Wednesday, June 30, 2021

Bendera Putih Marhean

Marhean yang mengangkat bendera putih di kediaman mereka ketika PKPD/PKP Penuh BUKAN tanda mereka:

- kecewa, mahu terjun bangunan/jambatan dan membunuh diri 
- tak berdoa, tak solat dan tak beriman 
- tak redha dengan ujian 

Mereka angkat bendera putih kerana mereka 

- sudah berusaha dan tawakal 
- perlukan bantuan asas seperti makanan dan ubatan 
- terus berikhtiar 

Kepada lebai-lebai yang hanya pandai bercakap, main keypad/papankunci dan pandu kereta mewah mohon KENANG ketika anda dan parti anda susah 

- adakah agama mengajar anda usung tin MILO ke sana sini? 
- adakah meminta derma dari marhaen di serata mursalla madrasah pasar dan jalanan manifestasi anda tak angkat tangan berdoa dan optimis dengan ujian? 

Benar lah, IMAN tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa!



No comments:

Post a Comment