. Pakar-pakar antarabangsa meramalkan dunia bakal menghadapi kemelesetan ekonomi terburuk dan bencana luar jangka seperti banjir besar dan kemarau panjang kesan dari perang kuasa-kuasa besar ketenteraan, sekatan blok-blok utama ekonomi, kelembapan pasca pandemik serta perubahan ekstrem iklim.

Mendepani cabaran ini kita tiada pilihan selain wajib memilih pemimpin dan kerajaan yang memiliki kemahiran dan kepakaran mengelak negara terjerumus ketidakstabilan dan kepincangan ekonomi dan politik, baik di peringkat nasional, serantau mahupun global.

Polisi-polisi bijak menentukan kejayaan langkah-langkah pencegahan, pemulihan, pengembangan dan pengukuhan. Polisi-polisi bijak tercipta dari kerajaan yang cekap. Kerajaan yang cekap terdiri dari dan disokong wakil rakyat yang mahir dan bijaksana.

Pilihanraya umpama temuduga jawatan. Ada prosesnya.

Pilihanraya menjadikan kita (pemilih) sebagai bos/majikan manakala politikus ialah calonnya. Kita mengukur dan menilai keupayaan calon melalui proses, tidak terus merekrut dengan sekali temuduga. Kita perlu semak latar belakang dan hasil pemeriksaan kesihatan sebelum beri surat tawaran.

Pemilik/majikan yang bijak akan memilih pekerja yang lengkap pakejnya - gabungan visi, pengetahuan dan pengalaman, bersih amanah, kalis cabaran serta cerdas akal dan sihat tubuh badan. Calon yang teruji dan terbukti kebijaksanaan dan kesetiaan ada kelebihan.

Lazimnya pekerja lengkap pakej akan berkhidmat dengan cemerlang, meningkatkan produktiviti dan keuntungan modal, mengurang dan mengelak kerugian serta bersama-sama membina dan mengukuhkan perusahaan.

Ketika ceramah dan walkabout politikus menjual aspirasi mereka kepada kita. Tugas kita bukan sekadar mendengar dan menerima bulat-bulat sembang kencang mereka. Kita selidik dan bandingkan tawaran mereka. Kita pilih tawaran terbaik bersesuaian dengan harapan dan impian kita.

Jawatan wakil rakyat bukan jawatan sukarela dan dibayar pada kadar ehsan ikut suka. Wakil rakyat bergaji tetap, dibiayai pembayar cukai 60 bulan lamanya. Sekiranya mereka berkhidmat lebih dari 36 bulan (3 tahun) mereka layak mendapat pencen seumur hidup. Lumayan!

Gaji, imbuhan dan faedah terkumpul jawatan mereka selama tempoh itu cukup untuk menyara diri, anak dan cucu kita. Pendapatan mereka bukan calang-calang. Maka setiap sen yang dibayar dan dibelanja kepada mereka mestilah setimpal sumbangan dan kesetiaan mereka kepada rakyat dan negara. Bagaimana hendak menilai keupayaan dan kesetiaan mereka? 

Kita perlu pastikan calon mampu memberikan:

1. Jaminan hitam putih yang jelas dan spesifik, dengan tempoh masa seperti segera, sepanjang penggal, dicapai dalam 12 bulan, 24 bulan, 36 bulan atau hingga habis penggal. Bahasa politikus – manifesto. Ia memudahkan kita mempertanggungjawabkan mereka jika gagal kotakan, dolak dalih atau pusingan U

2. Tawaran mereka realistik selaras kemampuan kewangan negara, keadaan ekonomi geopolitik dan sentimen awam semasa, serta cabaran lain termasuk perubahan iklim dan alam sekitar

3. Langkah segera tangani cabaran day-to-day rakyat seperti kos sara hidup, inflasi, nutrisi, kesihatan, pekerjaan, taraf gaji, pendidikan, kemahiran, rumah mampu, penempatan sementara, pengangkutan awam, hubungan sosial dan keselamatan awam

4. Langkah proaktif melaksanakan penjimatan, ketelusan perbelanjaan, dagangan luar, hubungan diplomatik, kedaulatan, kebebasan badan perundangan, kehakiman, suruhanjaya dan institusi penguatkuasaan, pemodenan infrastruktur,  kualiti perkhidmatan awam, pemesatan teknologi tenaga diperbaharui

5. Iltizam memperkasa hak rakyat memilih memecat dan mengadili wakil rakyat dan penjawat awam yang zalim dan tidak amanah, hak kesamarataan, hak kesaksamaan - 1 orang 1 undi dan yang menang tak menang semua yang kalah tak kalah semua

Memilih kerajaan umpama mempertaruh seluruh pemilikan dan kepercayaan kita - usaha tenaga kita, untung nasib kita, harta benda kita, tanahair kita, masa depan kita dan keturunan kita. Sudah pasti kita mahu apa yang kita sandarkan menjadi lebih bernilai dan bermakna, atau setidaknya selamat dan kekal seperti sediada.

Kuasa 5 tahun sekali ini adalah hak kita. Hak menuntut diberikan khidmat terbaik, hak ditunaikan amanah dan hak memilih secara adil dan saksama. 

Gunakan hak ini sebaik, setulus dan sejujur mungkin demi masa depan yang lebih terjamin. Jangan sia-siakan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Sebelum melangkah ke pusat memangkah pada hari Sabtu 19 November 2022 mohon lah petunjuk dari Tuhan agar mentakdirkan natijah terbaik dari keputusan kita.

Kepada yang masuk gelanggang berkempenlah dengan berhemah. Jauhi fitnah dan tipu daya, hujah dan kelaku jelik dan serangan peribadi.

Tanggungjawab kempen PRU15 hanya 14 hari dan berakhir di malam pengumuman keputusan oleh SPR TAPI tanggungan menfitnah selama 14 hari berkempen hanya berakhir di hari giliran amalan kita dihitung Rabbul Hakam.

Selamat berkempen dan selamat memilih!

EAH

Monday, May 16, 2022

Krisis Makanan

Senario terkini yang bakal menjebak ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ke dalam krisis makanan dan nutrisi terburuk.

1. ๐Ÿ‡ท๐Ÿ‡บ menghentikan eksport minyak ke negara-negara Eropah. Kos pengeluaran dan pengangkutan termasuk kargo udara dan laut meningkat sekaligus memaksa peningkatan harga makanan dan kekurangan bekalan di pasaran.

2. Perang di ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ฆ menjejaskan bekalan makanan serantau. Negara-negara Eropah mula meneroka dan meningkatkan permintaan dari pengeluar di rantau Asia. Kapitalis di Asia tentunya mengambil kesempatan ini meningkatkan eksport ke negara Eropah kerana keuntungan lumayan. Bekalan tempatan bakal terjejas jika tiada campurtangan tegas kerajaan.

3. ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ melarang eksport gandum. Ini bakal menjejaskan bekalan tepung dan dedak haiwan ternakan sekaligus meningkatkan harga makanan dan kos operasi.

4. ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ dan ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ melarang eksport minyak sawit. Negara-negara serantau yang bergantung kepada sawit sebagai minyak utama bakal berdepan kekurangan bekalan dan peningkatan harga.

5. Polisi Zero Covid ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ menjejaskan aktiviti eksport. Pelabuhan utama hampir lumpuh dengan ribuan kapal kargo tidak boleh berlabuh dan mendarat untuk memunggah muatan sekaligus menjejaskan bekalan bahan mentah seperti sayuran dan buah-buahan di rantau Asia.

6. Pemanasan global dan kemarau ekstrem di negara-negara pengeluar makanan seperti ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ,  ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฐ dan ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ menjejaskan tanaman dan ternakan.

Apakah langkah persediaan dan tindakan segera "hero Keluarga ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ" PM Ismail Sabri Yaakub?

Harga beberapa bahan mentah tempatan seperti ayam, lembu dan sayur-sayuran kini sudah pun berlaku inflasi antara 20 - 30% berbanding 12 bulan lalu, ketika tiada perang dan sekatan ekonomi. Jika kerajaan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ tidak segera melakukan intervention inflasi bahan mentah akan mencanak > 50% dalam tempoh 6 bulan akan datang. Mangsa utama dan paling terkesan adalah golongan B40.

Eksport berasaskan sawit, padi, hasil kebun, hasil kandang dan hasil laut perlu dihad atau dilarang demi mencukupkan keperluan tempatan dan menstabilkan harga. 

Kerajaan perlu ultra proaktif menjaga kebajikan rakyat dengan TIDAK tunduk kepada golongan kapitalis yang hanya tumpu keuntungan ketika permintaan di Eropah meningkat, import negara terbatas dan bekalan amat terhad. 

Pemansuhan permit import bahan makanan tidak memadai menstabilkan harga dan mencukupkan bekalan. Inisiatif keselamatan makanan mesti digerakkan segera dan secara agresif. Modern farming (vertical dan indoor) dan alternatif kepada protein haiwan perlu diperbanyakkan.

Sekarang bukan masa berbangga dengan nilai KDNK dan lebihan eksport untuk mengukur kemakmuran dan kejayaan kerajaan dan negara. Tiada guna ada lebihan dagangan jika

1) nilai RM terus menyusut,

2) pendapatan dan ekonomi majoriti rakyat tak bertambah dan berkembang,

3) pekerjaan disapu warga asing,

4) inflasi menekan nyawa dan perniagaan,

5) kesihatan dan pendidikan rakyat merudum,

6) pelaburan makin berisiko,

7) majoriti FDI baharu tertumpu pada industri kelas ke 2 dan 3 (bukan teknologi tinggi),

8) graduan menganggur dan bekerja di bawah kelulusan terus bertambah dan membarah SERTA

9) integriti sistem awam berkecamuk kerana dipenuhi perasuah di pelbagai peringkat

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ sudah pun kalah kepada ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ, ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ dan ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ญ dalam menarik minat pelabur baru di rantau ASEAN. Pelabur sediada pula pamer kecendorongan memindah operasi ke negara-negara jiran yang makin stabil politiknya.

Jika cabaran di atas berterusan dalam tempoh 6 - 12 bulan akan datang negara bakal berdepan great recession. Bayangkan nasib rakyat khususnya kumpulan B40 bilamana super inflasi berlaku di tengah-tengah bekalan makanan terhad dan pekerjaan atau sumber pendapatan makin berkurang dan hilang. Dan bila bekalan makanan kembali stabil rakyat pula tidak punyai wang untuk berbelanja. Proses pemulihan mengambil masa yang panjang.

Rakyat mesti dicelikkan hal-hal besar seperti ini, perlu bersedia dan perlu bijak jika PRU15 dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Survival rakyat dan negara bergantung kepada kemampuan kerajaan. Rakyat mesti memilih kerajaan yang bijak, prihatin, tangkas malah sanggup pertaruh nasib diri demi negara, bukannya kerajaan yang dipenuhi penyamun dan pengkhianat yang bermewah hasil rakyat dan tidak keberatan meninggalkan negara jika malapetaka dan krisis besar berlaku.



Monday, April 25, 2022

Lagi-Lagi Khemah Besar

Lagi kedengaran lontaran dari pemimpin komponen Pakatan Harapan yang mendesak PH merangkul sebanyak mungkin parti diluar PH untuk bekerjasama menentang Barisan Nasional pada PRU15. 

Jumlahnya kecil tetapi mereka bergerak sebagai satu pasukan kartel. Kartel yang turut digelar kumpulan gila talak dan kemaruk kuasa ini menolak pandangan majoriti penyokong PH yang sudah muak dengan idea khemah besar. 

Kumpulan ini hanya fokus pada satu misi dan mengabaikan satu sisi lain yang hangat dibangkitkan akar umbi. Barangkali ketagihan kerusi empuk Putrajaya membuatkan mereka hilang rasa serik dan malu.

Mampukah PH, PN dan Warisan-Pejuang-Muda menang PRU15 secara bersama? Bagaimana caranya?

1. Abdul Hadi Awang berkali-kali mempertahankan keputusannya tidak akan bekerjasama dengan PH. Sebahagian besar pimpinan utama PAS terang lagi bersuluh terhegeh-hegeh dengan UMNO dan anti DAP. 

Jikapun terbit keajaiban kerjasama PH - PN strategi tidak bertindih kerusi tak semestinya jaminan PAS tak khianat dan melakukan sabotaj. Undi PAS akan ke UMNO-BN.

PAS lebih bahaya dari Bersatu. Mereka bertegas perkukuhkan Muafakat Nasional ketika masih tidur sebantal dengan Bersatu dalam rumah PN dan ketika Hadi sudah berpatah arang dengan kumpulan pro Ahmad Zahid Hamidi. 

Menjadi rahsia terbuka PAS dan Bersatu pernah berkomplot dengan pihak tertentu dalam UMNO untuk merosakkan parti tersebut. Namun usaha mereka tidak berhasil. Maka tidak mustahil mereka akan melutut kepada UMNO jika mereka kalah besar PRU15. Benar lah kata Tengku Razaleigh Hamzah, PAS adalah pelacur. Kata penganalisis - pelacur politik paling berjaya.

Jika semua atau sebahagian kerusi disandang PAS kekal ia tidak cukup menjadikan mereka king maker. Di sini lah Gabungan Parti Sarawak dipimpin Abang Johari Openg main peranan utama.

Kerjasama PH sepatutnya melibat GPS, bukannya dengan parti yang terbukti paling munafik dan mengkhianati janji-janji.

2. Kerusi-kerusi tradisi dilarikan pengkhianat yang menyertai Bersatu sudah pasti kembali ke pangkuan UMNO maka berapakah kerusi parti Mahiaddin Yasin mampu menang? Perkiraan penganalisis - maksima 9 kerusi itupun jika tak bertindih dengan Warisan-Pejuang-Muda. Adakah mereka cukup kuat untuk membantu PH menawan Putrajaya?

3. DAP parti paling terkesan jika sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Bersatu-PAS. Bukan Melayu yang menjadi pengundi tegar PH akan memilih menghukum DAP-PH, samada dengan

i) memulau pilihanraya atau

ii) mengundi BN

Kerusi DAP akan berkurang, kerusi MCA akan bertambah.

4. Tiada jaminan kerusi PKR akan kekal apalagi bertambah jika Anwar Ibrahim masih calon Perdana Menteri PH. Pengundi sudah muak dengan tindak tanduknya lewat ini. 4 pilihanraya negeri sebelum ini yang dikempen secara agresif olehnya memberikan amaran sangat jelas - 'no more Anwar'.

PKR mesti kembali perkukuh akar reformasi dan menawarkan kepimpinan dan gerakan reformasi baharu atau bersedia hilang 2/3 kerusi.

Yang paling penting PKR mesti berhenti "minta nyawa" pada PN dan Pejuang. Percaya pada kekuatan sendiri atau selamanya jadi kuda tunggangan.

5. Majoriti kerusi ditandingi Amanah bertindih dengan PAS - UMNO. Jika elak bertanding sesama sendiri, kerusi mana akan mereka tandingi? PAS semestinya tidak akan menyerahkan kerusi mereka kepada parti serpihan. Adakah Bersatu, PKR dan DAP akan kompromi? Ramai meramalkan PAN akan kalah semua kerusi jika trend Melayu kembali kepada UMNO terus berlaku.

6. Warisan dan Pejuang bukan saja kalah semua kerusi malah hilang wang pertaruhan dalam PRN Johor. Parti Mohd Shafie Afdal dan Mahathir Mohamad tidak lagi relevan dalam senario politik hari ini. Ucapan dan tindakan terdahulu mereka sudah cukup membuktikan mereka bukan rakan yang boleh dipercayai.

7. Majoriti penyokong PH skeptik kejujuran dan kesetiaan Syed Saddiq - MUDA. Parti ini terdiri dari kumpulan elit muda yang rapat dengan taikun-taikun pro Mahathir. Besar kemungkinan mereka bakal mengulangi kerja khianat Bersatu dan meruntuhkan PH sekali lagi.

MoU PH - PM beri kelebihan kepada BN. Ismail Sabri telah memperkukuhkan semula sokongan Melayu kepada UMNO ketika PH terbukti terus gagal menarik kumpulan pengundi atas pagar apatah lagi mengalih sokongan pengundi UMNO. PH juga telah hilang banyak pengundi Cina kepada MCA-BN dan Gerakan-PN.

Serakus-rakus UMNO sekurangnya mereka merangkul akar umbi melalui AGM dan EGM sebelum membuat keputusan-keputusan besar. Apa yang diamalkan PH sekarang hanya menjerat diri. Majlis Presiden yang membuat keputusan tanpa berunding dengan akar umbi perlu bertanggungjawab di atas kegagalan demi kegagalan, sebagai cara menebus kekecewaan penyokong dan penggundi.

Sudah-sudah lah mempercayai munafik politik. Sudah-sudah lah berkompromi dan berlembut tak bertempat. Sudah-sudah lah sanggup selimut bersama perompak dan pengkhianat demi jawatan PM!

Jika PH mahu rangkul peluang lebih baik pada PRU15, Majlis Presiden mesti dirombak, calon PM mesti ditukar dan PH kembali perjuangkan rakyat. Jika gagal sepakat dalam hal ini adalah lebih baik PKR, DAP, Amanah dan UPKO bubarkan PH dan  bergerak sendirian atau memilih menyertai pakatan lain. Hanya itu caranya.



Sunday, March 13, 2022

PKR Memilih

Mei 2022, ahli Parti Keadilan Rakyat akan memilih Presiden, Timbalan dan 4 Naib parti baharu. Pemilihan kali ini dijangka menarik perhatian umum.

Kekalahan besar PKR dalam 4 siri pilihanraya negeri bermula di Sabah, Melaka, Sarawak dan terbaharu Johor di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti bakal dijadikan hujah sebahagian pimpinan dan penyokong parti untuk mendesak beliau berundur dari jawatan tertinggi.




Sekiranya benar akan berlaku desakan agar beliau berundur, siapa individu paling layak mengantikannya? Apakah desas desus Mohd Rafizi Ramli kembali aktif berpolitik ada kaitan dengan gelombang penolakan tersebut dan kelompangan penganti berkaliber?

Jika beliau tidak didesak berundur atau dicabar dalam pemilihan, apakah nasib yang sedang ditempah PKR? Apakah siri-siri kegagalan dalam PRK dan PRN lalu tidak patut dijadikan kayu ukur dan petunjuk peluang PKR pada PRU15, lantas business as usual? Apakah dengan kekalkannya Anwar sebagai Presiden PKR anggota Majlis Presiden tidak akan mempertikai kedudukannya sebagai Pengerusi PH?

Ribut desakan pengunduran Anwar bukan cerita baru. Ia sudah bermula sejak kekalahan PKR dalam PRN Sabah, kemudian diikuti kekalahan KO (terburuk) di Sarawak dan Melaka. Kemenangan hanya 1 dari 20 kerusi ditandingi di PRN Johor pula tidak membantu meredakan kemarahan sebaliknya menyemarakkan lagi kekecewaan bukan saja ahli malah penyokong tidak berparti. Anwar adalah watak utama dalam jelajah kempen di Sarawak, Melaka dan Johor.

Mengapa kerusi Presiden PKR sangat penting (panas) berbanding Presiden Amanah, Setiausaha Agong DAP dan Presiden UPKO? Ini kerana umum mengetahui bahawa antara empat parti komponen PH, Presiden PKR dilihat paling sesuai menjawat Perdana Menteri sekiranya PH berjaya kembali ke Putrajaya berbanding Presiden Amanah yang pro Islamik, Setiausaha Agong DAP yang pro liberal dan Presiden UPKO yang pro wilayah (Sabah). Selain itu PKR parti pelbagai kaum paling kukuh bertapak di seluruh negara.

Pemilihan kali ini barangkali yang terpenting dalam sejarah penubuhan parti dan gabungan. Nasib PKR, PH dan Malaysia ada di tangan penjawat kerusi Presiden PKR. Ahli PKR pikul tanggungjawab besar. 

Andai ahli PKR tidak bersungguh dan teliti dalam memilih barisan kepimpinan baharu maka sekiranya disandarkan trend pengundian dan keputusan sejak 3 tahun lalu PKR bakal tersungkur pada PRU15, malah berpotensi jadi obsolete seperti Gerakan. Kekalahan PKR akan menyebabkan segala perjuangan dan penat lelah penyokong dan pengundi jadi sia-sia.

Sekiranya ahli masih berbelah bahagi, penjelasan berikut diharap mampu membantu mereka membuat pertimbangan.

Anwar telah gagal. Beliau bukan saja gagal pimpin PKR malah gabungan PH. Semenjak kembali aktif dalam kepimpinan PKR Anwar sekali lagi dipermainkan Mahathir dan Daim apabila janji menyerahkan kerusi PM kepadanya tidak dikotakan. 

Bukan setakat itu, Mahathir telah berjaya memporak peranda PKR dan kemuncaknya exodus kem Mohamed Azmin Ali. Sekalipun tersingkir dari parti Azmin, Zuraida dan pengikutnya berjaya beroleh laba politik dan bergaya pula atas hasil kerja khianat mereka melemahkan PKR dan menjatuhkan PH di Putrajaya. 

Di bawah kepimpinan Anwar PKR kalah teruk di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor. Bukan rahsia hubungan anggota Majlis Presiden dengan Anwar semakin dingin.

Cabaran terbesar dihadapi Anwar ialah dirinya sendiri. Penjelasannya di sini.

Politik bukan pentas budaya untuk bermegah showcase kehebatan bersastera tambahan Malaysia sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Sedang kan bahasa kebangsaan yang jauh lebih ringan, yang dijamin tempatnya dalam Perlembagaan Persekutuan pun makin hari makin tidak dimuliakan, apalagi lunak bahasa nusantara.

Peperangan politik hari ini memerlukan panglima yang mampu menawar dan menyampaikan agenda dengan jelas dan tepat, hujahnya penuh substance, essence perjuangan mudah difahami dan diteladani oleh semua kaum dan lapis usia BUKAN nya yang meleret dengan bunga bahasa dan kiasan yang hanya menimbulkan lebih banyak kekeliruan dari pencerahan.

Ringkasnya, jika anda (ahli) gandingkan Anwar dan Rafizi di atas satu pentas dan minta mereka jelaskan isu 1MDB dan langkah politik terkini Najib-Zahid, anda akan faham siapa melalut dengan ayat penuh jargon dan siapa berikan fakta dengan susunan data yang mudah dihadam. Ini sudah cukup merumuskan siapa pemimpin lebih fokus lagi senang difahami. 

Akan ada segelintir walaun menyerang kenyataan di atas tanpa terlebih dahulu menilai delima dan cabaran terkini melanda PKR. Akan ada tukang ampu (yang kebanyakan sokong membawa rebah) mempertahan Anwar bermati-matian tanpa menyentuh fakta PKR kalah teruk dalam 4 PRN di bawah kepimpinan Anwar. Akan ada juga yang membangkitkan ahli dan penyokong sudah tidak tahu mengenang jasa.

Tidak ada siapa pun menafikan jasa besar Anwar. PKR, DAP, PAS dan PAN berjaya meletak kedudukan mereka dipersada politik nasional kerana menunggang populariti dan perjuangan berdekad Anwar. Simpati rakyat kepada nasibnya memberi parti-parti ini kelebihan. Anwar keluar masuk penjara kerana tegas menentang diktator. Jasa besar Anwar sudah berbayar  dengan kemenangan bergaya PH pada PRU14 dan dengan pembebasannya.

Sekarang Anwar adalah seorang free man, diberi kesempatan membuktikan kemampuannya. Beliau bebas ke sana sini memperbetulkan tanggapan ramai dirinya sekadar ahli falsafah. Tetapi Anwar telah membuktikan beliau MEMANG sekadar ahli falsafah. Dari Parlimen hingga ke warung kopi, (kata sebahagian orang) beliau jaguh pidato. Pada sebahagian lagi, beliau juara jargon.

Politik Malaysia hari ini makin universal. Dengan keluasan penglibatan golongan belia muda dan lebih banyak kewujudan parti politik berteras kaum/suku kaum dan wilayah, di samping makin banyak isu setempat dan nasional yang membelit rakyat yang boleh dijadikan modal politik, nostalgia perjuangan seorang individu BUKAN dan TIDAK lagi boleh dijadikan bahan kempen.

BN menang di Melaka dan Johor BUKAN kerana bernostalgia kehebatan Abdul Razak manakala GPS menang di Sarawak BUKAN kerana bernostalgia kehebatan Taib Mahmud. Sebaliknya BN dan GPS bijak menunggang kelebihan mereka menguasai dana negeri dan raih kesempatan ketika ancaman pandemik. 

Di zaman ini ketika begitu ramai rakyat kais pagi makan pagi, berbahasa nusantara tak mampu hidangkan makanan di atas meja mahupon meningkatkan motivasi mereka. Lantas PKR perlu kemuka tawaran yang dapat merobah nasib marhaen. Tawaran yang lebih realistik, yang jauh dari garis 'nostalgia Anwar'. 

PKR tidak mampu memberi tawaran baru jika masih dikuasai barisan pemimpin konservatif dengan pemikiran dan strategi kuno. PKR memerlukan kepimpinan baru yang bebas dari label kartel dan penjilat/pengampu; yang tiada legasi lompat; yang berani, tegas dan bijak. Berani mendesak/mengetuai pembaharuan cara kita memilih kerajaan. Cadangan baca di sini.

Tawaran pembaharuan sistem pilihanraya perlu dijadikan tawaran utama PKR. Ini kerana selagi kita mengamalkan sistem dan kaedah pilihanraya sedia ada selagi itu kita tidak mampu merobah cara kita berkerajaan, selagi itu juga kita tidak mampu merobah institusi-institusi penting negara, khususnya Badan Eksekutif dan Perundangan.

Badan Eksekutif Malaysia terlalu berkuasa. Kerana terlalu besarnya kuasa eksekutif politikus sanggup melakukan apa saja untuk menjadi wakil rakyat, dari ADUN ke AP, dari Menteri ke PM, sehingga mereka sanggup berdusta atas nama keluarga, bangsa, negara dan agama, sekalipun mereka dimurkai Allah s.w.t. Jika Tuhan pun mereka tidak takut, apalagi lah marhaen yang kerdil hina. Kita mampu bendung kegilaan mereka dengan menghadkan ruang dan peluang mereka untuk berdusta.

Ahli PKR perlu jadi pioneer kepada pembaharuan sistem pilihanraya sepertimana generasi pertama yang memulakan tuntutan reformasi 1998. Pilih lah pemimpin yang berani, yang ada nekad dan kesungguhan untuk merubah negara dengan idea dan kudrat tenaga. Pemimpin seperti Rafizi dan Saifuddin layak mengantikan Anwar dan mengetuai barisan kepimpinan baru PKR.

Selamat memilih!



Refresh Reform Agenda

Tuan Haji Ahmad Rafizi Ramli

May you decided to return and active in politic please back for good. PKR in dire need of overhaul. 'Reformasi' mantra has become increasingly obsolete, thanks to atok 22 months tenure. PH coalition need rebranding or forever labeled 'hancing'. Pick good running mates and team to run for party election.

May you and team succeed in securing party posts, PLEASE immediately initiate and offer fresh reform agendas to the party member and public. I know this is too soon and quite troubling but I can't contain my excitement to welcome your return. 

If I may, here are some of the agenda (urgency)

(1) to tackle root cause of all devastating incidents ever occurred to our nation . Amend election statutory and system. Here's some idea

https://t.co/MnW44RmVk6

(2) to empower other branches - Judiciary and Parliament

(3) to make independence all commissions

(4) to overhaul major public offices, initiate merger and consolidation of resources

(5) to censor politician and close family member for GLC/GLIC chairmanship/directorship

(6) to divest from major industries, to focus government fund into public housing and infrastructures eg school, university, hospital, e-transport and hub

(7) to reduce corporate and consumer oil & gas subsidies, to channel the excess to B40 with monthly coupons eg food, utility, fare (universal income)

(8) to rebuild country on clean energies, maximize solar power system, wind turbine and hydroelectricity dam, to conserve natural resources and improve flood mitigation

(9) to open tender in all government projects except military-security

(10) to stop government guarantees in all future government-private project

(11) to industrialize modern farming with government financing start up capital/infra to reduce dependence on import goods

(12) to launch more co-op to allows rakyat to participate in domestic F&B, plantation, transportation, tourism sectors

(13) to create more matching and quality permanent jobs, with work life balance

(14) to introduce minimum wages/salary RM1.6k for 12 hours/day 4 working days none shift RM1.9k for similar but shift position, mandatory employer EPF and SOCSO contributions

(15) to revise Minister, MP and ADUN perks and pension

(16) to revamp public education system, to start early focus on academic/skills stream, practice 5:5:5 (primary:secondary:tertiary) learning years

(17) to progress into e-learning syllabus

(18) to cut unproductive, unworthy and no quality entertainment shows/program

Will list more (to put uncalled pressures on you) upon you successful return ๐Ÿ˜






Friday, February 18, 2022

Agenda Kempen

Penulisan ini menjawab hujah seorang AP PKR yang mengatakan keperluan melakukan kajian teliti isu kemiskinan dan hasilnya dikongsi kepada rakyat sebagai bahan kempen.

Persoalan.

Adakah orang kampung akan hadap hujah panjang lebar versi academia? Adakah statistik yang rumit sesuai dijadikan bahan kempen di semua kawasan? Mampukah ia menarik undi dan memenangkan parti? 

Pengundi khususnya Melayu mengundi kerana 1 - 2 isu semasa. Abdullah Ahmad Badawi dan BN menang mega majoriti pada PRU11 kerana orang awam (1) meluat dengan amalan kronisma Mahathir (2) tertarik dengan idea adil Islam Hadhari.

Namun pada PRU12 Pak Lah dan BN hilang lebih 12% undi kerana (1) kelemahan pentadbiran manakala anak menantu "budak tingkat 4" terlalu berkuasa (2) polisi menghapuskan subsidi. Hinggakan gula-gula PRU yang menjadi amalan BN berzaman tidak mampu membendung kemarahan rakyat.

Mohd Najib Abd Razak dan BN tersungkur pada PRU14 selepas 60 tahun gagah berkuasa kerana rakyat di kampung dan di bandar murka (1) kemewahan berbelanja Najib-Rosmah anak beranak, ada kaitan langsung dengan dana negara dari SRC dan 1MDB (2) salahguna kuasa dan tidak amanah eksekutif, kehakiman dan pentadbiran awam.

Kebiasaanya asas kemarahan rakyat terhadap BN ialah antara dua (1) sara hidup tinggi dan (2) peluang kerjaya terbatas. Namun jika Najib, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen BN serta pegawai tinggi awam pro bN tidak bermewah-mewah dan tidak pula menunjuk-nunjuk kemewahan mereka nescaya rakyat masih mampu bersabar dan terus percayakan BN.

Buktinya pengundi khususnya di kawasan luar bandar Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, N.Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak tetap memihak BN pada PRU13. Ketika itu Najib baru mengambil alih tompak pentadbiran daripada Pak Lah dan kegiatan menyombong dan bermewah mereka belum kerata.

Isu kesempitan hidup saja tak mampu mengugat mitos bahawa hanya BN mampu tadbir negara dengan baik. Kesempitan hidup sudah kukuh berakar dan terus menjalar di negeri-negeri utara, pantai timur dan Borneo, menjadi antara negeri paling ramai penduduk termiskin namun BN tidak tersungkur di sana walaupun ramai rakyatnya susah.

Jika rakyat mengundi kerana tekanan menyara hidup dan jurang pendapatan semata-mata kenapa strategi sekampit beras, sekotak keperluan asas, sekeping kain pelikat dan ang pow bernilai RM50 - RM200 sekali setiap 5 tahun terus menangkan BN di kawasan luar bandar?

Wakil rakyat pembangkang yang berasa mereka bijak ala pengkaji Oxford Stamford berfantasi bahawa majoriti rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ memiliki tahap pendidikan yang tinggi serta capaian/carian dan pemahaman kepada maklumat dari skandal-skandal pemimpin negara yang terburuk dalam sejarah dunia moden adalah cukup baik. Kajian wakil ini cukup bagus tapi hubungan hasil kajian mereka dengan dunia realiti jauh terputus.

Kesedaran rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ bahawa eksekutif/kabinet sangat berkuasa membentuk masa depan rakyat masih rendah. Strategi, keputusan dan tindakan kerajaan sebelum ini menyebabkan majoriti Melayu terus terpinggir dalam pendidikan dan ekonomi, tercicir dalam arus pemodenan. Ini tidak disampaikan dan dipercerahkan kepada rakyat/pengundi.

Rakyat khususnya kaum Melayu bosan dengan politik kerana pemimpin Melayu jadikan politik sukar, jijik dan gampang. Namun Melayu tetap keluar mengundi kerana isu-isu semasa yang dimainkan. Samada skalanya besar atau kecil benar atau manipulasi, isu kaum dan agama akan terus pengaruhi dan juarai mood mengundi. Buktinya isu semasa seperti kematian Adib dan ICERD sudah cukup mengalahkan PH dalam beberapa siri PRK selepas PRU14. Itu FAKTA!