Wednesday, June 16, 2021

Bukan Pasal Saya

1. Dengan hanya berbekal 12 kerusi Parlimen, Dr Mahathir Mohamad tetap dinamakan sebagai PM walau PKR memenangi kerusi terbanyak 48 kerusi dan walau pun Mantan Agong menawarkan Dr Wan Azizah jawatan PM 

2. Dr Mahathir meletak jawatan tanpa berbincang dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR yang membenarkannya bertanding PRU14 menggunakan lambang parti dan diberikan jentera akar umbi untuk memenangkannya 

3. Agong secara peribadi dan secara umum merayu supaya Dr Mahathir tidak melepaskan jawatan tapi beliau berkeras 

4. Oleh kerana berlaku kekosongan Agong mencadangkan TPM Dr Wan Azizah dilantik sebagai PM Sementara sehingga Parlimen bersidang dan memilih PM baharu. Tidak. Dr Mahathir cadang dirinya. Maka beliau dipilih sebagai PM Sementara selepas beliau meletak jawatan PM 

5. Sebelum Mahiaddin dilantik sebagai PM Dr Mahathir berkata beliau tiaada masalah jika Presiden Bersatu itu dipilih 

6. Selepas Mahiaddin dilantik dan selepas Mukhriz dijatuhkan sebagai MB Kedah pada Mei 2020 Dr Mahathir mula agresif menyerang Mahiaddin dan kerajaan PN 

7. Selepas Mahiaddin mengumumkan Darurat, Dr Mahathir berpakat dengan Tengku Razaleigh untuk meraih sokongan MP PN. Selain tidak mendapat sambutan, majoriti MP PH pula tak mahu bersekongkol kerana Dr Mahathir mencadangkan dirinya sebagai penganti Mahiaddin. PM ke 4 dan ke 7 ini mahu jadi PM ke 9! 

8. Selepas usahanya itu tidak berjaya, dia menyalahkan Tengku Razaleigh kerana gagal memujuk MP PN khususnya dari UMNO, untuk mengalih sokongan 

9. Semasa perjumpaan terbaharu bersama Agong beliau mencadangkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengantikan Darurat. Beliau sekali lagi mencadangkannya dirinya sebagai ketua MAGERAN. Fungsi MAGERAN tiada beza dengan Darurat, cuma Majlis ini bakal berketuakannya dan bukan Mahiaddin 

10. Dalam tempoh 16 bulan lalu semenjak Mesyuarat MT Bersatu terakhir dihadirinya pada Februari 2020 dan selepas beliau secara sukarela meletakkan jawatan Perdana Menteri ke 7, ada nampak semua ini BUKAN PASAL DIRI SAYA?



No comments:

Post a Comment