Tuesday, February 24, 2015

PAS dan Dilema

Amat sangat bersetuju dengan seruan PAS bersatu dengan UMNO tetapi dengan syarat UMNO berani menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia (persoalan besar semenjak 60 tahun lalu). Pastikan UMNO memberi hitam putih yang jelas kepada seluruh ahli-ahli PAS melalui Muktamar, bukan sekadar janji-janji mulut antara agen perpaduan mereka dan PAS (ramai sedia maklum siapa mereka).

Sekiranya PAS bersatu dengan UMNO/BN, seperti pendapat Mufti Perlis, selain memudahkan kerja daqwah terhadap UMNO yakni membersihkan kerosakkan parti itu dari dalam ia juga memudahkan rakyat Malaysia membuat pilihan pada PRU14 nanti.

Seperti juga parti-parti politik yang lain PAS bukan milik mana-mana individu sebaliknya milik jemaah. Justeru pemimpin PAS harus berhenti bermain silap mata kerana ia memenatkan bukan sahaja penyokong parti malah rakyat Malaysia yang mengundi mereka atas jenama PR dan kalimah Islam For All serta Negara Berkebajikan. Jelas sekali PR adalah milik jemaah Malaysia maka PAS harus menghormati pilihan jemaah yang memilih PR menentang BN habis-habisan dan seterusnya mara ke Putrajaya.

Bukan lagi rahsia semenjak PRU13 tindak tanduk beberapa pemimpin dan ahli terangan mahu PAS merujuk dengan janda UMNO dari kekal bermadu dengan PKR dan DAP. Sikap itulah yang menjadi penyebab perpecahan dalam PAS. Lantas Muktamar tahun ini mesti menjadi medan penentuan hala tuju sebenar PAS.

Jika perwakilan memilih PAS bersatu dengan UMNO maka segerakannya dan tinggalkan PR secepat mungkin. Jika mereka memilih untuk kekal maka perlulah kembali kepada dan bergerak dalam kerangka besar PR. Seterusnya memberi kata dua kepada mana-mana pemimpin mahupon ulama yang bersungguh mahukan pergabungan bersegeralah meninggalkan PAS untuk bersama UMNO atau menubuhkan parti baharu.

Menjadi penyebab kepada pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya adalah satu dosa yang tidak boleh dimaafkan kerana sejarah membuktikan ia hanya memberi kelebihan kepada BN untuk kekal berkuasa.

Ringkasnya pilihan yang PAS ada ialah

1. Kekal bersama PR dan menghormati perjanjian bersama yakni negara berkebajikan
2. Tinggalkan PR dan bersama UMNO/BN
3. Golongan ulama yang hanya mencari keredhaan Allah dan bukan untuk menang pilihanraya boleh mengerakkan usaha tarbiah mereka melalui parti atau NGO baharu dan membenarkan golongan professional menjadi nadi pengerak PAS

No comments:

Post a Comment