Tuesday, July 27, 2021

Mesyuarat Khas Parlimen

Demi Kuasa

Ada gelaran ustaz dan professor tak semestinya bijak dan mahir segala perkara.

🇲🇾 seperti negara-negara Kommenwel yang lain mengamalkan Sistem Parlimen Westminster. Apabila sebuah kerajaan ditakrifkan sebagai gagal oleh MAJORITI rakyat maka kerajaan itu perlu diganti. 

Britain sudah terbiasa tukar kerajaan di tengah penggal, malah pernah berlaku pertukaran 3 Perdana Menteri dalam satu penggal apabila rakyat merasakan PM dan Kabinetnya telah gagal dan referendum digerakan untuk menukar Eksekutif. Ini adalah amalan demokrasi berparlimen.

Di negara ini kaedah mengantikan kerajaan ialah samada:

1) tukar Perdana Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar oleh wakil rakyat melalui undi percaya di Dewan, sekaligus tukar Kabinet/EXCO & kerajaan sedia ada, atau,

2) bubar Parlimen oleh Agong/DUN oleh Sultan untuk diadakan pilihanraya supaya rakyat mengundi kerajaan baharu

Tak ada kaedah lain, termasuk berhimpun di hotel 5 bintang atau usung SD (Perakuan Bersumpah) masuk keluar Istana, untuk pilih PM dan tubuh kerajaan baharu.

Jika kamu sedar dan insaf bahawa kamu gagal sebagai kerajaan kamu bersegera letak jawatan, bukannya kamu:

1) singkatkan hari persidangan sekaligus kurangkan masa scrutiny

2) hadkan usul yang boleh dibahaskan, dan

3) tutup Parlimen selama 8 bulan sekaligus halang semak imbang amalan kerajaan

Jika kamu tahu malu dan insaf kamu tidak terhegeh-hegeh minta pembangkang buat kerja untuk kamu tapi gaji, manfaat, habuan dan pengiktirafan kamu bolot. 

Rakyat (majikan) bayar 70 lebih (sekampung) Menteri dan Timbalan supaya bekerja. Jika kamu tak mampu bekerja, majikan ada hak pilih dan gajikan pekerja baru.

Jangan sukarkan proses yang mudah. Juga jangan tunjukkan kepada dunia betapa kemaruknya kamu pada kuasa!


Bukti #KerajaanGagal

Shahidan Kasim mengesa wakil rakyat pembangkang membuktikan bahawa Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal.

Rakyat telah memberi kerajaan PN peluang melaksanakan 3 kali PKP dan 6 bulan Darurat. Selama tempoh itu berapa:

1. jumlah keseluruhan kes dan korban?

2. orang hilang pendapatan dan pekerjaan?

3. keluarga hilang tempat tinggal?

4. orang derita depessi dan bunuh diri?

5. nilai pelaburan masuk dan pelaburan keluar?

Jika kita mengamalkan cara vaksinasi di Indonesia atau Turki sudah pasti hari ini 🇲🇾 sudah mencapai  lebih 10 juta penerima 2 dos suntikan. Sudah pasti juga kes harian berkurangan.

Mahiaddin Yasin tidak tahu mengurus krisis dan tidak tahu keutamaan. Mereka tak mahu mendengar pandangan apatah mempraktik cadangan pakar dan bijak pandai. Mereka sebaliknya kalut mencipta proses-proses (baca projek) tak perlu dan sibuk fikirkan cara mengagihkannya.

Selepas 16 bulan rakyat masih tidak tahu status belanja perlu (minima) dan standard perawatan pesakit Covid.

Rakyat juga tidak tahu standard, kriteria kelayakan dan kos sebenar pembekalan

- vaksin

- peralatan perubatan, rawatan dan pencegahan

- ubat-ubatan

- dewan PPV dan CAC kekal, bergerak, hibrid dan maya kerajaan dan swasta

- nutrisi dan hidangan pada pesakit dan kuarantina

- renovasi dan perabut di pusat-pusat vaksinasi dan rawatan kerajaan dan swasta

- sistem, peralatan dan khidmat talian

- logistik dan infra

Negara tidak ada exit strategy yang jelas, dari PKP ke PKPB, PKPP, PKPD, Darurat dan kini PPN, setiap satunya datang dengan SOP berubah-ubah yang memberi ruang kepada amalan dwistandard yang tak berkesudahan.

Selagi sekampung menteri banggang merasakan mereka bijak selagi itu 🇲🇾 tidak mampu keluar dari krisis kesihatan ini dengan cepat dan selamat. Kesannya, rakyat dan negara menanggung beban dan terusan menjadi mangsa.


Batal Ordinan Darurat

Mengikut Perlembagaan Persekutuan terdapat 2 cara sahaja untuk batal/ungkai (annul) Ordinan Darurat:

1. melalui promulgasi YDPA (untuk batal)

2. melalui usul di Parlimen (untuk ungkai/annul)

Ordinan Darurat tidak terbatal dengan kaedah Jemaah Menteri buat keputusan sepihak. 

Kenyataan Menteri Undang-Undang bahawa Kabinet sudah membatalkan 6 Ordinan Darurat pada 21 Julai 2021 amat mengejut banyak pihak.

Ordinan Darurat 2021 belum dibahas dan diwartakan di Parlimen. Bagaimana kerajaan boleh membatalkan Ordinan yang belum diwartakan? Sekiranya YDPA tak dinasihati sebelum pembatalan dibuat bukankah tindakan tersebut suatu bentuk penderhakaan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu? 

Apakah memadai dengan merujuk PM dan Kabinetnya kepada Jawatankuasa Parlimen atau paling buruk mengesa mereka meletak jawatan sebagai hukuman Penderhakaan mereka? Apakah tiada peruntukan Perlembagaan ke atas Eksekutif yang derhaka dan engkar?

Mahiaddin menjadikan 🇲🇾 seperti zoo. Maaf zoo hari ini lebih mengamalkan peraturan secara rukun. Mahiaddin menjadikan negara ini umpama rimba!



No comments:

Post a Comment