Wednesday, August 25, 2021

Khemah Besar PH Plus 2.0

Peluang PH berjaya memperoleh majoriti pada PRU15 bergantung kepada faktor berikut:

1. #undi18
2. Perselisihan UMNO-PAS
3. Perpecahan UMNO-Bersatu
4. Pertandingan pelbagai penjuru

Khemah besar PH Plus BUKAN faktor penyumbang. Buktinya pada PRU lalu PH menang tipis sekalipun bergabung dengan Bersatu dan bekerjasama dengan Warisan dan UPKO.

Sekiranya UMNO, PAS dan Bersatu mampu berpakat dan bertanding dalam satu gabungan menentang PH pada PRU15 mereka bakal merampas tidak kurang 14 kerusi campuran PH khususnya yang disandang PKR dan Warisan selain mengekalkan kerusi sediada sekalipun berlaku sentimen penolakan terhadap kerajaan.

Diramalkan bakal berlaku undi mogok pengundi Melayu kerana kecewa pada pentadbiran PN+BN mengurus pandemik. Ia kekal beri kelebihan pada PN-BN kerana pengundi Melayu memulau PRU disebabkan tiada parti alternatif selain PH. Majoriti Melayu masih ada persepsi yang kuat PH dikuasai Cina DAP.

Jika sebelum ini undi mogok Melayu berpindah dari UMNO kepada PAS dan Bersatu, kewujudan gabungan alternatif seperti Pejuang Plus akan beri kelebihan pada PH. Ini mengulangi senario 3 penjuru PRU14 (PH vs BN vs PAS). 

Kali ini undi Melayu tak berpindah antara UMNO, PAS dan Bersatu kerana ketiga-tiga parti adalah sebahagian #KerajaanGagal. Undi Melayu akan pergi kepada Pejuang Plus. Cukup 10 - 15 peratus perubahan undi Melayu dari PN-BN kepada Pejuang Plus memberi PH peluang kuasai kerusi Melayu majoriti tipis.

Cadangan khemah besar berisiko mengulangi malapetaka 2020. Mewujudkan PH Plus 2.0 adalah usaha ke belakang dan tak menghemati kekecewaan serta merubat luka masih berdarah penyokong dan pengundi PH atas pengkhianatan Bersatu dan PKR Minus. Kerananya kluster mahkamah bebas lepas sedangkan rakyat makin kesempitan dan terus menanggung derita bahana jenayah pecah amanah mereka.


No comments:

Post a Comment