Friday, May 6, 2016

Teruskan Perjuangan

Haji Husam Musa secara rasmi dipecat dari PAS. Beliau mengetahui pemecatannya dari lidah rasmi parti Harakah. Husam berasa sedih sehingga tidak dapat membendung air mata. Sedih Husam itu besar maknanya.

Husam sedih kerana gagal melaksanakan janji beliau kepada Almarhum Nik Abd Aziz Nik Mat. Sedang majoriti sahabatnya meninggalkan PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara, Husam memilih kekal dalam parti yang disertainya selama lebih 30 tahun itu sekalipon berdepan cantas dan penghinaan oleh 'geng Taliban'. Beliau bertahan sehinggalah dipecat.

Buat Husam Musa, perjuangannya meneruskan legasi Tuan Guru Nik Abd Aziz masih jauh. Dan pintu-pintu perjuangan terbuka luas. Jangan mudah mengalah. Jika Anwar Ibrahim yang dipenjarakan 3 kali masih tidak luntur semangat juangnya sehingga mendapat pujian dan dokongan Tuan Guru, maka Husam mampu melakukan lebih dari itu.

Platform baharu mampu memberi ruang kepada Husam untuk mengorak langkah dengan lebih bebas. Tidak mustahil jemaah baharu akan mengangkat beliau sebagai calon MB Kelantan kerana pengaruh dan pengalaman beliau membangunkan Kelantan bersama Almarhum sebagai EXCO Kanan sekalipon berdepan pelbagai penginayaan Persekutuan.

Perduli dan abaikan jemaah lama. Mereka sudah terjangkit wabak UMNO. Pemimpin mereka 'lelaki suci' sehingga sebahagian mereka memujanya bagai Nabi. Jemaah begini sudah rosak hingga ke usus. Allah telah menunjukkan pengajaran yang sangat besar dek kerosakkan yang mereka ciptakan. Malangnya mereka tidak dapat melihatnya kerana ditutup mata-mata mereka oleh serban besar mereka yang dipakaikan oleh si munafik dan pemuja yang buta. Jika saudara Husam benar-benar berjuang untuk golongan fakir miskin, demi negara dan demi agama, bangunlah. Allah akan permudahkan jalannya.

No comments:

Post a Comment