Wednesday, December 20, 2023

Melayu Terancam

Ada dua parti politik dalam satu gabungan berlumba-lumba mahu jadi lebih Melayu dari Melayu. Tahap keghairahan mereka itu hingga sanggup mengupah pendatang asing tanpa izin, pemegang IC merah, penipu asal usul keturunan dan Melayu palsu untuk meracun aqal bangsa Melayu negara ini kembali kepada semangat asobiyah dan berkabilah.

Tujuan mereka satu dan hanya satu - kaum majoriti negara ini mesti dihasut menjatuhkan kerajaan #Madani supaya mudah lah mereka kembali ke kerusi kuasa. Apabila mereka kembali berkuasa maka gugur lah siasatan salahlaku dan salahguna kuasa ke atas mereka serta pendakwaan dan hukuman yang menanti mereka.

Mereka sedar mereka tidak mampu melawan kerajaan hari ini dengan polisi, solusi dan pencapaian atau menjadi pentadbir alternatif yang lebih baik. Mereka juga sedar majoriti bukan Melayu sudah menolak mereka.Maka mereka tunggang satu-satunya kebolehan yang ada - mainkan isu kaum dan agama.

Buktinya sudah setahun menjadi pembangkang mereka hanya mampu meratib siang malam kedudukan Islam dan Melayu terancam, undang-undang Syariah terancam dan DAP kafir harbi perosak ummah, baik di Parlimen, ceramah kempen, masjid surau mahupun di media sosial.

Bila mereka bekerjasama dengan kafir (termasuk DAP) kerana fokus mereka hanya nak menang PRU (baca demi kuasa) maka tindakan mereka halal. Namun bila lawan mereka bekerjasama dengan DAP maka haram dan wajar diperangi.

Mereka mengadu dumba, mengeliru dan menakutkan bangsa Melayu dengan perkara-perkara yang tidak berlaku atau sengaja direkayasa, memanipulasi sepenuhnya sekecil-kecil isu, menimbulkan syak wasangka dan permusuhan antara kaum, menyebar fitnah dan dusta serba membangkitkan hal-hal dalam kain (dosa peribadi) musuh mereka.

Mereka sudah tersasar jauh dari tarbiah ulama yang disegani semua kaum yakni Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat. Maka tepat lah tindakan saya mufaraqah dari jemaah sejurus kematian Murshidul Am.



No comments:

Post a Comment