Sunday, November 20, 2022

Rumusan Keputusan PRU15

Keputusan Empat Gabungan Utama

Rumusan Keputusan Pakatan Harapan

1. Gagal pertahan 20 kerusi
2. Bertahan di 70 kerusi
3. Rampas 12 kerusi
4. Menang 81 kerusi dari 212 kerusi ditandingi = 38.2%





Rumusan Keputusan Barisan Nasional

1. Gagal pertahan 20 kerusi
2. Bertahan di cuma 22 kerusi
3. Rampas 8 kerusi
4. Menang 30 dari 178 kerusi ditandingi = 16.9%





Rumusan Keputusan Gabungan Parti Sarawak

1. Bertahan di 18 kerusi
2. Rampas 4 kerusi
3. Menang 22 dari 31 kerusi ditandingi = 71%




Rumusan Keputusan Perikatan Nasional

1. Gagal pertahan 8 kerusi
2. Bertahan di 31 kerusi
3. Rampas 42 kerusi
4. Menang 73 dari 171 kerusi ditandingi = 43%



PKR dan UMNO dua parti paling terjejas, tewas di kubu kuat. Calon-calon didukung Presiden masing-masing kalah mengejut.

Anwar Ibrahim perlu pikul tanggungjawab, berundur dari jawatan Pengerusi PH & Presiden PKR. Begitu juga Ahmad Zahid Hamidi, berundur dari jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO

Pakatan Harapan

Majoriti negeri dan kawasan yang dikempen Anwar kecundang malah peralihan undi amat ketara dan mengejutkan. Trend ini sangat tak baik kepada PH.


DAP pemenang terbesar dalam PH, bukan kerana mereka lebih baik tapi seperti PAS - mereka guna sentimen kaum menakutkan pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina & India. Kekal kuat di kubu tak tambah nilai pada PH di luar kawasan. Ia sangat beri impak kepada PKR & Amanah.


Amanah raih 8 kerusi vs 11 (PRU14). Walau dikira tidak teruk tapi tidak juga add value. Mohd Sabu perlu berundur dari jawatan Presiden.

Kemenangan tipis UPKO dan MUDA sudah diduga, kekuatan terbatas di kubu Presiden/Mantan Presiden. Hanya Ewon buat kejutan rampas Penampang.

Anwar wajib berhenti menjaja kenyataan “strong formidable convincing”. Penyokong amat muak dan murka. Untuk meredakan kemarahan dan kekecewaan pengundi Anwar perlu akui kelemahan dan kegagalannya.


Jika BN dan GPS sedia kerjasama dengan PH maka Majlis Presiden perlu serah kepada Rafizi, Anthony dan Salahuddin untuk teruskan rundingan.

Kemenangan hanya 81 (minus Muda) dari 212 kerusi ditandingi amat mengecewakan. Generasi Z menolak PH dan memberi kemenangan bergaya kepada PAS-PN. Bukan kerana PAS lebih baik (lihat saja kegagalan urustadbir di Kelantan & Kedah) tapi PH tewas kerana mainan isu kaum dan agama tanpa tentangan agresif dan secara proaktif.

Mungkin sudah masanya PKR pertimbang secara serious hubungannya dengan DAP. Hubungan ini makin toksik dan beri kesan buruk kepada PKR jangka masa panjang melainkan DAP ambil pendekatan ketara berubah dari hanya jadi jaguh perjuangkan kaum Cina-India kepada parti yang benar2 multiracial.

Pejuang adalah gone case, kalah total dan hilang deposit di SEMUA kerusi ditandingi. Pengerusi dan Presidennya diaibkan dan ditunjuk jalan bersara paling memalukan. Warisan hampir senasib, kalah teruk dan hilang deposit di majoriti kawasan ditandingi.

Politik perkauman, kabilah, wilayah dan agama perlu dikekang sebelum jadi barah yang akan meruntuhkan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ seperti yang berlaku di negara2 Arab๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡ซ, ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡พ, ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช & ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ถ.

Jika mahu menyelanatkan negara PH perlu bekerjasama dgn BN dan GPS mengekang politik toksik pecah belah dan permusuhan kaum dan agama. BN harus kembali ke landasan awal penubuhan - parti moderat pelbagai kaum.

Rafizi perlu lentur pendirian, Anwar, Guan Eng, Zahid-Ismail perlu berkorban dan paling utama DAP perlu kendur, rasional & ambil pendekatan back seat.

Jawatan PM perlu disandang PKR-PH manakala TPM Semenanjung disandang UMNO-BN dan TPM Borneo disandang PBB-GPS. Calon kompromi: PM Rafizi, TPM 1 (Semenanjung) Tok Mat/Khalid Nordin TPM 2 (Borneo) Fadilah/Nancy.

Seandainya gabungan PH, BN dan GPS berjaya tubuh kerajaan Persekutuan tindakan tangkas dan tegas perlu diambil ke atas pesalah-pesalah kempen PRU15 khususnya yang menunggang agenda perkauman dan permusuhan agama serta fitnah dan tuduhan melampau. Lakukan ini #DemiMalaysia & masa depan generasi baru

No comments:

Post a Comment