Wednesday, October 25, 2023

Himpunan 🇲🇾 Bersama 🇵🇸

Media arus perdana, media sosial dan media alternatif sudah patut memulakan forum-forum perdana, wacana ilmiah dan dokumentari khas membincang dan memaparkan sejarah tindakan pemimpin dan negara-negara yang pernah dan masih membantah Regim Zionis dan sekutu serta kesannya kepada pemimpin dan negara tersebut. 


Ini lah masa rakyat dikisahkan maksud kenyataan Perdana Menteri '🇲🇾 tidak takut ugutan dan sedar kesan dari kelantangan kita mengutuk pembunuhan kejam rakyat 🇵🇸 oleh Zionis' semasa Himpunan Malaysia Bersama Palestin semalam. Backlash oleh pendokong, pelobi dan sekutu 🇮🇱 sedang disusun dan menunggu kerana keberanian kita


Rakyat perlu dibijakan dengan pengetahuan dan kesedaran. Pembijakan tidak boleh lagi bersandar pada edaran buku dan risalah. Pihak berkuasa negara mesti guna media baharu seluas-luasnya


Musuh Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan makin bertambah di luar negara, ketika dalam negara sendiri sudah terlalu ramai


TRAGEDI KEMANUSIAAN terbaharu di Palestin digerak pengamal apartheid utama dunia yang sudah pasti ada chain reaction kepada geopolitik dan kestabilan ekonomi global, akan digunakan musuh-musuh PMX dalam dan luar negara untuk menjatuhkannya


Bukan lagi rahsia ramai elit Melayu kita pro Amerika-Eropah, hingga sanggup menjadi ahli pertubuhan rahsia berpusat di England yang berselindung di sebalik jenama "organisasi sosial dan persaudaraan yang mempromosikan persaudaraan, keamanan, kebebasan beragama, integriti, standard moral yang tinggi, dan kewarganegaraan yang baik", namun hakikatnya adalah mata, telinga dan lidah pro Zionis


Mereka ini sudah lama menjadi duri dalam daging kepada kesatuan, kekuatan dan kemajuan ummah negara ini. Mereka berselindung di sebalik nama Melayu, busana Melayu dan pentas Melayu, tetapi mereka dan anak beranak mereka bersahabat baik malah menjadi sekutu niaga pelobi Zionis. Munafik terhebat ini lah yang akan menjatuhkan PMX-Madani dengan alasan "untuk mengukuhkan semula Ringgit dan ekonomi negara"


Jika PM dan Kerajaan Perpaduan tidak ambil berat ancaman musuh dalam selimut, usaha dan gerak kerja musuh luar yang terang nyata akan menjadi lebih mudah


Kepada penangguk di air keruh yang tidak sabar meruntuhkan kerajaan #Madani, ini soalan cepu emas kepada anda. Adakah penganti Anwar nanti akan lebih lantang di pentas dunia darinya atau sekadar seorang lagi pelakon terbaik seperti barisan pelakon-pelakon terbaik tanpa trofi sebelum ini, yang hanya berani berkokok di laman rumah?