Monday, November 21, 2022

Kekuatan PN Kegagalan PH dan BN

Melayu terutamanya kumpulan B60 tak ramai berpendidikan tinggi. Mereka dari keluarga besar, kerja berat dan gaji cukup makan. Rata-rata mereka masih terkesan impak dari pandemik yang panjang.

Kumpulan ini lebih utamakan isu bread and butter. Mereka lebih risaukan kecukupan keperluan asas seperti makan minum, susu anak, rawatan, petrol, sewa rumah, ansuran bank pinjaman sewa beli dan peribadi berbanding berapa billion dana negara diseleweng atau disakau pemimpin negara dan negeri.

Bila tekanan hidup menimpa-nimpa manusia ada 2 pilihan. Pertama - tidak kecewa dan terus berusaha. Kedua - mengalah dan berserah. Lumrahnya ramai memilih yang kedua.

Dalam berserah ada memilih hiburan dan keseronokan untuk melupakan tekanan, ada juga yang mencari Tuhan untuk kuatkan rasa redha terhadap ujian.

Bila ramai cuba meningkatkan darjat redha maka masjid, mursalla dan surau makin dikunjung. Laman Youtube, Facebook, TikTok kerohanian dan motivasi makin dicari dan diminati.

Orang kita bila melihat individu yang berjubah, berserban, bercelak dan berbahasa Arab otomatik menganggap mereka berilmu dan mulia. Ini suatu masalah warisan yang sukar diubah sedari dulu.

Bangsa Arab dan budaya Arab tak semuanya Islamik. Ramai orang Arab berjubah, berserban, bercelak dan mengusung biji tasbih ke hulu hilir tapi ahklahnya buruk. Mereka pemarah, pemaki hamun, pengeji, pengotor, pemalas, pencuri, penipu, pemanipulasi, tamak, bermewah, sombong bongkak malah bernafsu haiwan. Kenapa? Ini kerana mereka manusia biasa seperti bangsa lain, tak maksum.

Jika bangsa Arab dan bukan Arab yang menganal budaya Arab adalah mulia maka tak akan berlaku kes penyelewengan dana pelaburan terbesar dalam sejarah dunia seperti 1MDB yang bermula di tanah Arab.

Najib dan Zahid juga kerap berjubah dan berkopiah. Itu langsung tak menghalang mereka lesapkan billion wang negara.

Ada ustaz berjubah, berserban dan lancar berbahasa Arab namun mereka terima dan guna dana yang datang dari hasil selewengan. Ada juga hidup mewah bukan kerana keuntungan perniagaan tapi hasil derma dan infaq awam serta bantuan kerajaan kepada pusat tarbiah, ibadah dan asuhan yang  diasas atau diselia mereka. Lebih azab ada ustaz yang meliwat isteri sendiri, berskandal dengan isteri orang dan melakukan maksiat serta jenayah rogol dan liwat dengan pelajar sendiri.

Orang-orang sebegini menimbul dan mengundang fitnah ke atas agama. Islam dipandang serong dan hina oleh bukan Islam.

Lebih malang ini bukan isu besar kepada kebanyakan kita terutamanya mereka yang dalam mode soul searching walaupun mereka menyedari jemaah tersebut terlalu banyak aib silapnya. Asal ada yang boleh bantu mereka kenal ayat Quran dan fahamkan hadith serta mengingatkan perkara qado qada itu sudah cukup baik, persetankan apa orang kata tentang hakikat ahklak dan amalan sebenar pengamal budaya Arab itu.

Memang salah menganggap semua orang Arab dan bukan Arab yang mengamalkan budaya Arab seburuk sehuduh itu ahklak mereka. Lebih salah jika menganggap semua orang Arab dan bukan Arab yang mengamalkan budaya Arab adalah paling Islamik dan asas ikutan Islam sebenar.

Base orang PAS adalah pusat ibadah, pusat tahfiz/tauhid, jabatan dan majlis agama. Tak hairan lah ramai calon PAS bergelar ustaz, pendidikan lepasan timur tengah dan mengamalkan budaya Arab.

Mereka menguasai jabatan agama negeri dan jawatankuasa masjid. Mereka berkuasa memberi tauliah mengajar dan tentukan siapa boleh berceramah di pusat-pusat ibadah.

Dalam UMNO, PKR, Amanah dan Pejuang malah DAP ada individu berkelulusan bidang agama dan dari keluarga tokoh agama. Namun mereka tidak diundang mengajar di negeri-negeri jabatan agamanya dikuasai PAS. 

Lain pula di negeri-negeri dikuasai selain PAS seperti Pulau Pinang dan Melaka (era PH). Kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri tidak menghalang ustaz-ustaz PAS mengajar di pusat ibadah dan pendidikan agama negeri.

Di sini lah bermulanya perluasan pengaruh bukan Arab berbudaya Arab. Di sini juga lah mereka berjaya mengembangkan sokongan.

Jika dulu mereka terpaksa masuk kampung, desa dan bandar, perlu mohon kebenaran/kelulusan untuk mengajar dan berselindung di sebalik majlis ilmu untuk mengerakkan sentimen mereka pihak yang benar yang selalu dimangsakan perlu ehsan sokongan tapi kini mereka bermarkas di masjid menunggu jemaah datang kepada mereka. Malah secara terang terbuka mereka menuntut jemaah dan orang awam menyokong gerakan mereka dengan memanipulasi ayat Allah dan sabda Nabi.

Di ketika ramai ke masjid dan majlis ilmu untuk mencari dan meningkatkan darjat redha dek kerana tekanan hidup ketika ini lah PAS merangkul kesempatan menjajah pemikiran manusia terdesak dengan menanam ideologi PAS adalah cara hidup, menghasut mereka meninggalkan "kesesatan dan kemungkaran" UMNO, PKR dan Amanah dengan matlamat jemaah akan berjuang mengangkat dan memenangkan gerakan mereka.

Berbalik kepada majoriti kumpulan B60, mereka tak arif dan cekap memahami isu-isu besar seperti penyelewengan projek berbillion ringgit seperti perolehan vaksin, kapal LCS, meriam SPH dan projek tebatan banjir, bahkan mereka tidak berminat merumitkan pemikiran dengan hal-hal yang kompleks. Mereka hanya mahukan penyelesaian kepada masalah day-to-day mereka iaitu bantuan kewangan samada tunai langsung atau subsidi.

Jikapun mereka ikuti pendedahan demi pendedahan penyelewengan khususnya oleh pemimpin pembangkang (PH) mereka hanya berminat untuk tahu what is it for me, apa (dalam nilai RM) mereka akan dapat dari usaha pencegahan penyelewengan itu.

Selain bantuan kecil seperti BKM bernilai RM350 setahun (RM0.96 sehari) yang amat dinantikan, sokongan motivasi dan rohani turut didamba mereka. 

Nah di sini lah kekuatan strategi PAS-PN. Mereka berjaya tawarkan hal ini kepada rakyat terdesak.

Di sini lah juga PAS-PN score political mileage dalam tempoh kurang 36 bulan, berjaya meluaskan pengaruh khususnya di kalangan anak muda. 

Dan di sini lah PH dan BN gagal untuk mengekang penguasaan PAS-PN ke atas pusat ibadah, seterusnya pengukuhan pengaruh, swing vote dan menghalang PAS-PN terus berkuasa dan menuntut lebih kuasa.

No comments:

Post a Comment