Thursday, August 26, 2021

Keabsahan PM9

Keperluan ujian keabsahan Perdana Menteri di Parlimen

1. Menjunjung Perlembagaan
2. Mentaati titah YDP Agong
3. Memperkasa Parlimen
4. Mengesahkan status Kabinet
5. Meredakan pertikaian dan perbalahan

Kesan kegagalan menguji keabsahan PM di Parlimen

1. Mengkhianati Perlembagaan
2. Menderhaka titah YDP Agong
3. Melemahkan fungsi Parlimen
4. Mewujudkan pertikaian perundangan
5. Meningkatkan ketegangan dan perbalahan

Menyokong atau menolak PM semasa undian keabsahan ialah suatu perkara mustahak. Melengah atau menafikan usul undian keabsahan ialah suatu perkara lain yang lebih kritikal dan ianya mengukur sejauh mana kejujuran politikus mempertahan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dilaung dan kononnya dijuangkan mereka.

Di satu sisi langkah pemula kompromi PM dan pimpinan oposisi dipandang tindakan terpuji meredakan suhu politik selaras titah Raja-Raja. Namun di satu sisi lain kompromi tanpa restu majoriti pimpinan dan akar umbi parti bakal menyemarakkan lagi pertikaian dan perbalahan sesama ahli dan antara penyokong. Silap langkah tindakan berkompromi ini mampu memecahbelahkan parti khususnya oposisi.

Baik PM atau Ketua Pembangkang (KP), tindakan susulan mereka kini akan sentiasa diteliti rapi dan jadi subjek pertikaian. Akan berlaku banyak perselisihan pendapat dan penjelasan harus dibuat. Bukan semua langkah mereka akan memuaskan hati ahli. Di sebelah PM ada kem sekutu dan oportunis, di sebelah KP ada kem pendokong dan bebas.

Langkah kompromi lebih menekan oposisi berbanding kerajaan. Kerajaan tak terkesan jika KP memilih berpaling dari pelan kompromi kerana mereka terus kekal di posisi majoriti, terselamat dari penyingkiran awal. Bakal ada penyesuaian antara mereka melalui 'scheme of thing 2' demi mengukuhkan kedudukan PM.

Jika hasil kompromi membuka ruang pada PM dan sekutunya kembali menyalahguna kuasa dan seterusnya memudaratkan rakyat maka pimpinan oposisi yang sedia terbeban defisit kepercayaan akan dipersalahkan penyokong dan musuh. Tak mustahil Istana turut mempertikai efisensi semak imbang pimpinan oposisi.

Kegagalan kompromi mewujudkan kesan domino. Pimpinan oposisi yang menyokong usaha kompromi akan didesak bersara dari politik. Tanpa pelapis berpengaruh dan berkaliber kewibawaan oposisi disanggah dan kesatuan mereka berpecah. Proses menyatupadu kumpulan bertelagah serta memulih dan mengembalikan keyakinan umum pada oposisi bakal mengambil masa yang panjang.

Ketika itu ramai politikus yang mementingkan diri akan meninggalkan 'kapal tenggelam' oposisi. Yang kekal membaiki bocor, setia dalam perjuangan tak ramai. Oposisi kecil dan lemah adalah sumber kekuatan pemerintah zalim dan tamak haloba. Kitaran kegagalan 60 tahun yang dicipta Barisan Nasional bakal berulang.

Sidang Parlimen September ini medan terbaik rakyat, baik penyokong, pemerhati mahupun pengundi atas pagar, menilai kesungguhan politikus memartabat institusi Parlimen dan Raja-Raja. Ujian keabsahan ialah kertas utama menyukat kejujuran, kesetiaan, kematangan dan kebijaksanaan politikus.


Wednesday, August 25, 2021

Khemah Besar PH Plus 2.0

Peluang PH berjaya memperoleh majoriti pada PRU15 bergantung kepada faktor berikut:

1. #undi18
2. Perselisihan UMNO-PAS
3. Perpecahan UMNO-Bersatu
4. Pertandingan pelbagai penjuru

Khemah besar PH Plus BUKAN faktor penyumbang. Buktinya pada PRU lalu PH menang tipis sekalipun bergabung dengan Bersatu dan bekerjasama dengan Warisan dan UPKO.

Sekiranya UMNO, PAS dan Bersatu mampu berpakat dan bertanding dalam satu gabungan menentang PH pada PRU15 mereka bakal merampas tidak kurang 14 kerusi campuran PH khususnya yang disandang PKR dan Warisan selain mengekalkan kerusi sediada sekalipun berlaku sentimen penolakan terhadap kerajaan.

Diramalkan bakal berlaku undi mogok pengundi Melayu kerana kecewa pada pentadbiran PN+BN mengurus pandemik. Ia kekal beri kelebihan pada PN-BN kerana pengundi Melayu memulau PRU disebabkan tiada parti alternatif selain PH. Majoriti Melayu masih ada persepsi yang kuat PH dikuasai Cina DAP.

Jika sebelum ini undi mogok Melayu berpindah dari UMNO kepada PAS dan Bersatu, kewujudan gabungan alternatif seperti Pejuang Plus akan beri kelebihan pada PH. Ini mengulangi senario 3 penjuru PRU14 (PH vs BN vs PAS). 

Kali ini undi Melayu tak berpindah antara UMNO, PAS dan Bersatu kerana ketiga-tiga parti adalah sebahagian #KerajaanGagal. Undi Melayu akan pergi kepada Pejuang Plus. Cukup 10 - 15 peratus perubahan undi Melayu dari PN-BN kepada Pejuang Plus memberi PH peluang kuasai kerusi Melayu majoriti tipis.

Cadangan khemah besar berisiko mengulangi malapetaka 2020. Mewujudkan PH Plus 2.0 adalah usaha ke belakang dan tak menghemati kekecewaan serta merubat luka masih berdarah penyokong dan pengundi PH atas pengkhianatan Bersatu dan PKR Minus. Kerananya kluster mahkamah bebas lepas sedangkan rakyat makin kesempitan dan terus menanggung derita bahana jenayah pecah amanah mereka.


Sunday, August 22, 2021

A Blessing In Disguise

Tempoh Ismail Sabri Yaakub berbaki 18 bulan untuk memperbaiki kesilapan kolektif 17 bulan gabungan PN-BN di bawah Mahiaddin Yasin. 

Kegagalan Ismail urus krisis kesihatan dan ekonomi era pandemik dengan baik sebelum PRU15 bakal mencalarkan imej buruk sediada UMNO-BN di mata penyokong dan rakyat.

Kegagalan Ismail juga akan menghakis sisa simpati rakyat pada UMNO sekaligus menutup peluang parti Melayu menebus kesilapan Najib Razak dalam urustadbir 1MDB, SRC, FGV, KWAP, LTAT, TH dan lain-lain lagi. Ismail berada di posisi amat sukar, silap langkah legasi diri dan partinya akan lenyap dihukum zaman.

Buat masa ini Anwar Ibrahim dan pimpinan oposisi boleh dikira beruntung terlepas memikul warisan kegagalan tiga pentadbiran terdahulu termasuk 22 bulan di bawah Dr Mahathir Mohamad. Benar, lambat laun oposisi bakal mewarisinya. Adalah lebih baik memasuki Putrajaya di awal penggal dari bergelut memulihkan krisis pandemik DAN kemelut oposisi di hujungnya.

Ringkasnya, kejayaan Ismail kemudi negara beri kelegaan pada rakyat dan BN-PN tetapi kegusaran pada oposisi. Sebaliknya, kegagalan Ismail beri kelebihan pada oposisi tetapi kemudaratan pada rakyat dan negara. 

Pemilihan Ismail sebagai PM 9 adalah 'blessing in disguise' buat oposisi. Antara bersabar sedikit, bina kekuatan dan fokus perjuangan memenangi PRU15 ATAU rampas Putrajaya sekarang dan terpaksa berjuang habis-habisan untuk wajib menang, oposisi terpaksa memilih yang pertama.


Saturday, August 21, 2021

Urgency

To Prime Minister Ismail Sabri Yaakub dan Opposition Leader Anwar Ibrahim.

Bipartisan negotiation and agreement shall kick start with mandate to spend wisely as to save bleeding government coffers  and to coordinate prudently. Here are 18 suggestions to put in place immediately:

1. Appoint Smaller Cabinet (max 20 Ministers)

2. Appoint new Independent Speaker

3. Appoint Bipartisan Select Committees 

4. Enact anti hopping or recalled election law before GE15

5. Censor political appointment in GLCs

6. Provide 3 to 6-month cash aid of RM 1,100 to B60, stop impractical food basket practice and abusable wage subsidy program

7. Enforce 3 to 6-month loan and eviction moratorium

8. Enforce 3-month government premises rent waiver

9. Share real time Covid data with state governments and agencies

10. Accelerate vaccines procurement

11. Stop mega PPV (super spreader), do more mobile and community PPV

12. Size up frontliner headcount, medical equipments and supplies

13. Improve poor PKRC condition and magnitude

14. Continue PdPR to year end

15. Supply reasonable specification smartphone/gadget (4gb RAM 128gb ROM) to B40 school student

16. Rebate on unlimited data postpaid and prepaid plans, discount on wireless broadband modem

17. Launch no-commision community food and groceries apps, net price items

18. Launch no-commision e-delivery apps, net charge as to promote home dine in and prevent travel to and pact up eateries.


Warning

To PKR, DAP, Amanah, Warisan, UPKO, Pejuang and Muda leaders.

You have less than 2 years to consolidate and solidify supports to score majority in GE15. While gerrymandering and malapportionment are two never ending challenges opposition must ensure anti hopping or recalled election law enacted before coming election. This the least you could do to immediately restore voters perseverance and re-energize their morales. You must also push for minimum 3-month cash aid of RM 1,100 to B60 and 3-month loan and eviction moratorium.

May Ismail extend olive branch to opposition please brace with caution as to not fall into sentiments ploy. You must only partaking bipartisanship after he has tested support in Parliament. Demand for new independent Speaker. Reject being part of or supporting kleptokrat Cabinet/government.

Debate all government expenses for the past months. Demand status of MACC and RMP investigations on MPs, state and political leaders and families. This to assert your fight for equality and justice. Stop unnecessary commotion in Parliament, make your questions short and straightforward.

If you failed to facilitate the aboves it's time to consider retirement. Stop giving false hopes and aggravate resentment. Or rakyat will forever be the victim of undoable reforms. Thank you



Sunday, August 1, 2021

Demokrasi Melayu Taliban

 
Bukan Perkara Besar


Semenjak PAS jadi sebahagian kerajaan Persekutuan rakyat makin jelas bahawa derhaka pada Agong dan Raja-Raja Melayu seperti selalu ditentang mereka selama menjadi pembangkang bukan lah perkara besar rupanya.

Insiden Takiyuddin Hassan berbohong semasa Mesyuarat Khas Parlimen dengan mengakui Ordinan Darurat 2021 sudah dibatalkan oleh Kabinet pada 21 Julai tidak dianggap oleh mereka sebagai suatu penderhakaan kepada Agong dan institusi Parlimen.

Penderhakaan Menteri JPM itu bukan saja menimbulkan kemarahan wakil pembangkang dan pengamal undang-undang malah secara berani menyinggung Baginda Agong. 

Baginda amat dukacita hinggakan Istana Negara terpaksa mengeluarkan kenyataan 2 muka surat menzahirkannya. Kenyataan itu turut menegaskan titah perkenan Baginda kepada Takiyuddin dan Peguam Negara agar Ordinan Darurat dibentang dan dibahas untuk diungkaikan oleh ahli-ahli Dewan.



Sungguh pun Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 150(2B) dan Perkara 150(3) memperuntukkan kuasa pengubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Agong, namun demi menghormati sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Baginda menyerahkan kuasa mengungkaikan Ordinan kepada Parlimen.

Takiyuddin dan Kabinet secara jelas membelakangi titah perintah Agong dengan tidak membentang dan memberikan ruang kepada ahli Dewan membahaskan Ordinan-Ordinan sebelum dibatalkan.

Tdak seperti amalan wajib mereka selama ini, kali ini tiada sebarang laporan polis menuntut siasatan dan pendakwaan dibuat oleh mana-mana pemimpin dan ahli PAS ke atas tindakan penderhakaan itu. Juga tiada desakan supaya Takiyuddin memohon ampun kepada Istana, tiada laporan di lidah rasmi parti dan komen di media sosial mereka mencela kebiadabannya, tiada perarakan ke Parlimen dan Perdana Putra menyerah memorandum menuntut Takiyuddin dilucutkan jawatan dan tiada perhimpunan mempertahankan Istana.

Hipokrasi melindungi dan mempertahan Raja-Raja Melayu oleh ahli dan pemimpin "parti Islam" amat terserlah apabila berlakunya insiden ini. Dalam Islam adalah gelaran khusus untuk golongan sebegini. Ia disebut MUNAFIQ.

Anasir Luar


Betul ramalan Abd Hadi Awang.

Pengaruh Taliban adalah ancaman yang cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat. Bukan saja gigih melaga-lagakan antara kaum, kumpulan yang terpengaruh dengan anasir Taliban ini gemar mengkafirkan saudara seakidah, sentiasa berusaha mengangkat Mullah mereka sebagai pimpinan tertinggi negara dan pantas memerangi Muslim yang tak sealiran dengan mereka.

Mereka jadikan wanita muda dan cantik isteri-isteri mereka. Mereka menghalalkan pembohongan dan bijak menunggang ayat-ayat Quran demi kuasa dan kedudukan.

Amat bahaya!

Kejayaan PN

Sehingga kini rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พmasih tercari-cari apakah kejayaan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional yang dibanggakan Hadi.

Ketika PN merampas Putrajaya dari Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton status kes Covid (29 Februari 2020) adalah:

Kes baharu: 4
Kes aktif: 7
Jumlah kes: 29
Jumlah korban: 0

Selepas 16 bulan Hadi dan sekutu pengkhianatnya membentuk kerajaan Persekutuan status kes Covid terkini (1 Ogos 2021) adalah:

Kes baharu: 17,150
Kes aktif: 195,273
Jumlah kes: 1,130,422
Jumlah korban: 9,184


Dalam tempoh 3 bulan terakhir kes baharu untuk setiap 1 juta populasi ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ jauh lebih tinggi berbanding negara-negara jiran. Malah๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พkini mengatasi negara-negara yang sebelum ini paling teruk terjejas seperti ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ, ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ dan ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง.


Dalam tempoh yang sama angka korban untuk setiap 1 juta populasi ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พlebih tinggi berbanding negara-negara jiran. Di rantau ini ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ berada di belakang ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ dan mengatasi negara-negara yang sebelum ini merekodkan korban tertinggi seperti ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ, ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ dan ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง.

Kejayaan PN lebih realistik jika disertakan dengan statistik jumlah frontliner korban Covid, jumlah korban bunuh diri kerana depressi, jumlah derita tekanan mental, jumlah warga hilang pekerjaan dan punca pendapatan, jumlah keluarga hilang tempat tinggal, jumlah caruman baharu vs pengeluaran i-Sinar dan i-Citra simpanan persaraan, jumlah bankrupsi, jumlah kemasukan pelaburan asing baharu vs pelaburan keluar dan lain-lain.

Angka-angka besar di luar munasabah yang dianggap kejayaan PN dan menyebabkan ada pihak tercabar sewajarnya dihebahkan. Malah Hadi selaku Presiden parti dan anggota kerajaan PN patut segera mengadap Raja-Raja dan menyembah maklum "kejayaan" kerajaan dan partinya itu. Hadi juga perlu mendesak Mahiaddin Mad Yasin untuk membentangkannya di Parlimen supaya dibahas dan direkodkan dalam hansard untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.

Itupun jika Hadi masih menghormati Institusi Raja-Raja dan mentaati sumpah janji jawatan Duta Khas bertaraf Menteri dan wakil rakyat Marang yang disandangnya. Itupun jika Hadi masih menghormati Perlembagaan Persekutuan dan sistem Demokrasi Berparlimen.