Friday, December 1, 2023

Keterjaminan Makanan

Kita terlalu fokus nak jadi pengeluar minyak masak dan bahan api berasaskan fosil hingga kita abai perut dan kesihatan anak cucu kita.

Kita mengimport produk makanan dengan jumlah yang besar yakni lebih RM75 billion (2022) sedangkan negara kita subur sepanjang tahun. Negara dua musim seperti 🇲🇾 sesuai ditanam pelbagai jenis bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Lebihan tanaman tadi boleh dijadikan dedak ternakan tenusu seperti lembu, kerbau dan kambing.

Jika kerajaan-kerajaan terdahulu merancang dan melaksana dengan betul usaha keterjaminan makanan bekalan kita hari ini adalah lebih dari cukup dan mampu jadi pengeksport utama ASEAN. Malangnya fokus berlebihan pada industri dan teknologi dengan meneruskan legasi Malaysia Incorporation (Malaysia Inc) menjadikan kita terlalu bergantung kepada makanan import.

Ketika berlakunya krisis makanan sedunia asbab perang Rusia-Ukraine rantaian bekalan kita turut terganggu, dari bahan mentah/asas hingga ke produk siap. Lantaran kita terpaksa membayar kos import yang tinggi kerana bersaing dengan negara-negara maju (baca dana besar) seperti Singapura, Taiwan, Korea Utara dan Jepun.

Apabila bekalan terganggu keperluan nutrisi kita turut terjejas. Dan keadaan tambah mudarat apabila muncul wabak baharu yang tiada vaksin/dadah tersedia merawat menjadikan kita lebih mudah dijangkiti dan berpotensi kritikal.

Hari ini Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja menjadi pengeluar produk makanan utama di rantau ini. Meskipun fokus mereka mula beralih kepada penghasilan produk teknologi termasuk produk dan perkhidmatan terkait tenaga boleh perbaharui, mereka masih mengutamakan malah memodenkan industri pertanian, peladangan dan penternakan mereka. Bukan untuk tujuan eksport/menjana hasil negara semata-mata sebaliknya untuk menjaga perut rakyat mereka.

Fokus dan usaha Kementerian Ekonomi untuk mengindustri dan memodenkan pertanian negara sememangnya patut dipuji. Industri pertanian bukan hanya suatu perniagaan atau pelaburan jangka pendek. Hasil yang dijana, walaupun mengambil sedikit masa, mampu menjamin dan menstabilkan bekalan dan harga makanan kita untuk tempoh yang panjang. Selain itu ia turut mewujudkan peluang ekonomi dan kerjaya kepada rakyat.

Pertanian moden melibat dan memerlukan kepakaran dan penggunaan teknologi seperti biologist, chemists, agriculturist, agrologist, agronomist, technician, mechanic, enginer, coordination dan distribution expert,  automated and integrated system, drone dan centralize surveillance dan sebagainya. Ini membekalkan pekerjaan berkualiti kepada graduan kita di pasaran kerjaya.

Langkah MoF fan MoE mewujudkan geran RM1 billion untuk merakyatkan pertanian dan IKS di setiap kawasan di seluruh negara satu langkah yang baik. Cumanya kita harap setiap dana yang disalurkan untuk projek-projek kecil dan sederhana tersebut diselia serta dipantau rapi. Hasil pengeluaran khususnya produk makanan dari projek-projek ini perlu mengutamakan kepeluan warga tempatan berbanding rakyat asing dan eksport. Dengan itu keterjaminan makanan kita mampu berada di posisi solid tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment