Sunday, August 1, 2021

Demokrasi Melayu Taliban

 
Bukan Perkara Besar


Semenjak PAS jadi sebahagian kerajaan Persekutuan rakyat makin jelas bahawa derhaka pada Agong dan Raja-Raja Melayu seperti selalu ditentang mereka selama menjadi pembangkang bukan lah perkara besar rupanya.

Insiden Takiyuddin Hassan berbohong semasa Mesyuarat Khas Parlimen dengan mengakui Ordinan Darurat 2021 sudah dibatalkan oleh Kabinet pada 21 Julai tidak dianggap oleh mereka sebagai suatu penderhakaan kepada Agong dan institusi Parlimen.

Penderhakaan Menteri JPM itu bukan saja menimbulkan kemarahan wakil pembangkang dan pengamal undang-undang malah secara berani menyinggung Baginda Agong. 

Baginda amat dukacita hinggakan Istana Negara terpaksa mengeluarkan kenyataan 2 muka surat menzahirkannya. Kenyataan itu turut menegaskan titah perkenan Baginda kepada Takiyuddin dan Peguam Negara agar Ordinan Darurat dibentang dan dibahas untuk diungkaikan oleh ahli-ahli Dewan.



Sungguh pun Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 150(2B) dan Perkara 150(3) memperuntukkan kuasa pengubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Agong, namun demi menghormati sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Baginda menyerahkan kuasa mengungkaikan Ordinan kepada Parlimen.

Takiyuddin dan Kabinet secara jelas membelakangi titah perintah Agong dengan tidak membentang dan memberikan ruang kepada ahli Dewan membahaskan Ordinan-Ordinan sebelum dibatalkan.

Tdak seperti amalan wajib mereka selama ini, kali ini tiada sebarang laporan polis menuntut siasatan dan pendakwaan dibuat oleh mana-mana pemimpin dan ahli PAS ke atas tindakan penderhakaan itu. Juga tiada desakan supaya Takiyuddin memohon ampun kepada Istana, tiada laporan di lidah rasmi parti dan komen di media sosial mereka mencela kebiadabannya, tiada perarakan ke Parlimen dan Perdana Putra menyerah memorandum menuntut Takiyuddin dilucutkan jawatan dan tiada perhimpunan mempertahankan Istana.

Hipokrasi melindungi dan mempertahan Raja-Raja Melayu oleh ahli dan pemimpin "parti Islam" amat terserlah apabila berlakunya insiden ini. Dalam Islam adalah gelaran khusus untuk golongan sebegini. Ia disebut MUNAFIQ.

Anasir Luar


Betul ramalan Abd Hadi Awang.

Pengaruh Taliban adalah ancaman yang cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat. Bukan saja gigih melaga-lagakan antara kaum, kumpulan yang terpengaruh dengan anasir Taliban ini gemar mengkafirkan saudara seakidah, sentiasa berusaha mengangkat Mullah mereka sebagai pimpinan tertinggi negara dan pantas memerangi Muslim yang tak sealiran dengan mereka.

Mereka jadikan wanita muda dan cantik isteri-isteri mereka. Mereka menghalalkan pembohongan dan bijak menunggang ayat-ayat Quran demi kuasa dan kedudukan.

Amat bahaya!

Kejayaan PN

Sehingga kini rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พmasih tercari-cari apakah kejayaan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional yang dibanggakan Hadi.

Ketika PN merampas Putrajaya dari Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton status kes Covid (29 Februari 2020) adalah:

Kes baharu: 4
Kes aktif: 7
Jumlah kes: 29
Jumlah korban: 0

Selepas 16 bulan Hadi dan sekutu pengkhianatnya membentuk kerajaan Persekutuan status kes Covid terkini (1 Ogos 2021) adalah:

Kes baharu: 17,150
Kes aktif: 195,273
Jumlah kes: 1,130,422
Jumlah korban: 9,184


Dalam tempoh 3 bulan terakhir kes baharu untuk setiap 1 juta populasi ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ jauh lebih tinggi berbanding negara-negara jiran. Malah๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พkini mengatasi negara-negara yang sebelum ini paling teruk terjejas seperti ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ, ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ dan ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง.


Dalam tempoh yang sama angka korban untuk setiap 1 juta populasi ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พlebih tinggi berbanding negara-negara jiran. Di rantau ini ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ berada di belakang ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ dan mengatasi negara-negara yang sebelum ini merekodkan korban tertinggi seperti ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ, ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ dan ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง.

Kejayaan PN lebih realistik jika disertakan dengan statistik jumlah frontliner korban Covid, jumlah korban bunuh diri kerana depressi, jumlah derita tekanan mental, jumlah warga hilang pekerjaan dan punca pendapatan, jumlah keluarga hilang tempat tinggal, jumlah caruman baharu vs pengeluaran i-Sinar dan i-Citra simpanan persaraan, jumlah bankrupsi, jumlah kemasukan pelaburan asing baharu vs pelaburan keluar dan lain-lain.

Angka-angka besar di luar munasabah yang dianggap kejayaan PN dan menyebabkan ada pihak tercabar sewajarnya dihebahkan. Malah Hadi selaku Presiden parti dan anggota kerajaan PN patut segera mengadap Raja-Raja dan menyembah maklum "kejayaan" kerajaan dan partinya itu. Hadi juga perlu mendesak Mahiaddin Mad Yasin untuk membentangkannya di Parlimen supaya dibahas dan direkodkan dalam hansard untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.

Itupun jika Hadi masih menghormati Institusi Raja-Raja dan mentaati sumpah janji jawatan Duta Khas bertaraf Menteri dan wakil rakyat Marang yang disandangnya. Itupun jika Hadi masih menghormati Perlembagaan Persekutuan dan sistem Demokrasi Berparlimen.



No comments:

Post a Comment